passer by since 1st feb 2010

Wednesday, January 28, 2015

Idea Kreatif Deko Rumah




Having somewhere to go is home, having someone to love is family, having BOTH is a blessing.



assalamualaikum, hai semua :)


pening kepala hari hari duk fikir bila nak boleh masuk rumah baru dekat kluang ni. kunci semua dah lama dapat. tapi tu lah, masih nak deko deko bagai lah kononnya kan. huhu. lagipun, syg pun tak transfer kerja kluang lagi. so kita ni konon macam ala-ala buying time and nak cantik-cantik kan dulu la kan.


berangan jugak la, bila ada free time (well hihih) mesti duk asyik usha idea-idea deko living room, dining room, bilik-bilik semua daripada internet. alhamdulillah kitchen cabinet dah settle. cuma nak kena panggil balik orang tu untuk adjust balik sebab nak sumbat "built in oven" yang dari kitchen rumah melaka tu. memang plan asal kitorang just bawak certain-certain barang je dari melaka. idea nya nak buat homestay or nak sewa kan fully furnished rumah tu. sebab rumah kat melaka tu memang hot spot. sangat dekat dengan hospital, sangat dekat dengan manipal kolej, sangat dekat dengan kolej jururawat, sangat dekat dengan tempat nak bershopping dan beronggeng. eh, memang sangat dekat lah dengan memana kat melaka senang cerita. hehehhe.


oh mann, i loveeee my kitchen..sedihnyaaa nak "let go" kat orang lain. sob sob. yang bab oven tu, sayang pulak nak tinggalkan. so akan diangkut jugak balik kluang mengikut tuan-nya nanti.









my red-white-black kitchen. hehehe. kat atas ni gambar-gambar kitchen cabinet baru baru siap. tu yang macam suci semacam. kuikuikui.








gambar sipi-sipi kitchen ku yang akan ditinggalkan. masa bermanja dengan cik puan aina di dapur. hehehe. sangat lama okey buat research untuk kitchen idaman ni. of course lah tak secantik di magazines uolss. but still, sayang sangat ok. sedihhh lagik. huhu.


boleh klik sini untuk flashback balik cerita pasal kitchen cabinet idaman





oven yang disayangi. ecehhh. gambar lama ni. hehhe.


kesimpulannya, oven ikut balik kluang. full stop. :)
takkan lah orang yang duk menyewa sedap melenjan oven kita, tapi dapur kita sendiri tak beroven pulak kan. ewahhh, ewahh. can not. mana bolehh. hahah. walopun aku ni takde lah rajin mana nak membakar/panggang/grill bagai kan, but still. hahahhah. *ok dengki lah tu kan*









cik puans yang dah stress asyik follow mama pergi rumah baru, tapi takde apa perubahan lagi. hahahha. ni masa aku jenguk kejap rumah sebab nak usha aircon baru pasang kat living room ngan bilik.






living room area yang aku memang dah ada idea, tapi idea terus lost lepas sofa set sampai. sebab gendut-gendut pulak sofa ni. tulah, ni semua syg punya salah sebab dia yang suka sangat sofa ni. best nak layan bola katanya. first class. iyolah tu. memang impian dia jadi kenyataan bila sofa set ni ada sale hujung tahun hari tu. huhu. dah cantik kang baru aku tunjuk rupa la ek.


aku dengan syg ada beli wallpapers dari KOREA WALLPAPER masa dorang buat sale giler-giler hujung tahun hari tu. kitorg pergi yang dekat branch JB. tapi bulan march baru install. just nice sebab plan nak rasmi rumah tengah tahun (paling lambat). main pilih-pilih secara imaginasi je masa tu. so tengok lah rupa gaya mana kang. tawakkal je la. hahaha.


sekarang pun korea wallpaper tengah buat sale sempena chinese new year jugak tau. yang berminat, baik korang rembat. staff dorang friendly sangat. kalau dekat JB, carik yang nama Farah. memang terbaik. :)





kitchen cabinet rumah baru pun red-white-black combo jugak uolss. hahahha. cuma design and material lain sikit sebab mastermind nye my mum. tapi dari kejauhan memang sejibik sejibon. hahahah.


dining table belum suruh hantar lagi. konon nak settle deko dulu.
aku tengah fikir mana nak carik orang yang boleh buat partition antara living and dining tu and . rough idea tu dah ada, cuma budget tu kena revise balik after dapat quotation. harap harap dapat carik yang sudi buatkan cun cun tapi murah. ada ke? isk isk.


seronok bab-bab nak deko deko rumah ni. ni belum masuk nak measure and pilih langsir. kalau ikut hati memang nak buat macam-macam. tapi ongkos nya mesti mahu dipikirin jugak ya pak. kang tak pasal aku dapat jelingan tajam dari syg. hahaha. sangat jeles ok dengan manusia-manusia bertuah yang siap boleh panggil interior designer bagai untuk deko kan rumah. kau cuma tinggal jadi membesar main tunjuk-tunjuk and geleng-geleng, angguk-angguk je. pergh. nikmat. hihih.


alah, mengada lebih aku ni. padahal dengan internet banyak je yang boleh nak deko DIY. cuma kemalasan mengatasi segalanya. hahahahha. 






(pics from google)

cantikkkkk kan. benci tau. kreatif bebenar dorang ni. eh sebenarnya dokter faryn pun ada jiwa kreatif tau. dulu-dulu masa sekolah selalu jadi AJK keceriaan. tukang buat roster nak pampang kat kelas bagai. hehehhe. ohh man. what happen to that girl? haha. 


lepas tu, aku memang super suka idea photo frame wall deco. cita-cita nak mengimplentasi-kan camni kat rumah nanti. penuh lah nanti rumah dokterfaryn dengan gambar-gambar my cik puans/tuans heeeee :) well, that's the reason i instagedik kan. kui kui. 





(pics from google)


nice kan. especially yang dekat tangga. loving it! aku ada dua port dalam rumah yang memang confirm buat macam ni. nak jugakkk tak kira. hehhe. satu dekat wall tangga yang belah bawah facing living hall tu, satu lagi dekat feature wall in between dining and living (KIV letak console table + house phone dekat situ) ala-ala macam gambar last dekat atas ni.  


 okey bab berangan pasal rumah ni kalau dokterfaryn start membebel memang tak berkesudahan nanti. lebih baik aku stop sebelum parah. nanti gosip lagi okey. nak deko bagai tapi furniture pun tak habis fikir/beli lagi. hahahha. 


my soon to be home sweet home. hopefully our mission will be accomplished on time. 


kawan-kawan sekelian alam yang ada minat sama, jom share idea dengan i :)






2 comments:

  1. akk . kalau ruang tamu buat lah warne terang . mcm warne krim . wallpaper pilih yg berjalur . nnti rumah nampak tinggi . sofa tu dah lawa .

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...