passer by since 1st feb 2010

Showing posts with label weight management. Show all posts
Showing posts with label weight management. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

my latest gadget!










assalamualaikum, hai semua :)


salam MALAYSIA MEMILIH! wahh, semangat tak pasal. hahhaha. dokter faryn cepat-cepat curi masa ber-belogging sekejap sementara my cik puans tengah meng-sleeping-beauty-kan diri. pantaaaasssss!


anyways, i am back in malacca. so siapa-siapa kawan-kawan sekelian alam yang nak melawat dan ber-gossip jemput lah ke rumah. tapi rumah biasa-biasa je la :) balik semalam aku tengok rumah ber-habuk tak ingat. berdebu sana sini. maklum lah yang duk bertapa pun syg sorang jek. itu pun ala-ala on and off je. sebab bila free, syg berdesup balik kluang tengok anak bini ni ha. tapi beb, dalam berdebu-deban (err perkataan apa ni?) tu, bersinar-sinar jugak mata aku tengok ada kelainan dekat rumah. heeeeeeee :)


*mood home sweet home*


serius, rindu gila dekat rumah ni beb. walaupun duduk macam anak raja dekat rumah kluang, still aku merindui hujan batu di rumah sendiri. ewaahh. HAHAH. rindu tv ku, rindu katil, rindu dapur ku, rindu toilet-ku.... okey, itu sangat over. hahaha :P


aku, syg, cik puan curly fries and cik puan muda azalea alhamdulillah semua sihat ala-ala fantastic four :) so far so good. azalea ni memang suka ngempeng. and this time aku berjaya breastfeed azalea. maybe tak se-perfect korang-korang yang berjaya exclusively breastfeed baby-baby korang, but still i am proud of myself sebab aku definitely berjaya as compared to masa dengan cik puan curly fries dulu. 
*clap clap* :)




my "other bibik" :)

dan ini adalah my latest gadget. sangat helpful. sangat convenient. sangat handy. dan sangat BEST.  dan stylo juge (nak jugakk haha) dan kata kan YES! kepada adegan "ber-belogging sambil mengepam" *tapi sila jangan imagine* hehehehhe. dan yang paling paling magik ialah, boleh naikkan semangat untuk terus mengepam dan terus mengepam. sebab kau boleh pam ikut suka hati kau sambil buat aktiviti lain. so kurang stress. so, memang very-very-very highly recommended. dulu aku macam blur jugak bila orang duk so-called mengidam gila nak pakai medela freestyle ni. but now i know why. memang sesuai sangat untuk minah tension "mengepam sambil kejap-kejap melihat hasil susu dan kejap-kejap tengok jam" macam aku ni. tapi bila tengah buat projek dengan medela ni, syg kata aku dah macam Robocop. ces! kui,kui,kui.


nanti lah. ada masa aku bagi review yang betul-betul pasal Medela Freestyle Breast Pump ni okey :)


itu my other bibik. my real bibik is another stress-reliever. alhamdulillah syukur ya ALLAH, bibik aku ni memang mantaps. pandai buat kerja. pandai jaga baby. pandai masak! hehhe. dia pulak memang jenis cepat pick-up. so memang senang kerja aku. confident lah sikit nak biarkan dia handle baby bila aku dah naik kerja nanti. semoga ALLAH permudahkan. mohon dijauhkan dari segala perkara yang bukan-bukan dan memudaratkan. ameen. 


tinggal lagi sebulan nak naik kerja ni. huuuuuuu sudah macam sedikit mal*s. haha. 



my cik puans :)


aina & azalea :)






gambar dokter faryn kena on-hold dulu sebab masih montel. hahahha. so NO-NO to photo updates. nak kena semangat ni nak meng-slim-down kan diri. wish me luck tau. huhu. siapa-siapa ada tips? especially bab makan-minum. sebab aku kalau boleh tak nak lah diet maut bagai sebab tak nak meng-jeopardize-kan breastfeeding aku yang cukup-cukup makan je ni. (bahasa aku makin tunggang-langgang. haha) kalau ada, sila share dengan dokter faryn ek.

ohh, dokter faryn masih berhutang nak cerita pasal pengalaman beranak-kan cik puan muda azalea. itu kena tunggu mood datang baru boleh mengimbas kembali memori. jangan marah ye. hehehhe.


okey, tata :)



*If you're looking for Premium Beautiful corset & interested to learn about the business opportunity with Premium Beautiful, Do contact me and book your appointments today! 012-7002164*



Friday, March 2, 2012

Dior, Dior, Dior :)





"Action is the foundational key to all success."



assalamualaikum, hai semua :)


seronok hari tu oncall masa 29hb februari sambil tengok baby-baby yang aku deliver-kan yang bakal menyambut next birthday empat tahun lagik. hahha. jahat dokter faryn gelakkan babies. kui,kui,kui. malam tu aku buat tiga cser in a row. boleh tahan mencabar jugak, sebab the last cser that i did was complicated with hemorrhage (pendarahan berlebihan) because of uterine atony (rahim tak kecut). aku dah sampai tengok rahim patient tu tak kecut, dah aku pulak yang kecut. aduh, memang lemah semangat. nasib baik, eventually, after specialist aku datang and save the day dengan membuat compression sutures, akhirnya kecut jugak sang rahim. so kureng lah sikit kecut hati dokter faryn ni.


jangan main-main, uterine atony ni boleh menyebabkan kematian tau kalau pendarahan tak dapat nak dihentikan. serius, scary. kadang-kadang memang nampak simple and manageable most of the time , but in the worst case scenario, it can lead to hysterectomy (buang rahim) and maternal death. takut kan. jadi, sila bayangkan perasaan dokter faryn ye kawan-kawan sekelian alam bila dapat case uterine atony. berderau je darah. nauzubillah, mintak dijauhkan.


tadi masa lunch hour, sempat lah aku dengan geng-geng O&G beronggeng dekat mahkota parade. mula-mula bergossip-gossipan dekat Breeks Cafe, lepas tu apa lagi, pergi melawat ke cosmetics counter. ohh, ini memang sudah menjadi lumrah kehidupan kitorang. kalau tak singgah, memang tak sah! konon-konon niat di hati just nak meng-usha lipstick Dior. yelah, dah kontot sangat dah koleksi lipstick aku. tak senonoh sangat dah, dah tak sesuai nak ditenyeh kat bibir-ku yang mungils ini. ecehhh. HAHAHA. usya punya usya, dah sampai ke benda lain pun ku hangkut sekali. yelah, kalau dah tiba-tiba muka kau dari ala-ala nenek kebayan tiba-tiba secara tak sengaja telah di-up-kan kepada muka anak dara (tak sedar diri) dengan hanya magical touch up dari sang promoter, tak ke kau pun terpengaruh nak beli segala jadah yang di-apply kat muka tu. kan? kann?? errr, ke aku je yang cepat terpengaruh?? mungkin. HAHHA.


anyway, end up aku beli SKINFLASH, dan of course lipstick from Dior. dan nasib baik, aku masih mampu mengawal nafsu serakah-ku daripada membeli eye cream and eye serum dia. tapi kawan-kawan sekelian alam, aku memang recommend Dior lipstick sebab best. memang best. konfem korang pun akan pakai sampai kontot sekontot-kontotnya. percayalah :)



dokter faryn macam dah slim sikit ek? HAHA perasan lagik. 


haa, glowing sangat kan aku. ya ALLAH, sungguh padat dengan ayat-ayat ber-baur perasaan perasan yang tidak dapat dibendung lagi dah entri aku kali ni. HAHA. ni muka excited lepas di-glowing-kan oleh SKINFLASH from Dior. serius, korang boleh try. sampai bila aku balik ke ward untuk rounds petang, nurse-nurse shift petang puji muka nampak berseri and nampak semakin slim. ehemm, ada rahsia di sebalik keduanya itu. *uhuk*uhuk* cehh, buat-buat batuk pulak. kui, kui, kui. 


dan finally, last but not least, my cik puan curly fries is growing beautifully (ehh, ber-baur perasan lagik!) and she's getting smarter each and everyday :)




and she's just TWO years old :)


haihs. cepatnye lah masa berlalu kan. petahnya masya ALLAH cik puan ni, kadang-kadang mama sampai tak ter-jawab dah soalan dia. hehhe. memang mengalahkan patient, bila bertanya itu ini. and very demanding! so cute anak mama :)


okay lah. i better stop before people get tired of my perasan-ness. *wink*


ciao. muahs!


 
*If you're looking for Premium Beautiful corset & interested to learn about the business opportunity with Premium Beautiful, Do contact me and book your appointments today! 012-7002164*


Friday, February 10, 2012

mixed feeling instead.





"What you do today can improve all your tomorrows."
- Ralph Marston


 assalamualaikum, hai semua :)


 dokter faryn tersenyum-senyum sumbing hari ni sebab tadi tengok berat dah turun 2kg dalam masa seminggu. weeee, senyummmmmm lagik. hahahha. punyalah semakin semangat nak me-nyelim-kan badan. kalau boleh nak betul-betul slim before aku cabut IUCD yang bertakhta di dalam rahim-ku dan plan untuk 2nd baby. :)



 and thanks to PREMIUM BEAUTIFUL dokter faryn dah perasan diri macam dah kurus sikit. ecehhh. tapi serius, kalau tak percaya, kawan-kawan sekelian alam boleh contact dokter faryn, and i can give you all a free trial, and you can see the immediate effect. especially untuk bahagian lemak-lemak yang terpendam tu. *wink*wink*


 tadi masa dekat gynae clinic, ada lah sorang akak ni. dia ada masalah fibroid. masa aku tengah examine dia, aku ter-perasan lah yang dia pakai korset. and this akak, dia kira kategori perempuan ber-lemak jugak lah (like me). dan aku tengok korset yang dia pakai macam tak membantu sikit pun. aku rasa cam gataaaaaaaal je mulut nak offer dia pakai PREMIUM BEAUTIFUL. but of course, i did not. HAHA. err, maybe later lah :)


okey, itu pasal PREMIUM BEAUTIFUL.


cik puan mem besar curly fries muntah-muntah pulak hari ni. baru semalam berhuha-huha teman mama ber-
aktiviti coffeebean with my colleague after tengok almost 200patients dekat antenatal clinic. fuhh GILA kau. packed gila. bayangkan kitorang tengok patients tanpa henti from 8am till 3pm. non-stop. no breakfast break, or even lunch break. semua main redah je sebab tak nak kecikkan hati patient sebab kena tunggu lama. huhu.


sampailah dalam pukul 2camtu, ada sorang patient ni siap belikan aku waffles untuk aku take a break n jamah sikit. subhanALLAH! mulianya hati dia. semoga murah lah rezeki patient ku yang seorang ini dan dipermudahkan lah kelahiran baby dia nanti. aku macam tak percaya ada lagik orang dalam dunia ni yang prihatin sampai macam ni. mungkin sebab masa aku tengah tengok patient ni, aku siap tengah pegang perut sebab dah cramp lapar sangat. kantoi terusss di situu. HAHA.


ehh dah melalut.


haa, cik puan curly fries ni. dari petang sampai ke tadi (sebelum dia letih tertidur) asyik muntah-muntah. ada dalam sepuluh kali kut. naik risau aku. nasib baik takde demam, berak-berak. haihs. tapi nursery sekarang memang macam tengah ada outbreak. lembik dah anak mama. takde dah chicken dance/skeleton dance for today.


semalam; enjoying her chocolate smoothies with pearl :)


semalam.



semalam.


dan tadi,




tak terurus dah rambut nano-nano. huhu.

melepek :(



kesian cik puan curly fries. tapi still nak huha-huha happy-kan mama. huhu. ni pun aku baru je mandikan cik puan lagi sekali sebab kali ni dia bukan setakat muntah, dah berak cairrr gila dah pulakk. sah, kena AGE ni. alahai...siap masa muntah tadi, cik puan cakap;


"mama, aina taknak muntahhhhh gii...."


iskh.


get well soon eh sayang. mama loves you.



 
*If you're looking for Premium Beautiful corset & interested to learn about the business opportunity with Premium Beautiful, Do contact me and book your appointments today! 
012-7002164*

Friday, February 3, 2012

PREMIUM BEAUTIFUL and me :)




"Go big or go home. Because it's true. What do you have to lose?" 
- Eliza Dushku 


 Bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum, hai semua :) 


actually aku cuti hari ni dengan semalam. last wednesday aku oncall memang masya ALLAH subhanALLAH, terrrrruukkkkkkk GILA. and i was not even in charge of the labour room. i was doing the gynae call. yang sepatutnya dapat tidur dengan nyenyak pabila malam menjelma. selalunya lah. but the other day was bad. aku memang keluar masuk OT (dewan bedah) je. nak berak pun kena pantas sebab patient dah tunggu untuk di-operatekan. sampai constipation tau dokter faryn. yup, literally :( penaat sangat!


anyway, walaupun penat yang memang ala-ala nak terlangkup memengsan-kan diri je, i was super duper excited semalam. cause i got to meet this new wonderful friend of mine come my leader, HANIS HAIZI. for the second time. kenal? :)




hanis, eazy, and me si "lemak manis". hahha.




hanis and me. again, si "lemak manis".

rasanya ada kenal, sebab she is all over the media/internet. well known for her business success story/journey, wearing and selling the Premium Beautiful. see, aku tau korang kenal dia. hehehehhe. oh my, aku macam tak percaya im doing this right now. after 2 meetings with her, aku memang totally IN. in fact, aku yang mula-mula approach dia. at that time, i was not thinking, i was just following my heart. aku macam teruja gila nak buat something (apart from being a doctor) yang boleh up-kan diri aku. for my self-satisfaction. kalau sesiapa yang "macam aku" mesti faham. ha, macam tu. Ya ALLAH, best nya perasaan ni sekarang. itu yang tak sabar-sabar nak share dengan korang. it doest feel wrong, it feels like im on the right pathway, and guided by the right person. insya ALLAH. 



kau bayangkan lah. aku text hanis ni masa aku tengah oncall last month. tengah oncall okey. sebenarnya dah lama dah nak approach dia lepas aku dah teruja gila since i bumped into her business/personal blog. but i didnt have the courage. hari-hari berdoa, mintak petunjuk. hari-hari skodeng blog dia. then masa aku oncall tu, aku macam tengah ber-konflik jiwa sama ada nak text dia ke tak, nak ajak jumpa somewhere in KL (dia memang based in KL). then dalam pada masa yang sama, bila aku bukak je blog dia. TADAAAA! she was just updated her blog, informing ppl that SHE WAS IN MELAKA. and i was like, YA ALLAH, this is BIG. ni lah peluang aku. this is it. either aku buat-buat tak nampak and tak perasan, ataupun aku bukak pintu mata hati aku, bukak seluas-luasnya and grab this oppurtinity. bila lagi kan. what is there to lose? 


so here i am. proudly informing that im wearing Premium Beautiful, and i am looovvvvinnnngg it! terus terasa rugi tak mencuba dari awal. the first time i wore it, terus hilang sakit belakang post-call. tak tipu! terus rasa betul posisi badan. postur badan jadik mantap gila. dan yang paling penting, dokter faryn dah ada curve beb! HAHHA. itu yang aku paling suka dan syg pun suka jugak. HAHHA. best tau. sebab dokter faryn ni jenis badan straight. macam batang pinang sebatang. huhu. ala lupa nak ambik gambar pakai PB :) 


nanti lah, bak kata syg, tunggu dah obvious gambar sebelum and selepas baru lah mantap kan. memang berbaloi sangat. agaknya kalau dokter faryn dan start pakai dari dulu, confirm meletop. HAHAHAHHHAH *perasan* dah lah, bukan setakat kita menjadi semakin cun dan body semakin mantap, side income pun masyuk. weeee, suka, suka. kui,kui.kui. 


so kepada kawan-kawan sekelian alam, sesiapa yang interested nak tau pasal Premium Beautiful, plis do not hesitate to contact me. aku faham, aku pun skeptical at first. aku faham sangat-sangat. in fact, parents aku laaaaaaaaaaaaagi lah. siap ketawa-ketawa sampai keluar air mata tau. huhu. tak percaya, tengok ni.












boleh eh. bersungguh-sungguh gelakkan aku. huhu. sekarang siapa yang ketawa? :D 


but it's just not that. seriuosly, aku memang nak buat something. like i said before, sampai bila aku nak berharap pada gaji dokter je. bukan banyak pun. dan aku bukannya nak pergi private. bukak klinik? i dont think so. aku sayang pekerjaan dokter dengan kerajaan ni. dan aku nak jadik specialist. but still not good enough. so ni lah peluang aku nak buat side income untuk buat simpanan. dokter ni, outsiders nampak je macam kita kaya sangat lah, but then untuk orang-orang yang bernafsu serakah macam aku ni, i need more. and i tell u, kalau bulan-bulan masuk at least EMPAT ANGKA, tak ke perasaan tu macam wow! yeas, you heard me :) serius, best. best GILA.








tak percaya? contact me. 
dan rahsiaku akan menjadi rahsia mu. ececehhh. hehhe. till then peeps. japgi nak balik jumpa cik puan curly fries dekat kluang :)



 


Friday, February 18, 2011

dari saat ini dan seterusnya. caiyukkk!





"Believe you can and you're halfway there."
- Theodore Roosevelt



assalamualaikum, hai semua :)



aku nak mengingatkan diri aku mulai dari saat ini untuk memulakan aktiviti ber-diet dengan bersungguh-sungguh dan melayari kehidupan secara sihat. aku dah tak sanggup dibelenggu dengan perasaan kegemukan ni. cit, bukan setakat perasaan, tapi kenyataan. huhu. tak sanggup wehh. sebab aku akan rasa low self esteem. rasa tak confident. nak pilih-pilih baju pun payah. apatah lagi nak bergaya sakan. dah lah syg i jenis yang bersenam dan ber-stretching bukan main untuk mengekalkan bentuk badan yang ideal.



tapi aku?



makan dengan bersungguh-sungguh dan tidak bersukan. huhu. tak suka, tak suka. i was a very health-conscious and very body-conscious once. sekarang? aku telah menjadi salah seorang dari mereka-mereka yang apabila sudah beranak pinak, bentuk badan entah ke mana. not good, not good.



erk. serius, scary kan.



i told syg once, long time back, before we got married, that i would try to maintain my original shape. even after i delivered a baby. i (unofficially) promised him that i would not get fat. kononnya, aku macam akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan bentuk badan yang asal, tinggi lampai dan ramping walaupun sudah tidak anak dara. dan kononnya, aku nak ikut jejak langkah dokter jamaliah (mum) yang masih cun melecun walaupun sudah beranak lima dan berumur 50++. ewahh, senang nya aku berkata-kata pada zaman itu, now it seems almost impossible! bukannya aku makin nak "menjaga", lagi aku makin menternak lemak ada lah. huhu.



serius, double scary. kan?



aku tiba-tiba sakit hati sebab tadi entah apekehal aku dengan hati yang berniat suci cuba-cuba mengukur lilit pinggang aku. sekali tu 32inches. hah?? HAHHH?? walaupun aku buat-buat terkejut, aku sebenarnya memang terkejut wehh. ok lah, aku mengaku aku memang bukan kategori yang berpinggang kerengga even masa aku selim dulu, tapi sampai 32inches??? ini sudah melampau. itu belum aku timbang berat aku lagi. mahu menangis teresak-esak bila tengok scale dekat penimbang tu. takpun penimbang yang menangis tengok aku, sebab tak tertanggung sebab berat sangat. boleh ehhh? huhu.



aku kira bertuah jugak sebab aku ni kategori tinggi. so kegemukan aku macam sedikit ter-kaver dengan kepanjangan aku. still tak seronok, sebab diri sendiri tau yang di sebalik penyamaran itu, ada satu lembaga montel yang berlemak di sana sini mintak dilepaskan. tapi yang pelik tu, dalam tak seronok-seronok, tetaaaaaapp jugak gatai nak mengunyah dan memamam tak berhenti-henti. aduh, macam mana ni?



tak nak lah sampai satu tahap, bila aku duk meng-counselling patient suruh lose weight, tiba-tiba patient pandang aku atas bawah, angkat-angkat kening, kecikkan mata dan cakap balik dekat aku,



"dokter tu sendiri montel, lagi nak suruh saya lose weight."



whoaaa, tidakkk!



so far, belum ada lah patient yang berani sound aku macam tu. tapi kalau ada, aku rasa mesti aku akan menyorok bawah meja. tak pun menyorok di sebalik lemak-lemak-ku. isk, isk.



kesimpulannya, aku mesti start jaga makan balik. get back in shape. exercise on daily basis. dan mencapai BMI 20-23 macam tu. baru lah patient nak dengar cakap aku. baru lah aku boleh jadi lebih confident. dan yang paling penting, baru lah syg makin jatuh cinta sama aku.



kita start hari ni ok! it's a good start sebab aku oncall hari ni. sudah semestinya akan ber-huruhara bergerak, berjalan ke sana ke mari. mari pupuskan lemak-lemak ini! kena start berjalan laju mulai esok.



kawan-kawan sekelian alam, jom kita semua kurus sama-sama ok!
i have done it before, and i will do it again.



my other halves :)



say no to gemuks! and wish me luck.
:)



(next week kita ukur lilit lagi. kawan-kawan ada petua bernas nak cepat kurus tak?)







Tuesday, July 27, 2010

saya suka yang slim dan tinggi. macam model.





"We turn not older with years, but newer every day."
- Emily Dickinson




assalamualaikum, hai semua :)



first of all,
selamat hari lahir kepada my beloved mum-in-law, Datin Hjh Rohani yang ke, eRRRrr yang ke-berapa ek, tak pasti pulak. huhu. takpe, takpe. yang penting, mak memang sentiasa awek awet muda. itu yang lebih penting :)



second of all,
many-many thanks to those yang wish selamat kepada saya sempena bday saye semalam. walaupun kamu, kamu sekelian alam tidak memberi hadiah kepada saya, saya tetap menghargai ucapan-ucapan selamat dari kamu. wahhh, ayat sungguh berbaurr sinis di situ. HAHAHA. takde lah, serius saya sangat appreciate kamu-kamu yang sudi wish happy bday dekat saya walaupun saya hanyalah watak picisan dalam hidup kamu. it's the thought that counts right? meh sini sayang sikit *muahs! ;)



anyway, birthday kali ni aku dengan syg memang tak celebrate dengan bersungguh-sungguh pun. birthday present pun syg dah bagi awal-awal kan. ingat tak yang aku mention dekat entri yang ini. itu pun syg tak habis-habis duk asyik ingatkan aku bila aku dah mula-mula nak menjeling manja nak mintak itu-ini bila berjalan wondow shopping. hehehe.



tapi aku berjaya jugak menge'pow' syg belanja aku bola gergasi yang untuk senaman tu. tapi itu pun lepas aku sibuk-sibuk timbang nak kira berapa kandungan lemak dalam badan aku. tengok je percentage lemak tu, terus toink-toink terbeliak mata syg. cepat-cepat syg setuju nak belanja bola gergasi. syg kata, lagi sebulan nak timbang lagi nak tengok lemak aku. HAHAHHHA.



nanti lah ambik gambar bola gergasi tu. sekarang bola tu masih mengempis lagik. tunggu dah pam, baru lah gergasi. bola gergasi untuk manusia gergasi. okeh, diam. hehhe.



(cik tika kata, aku tulis dah macam gaya cik husna. HAHAHA. cit.)



which reminds me. rindu lah nak baca bebelan cik husna.



okeh, sambung cerita aku balik.



sebenarnya aku ada banyak aktiviti for the past few days. tapi aku ni entah pehal, punya lah malas nak meng-snap gambar. so dipendekkan cerita;



khamis petang : aku meng-PM-off-kan diri sebab bbysitter call cik puan bby aina berak-berak.

khamis malam : beronggeng sambil ber-marathon yak-yak dengan cik puan.

jumaat pagi : aku dengan syg ambik leave.

jumaat nak dekat tengah hari : aku, syg dengan cik puan dah dekat kluang.

jumaat malam : aku dgn syg ambik kesempatan tengok eclipse. kuang, kuang, kuang. tapi serius bosan. MENYESAL. hehe.

sabtu tengah hari : aku dgn syg berdesup balik ke melaka. cik puan tinggal kejap dekat kluang.

sabtu petang : aku dgn syg ada game sempena MMA vs Bar council. ayat senang; game tournament dokter lawan lawyer. aku main netball. syg main bola.

sabtu malam : cik puan dengan nenek and atuk kluang sampai.

ahad malam : aku, syg dgn cik puan bergerak ke LCCT sebab nak hantar emy, adik syg balik aussie. lepas tu, berdesup ke kepong pulak.


dan kami di kepong sampai lah sekarang.















ni masa dekat LCCT. ini baru suku daripada keluarga mertua saye. comel kan ipar-duai saye. it's easy to love them ;)



dan ini gambar tadi masa kami cuci-cuci mata di KLCC.



(handbag DKNY ada sale 30%. *hint*hint* HAHAH)












bulatnye mata cik puan. nak ambik gambar bertiga, tapi syg tertekan zoom. elok-elok pulak ter-zoom dekat cik puan. hehehhe.



balik dari KLCC tadi, jalan jammed gila-gila. syg memang dah tensi habis. tapi cik puan bby aina yang cerdik,






duduk diam je, baik dan begitu bersopan santun sekali. ohhh, baju kait itu emak saya (iaitu dokter jamaliah) jahit untuk saya semasa saye baby yer, dah turun kepada cik puan pulak. harta pusaka tu. hehehhhe. comel tak?



okey lah kawan-kawan sekalian alam, saye mahu berangkat tidur dulu. mahu mimpi itu handbag DKNY. waaaahhhh!



;)




(nak beli ke taknak? siapa setuju angkat tangan plis)




Thursday, July 1, 2010

ber-belogging secara pelesit.




"A dress that zips up the back will bring a husband and wife together."
- James H. Boren



assalamualaikum, hai semua :)



macam best jek quote dekat atas tu kan? hehehehhe. sila apply kepada diri masing-masing yer kawan-kawan sekelian alam. contoh ayat;



"syg, tolong zip-kan baju i"



menarik kan?
HAHAHAHHA. dah, syoooh, syooooh. pergi buat sekarang ;)



okeh, aku takda apa-apa motif di situ ye. kang ada pulak yang kata dokter faryn tengah gers*ang ke. ohhh tidak, tidak. harap maklum. sekian.



wehhh, apekehal ayat aku dari tadi asyik berbaur lucas sahaja ni??



HAHAHAHHAHHA ;P



anyway, just nak tunjuk ini.



bukan gambar lucas yer. sila berhenti berharap :P



tetapi ini,







sori lah, aku malas nak rotate gambar. sebab masa tak mengizinkan. sila teleng-kan kepala anda yer kawan-kawan. kesulitan amat dikesali. hehehe.



punye lah lasak cik puan mem besar tetapi kenit ni sekarang. tak sempat nak menyambut, dah tersembam. benjol sudah. tapi ada hati nak bergelak ketawa lagik tu. haihs, anak mama sorang ni.



first time bby aina benjol. elok-elok pulak si nyamuk durjana nak menggigit dekat situ. habis merah. dah nampak lebih drastik. macam kena dera je. erkks.



sori aina sayang, aina laju sgt.



takpe, semoga benjol itu akan membuat aina lebih kuat, lebih tabah. dan lebih berhati-hati. tempat jatuh lagi kan terkenang, inikan pulak.... err, sila sambung sendiri. aku tak ingat. hahahahahahhampehhh.



nanti lah malam aku cerita lagik. syg ajak pergi gym. *hah, kagum tak?*



;)



**muahss sikit.





Sunday, May 9, 2010

bila budak empat belas tahun menipu.





"Keep away from people who try to belittle your ambitions. Small people always do that, but the really great make you feel that you, too, can become great."
- Mark Twain



assalamualaikum, hai semua :)



happy mother's day, again.



aku dah dekat kluang ni, baru sampai dalam around 11am tadi. balik-balik, aku dengan syg berebut-rebut keluar dari kereta nak lumba siapa yang dapat peluk-gomol-cium bby aina dulu. sampai terkejut bibik sebab kitorg TERRrmenggegarkan pintu rumah dengan begitu hebat sekali. haha.



dan, as expected, aku kalah yer. yelah, mana aci, aku si gumuk gedempul ini berlumba dengan syg si tough berkaki panjang itu. cit, sudah tentu lah dia yang lagi laju dari aku. cit lagik. hehehe.





*anak mama yang puas kena gomol dgn mama-ayah dia*




anyway, cik tika is here too. siapa lagi kalau bukan si birthday girl yang celebrate birthday dia semalam tu :) aku sampai-sampai bukan-nya nak tanya aku sihat ke, tapi first soalan yang keluar ialah;


"hadiah mana?"


ewaahhhh. sekali aku lesing, baru tahu. hehehhe. takde lah. maybe petang keluar kut, jalan-jalan usya-usya apa yang boleh belanja kasi dekat cik dokter yang seorang tu. mungkin aku boleh hadiahkan dekat dia seorang jejaka kacak-bijak-berkerjaya yang ada potensi menjadi calon suami? ohhh sungguh besar cita-cita aku. ada jodoh tidak ke mana kan? heheh :)




*cik tika tengah posting dekat Paediatric department sekarang, habis dia godek-godek buku nak test milestones bby aina. bby aina advance sikit untuk 4months old bby :)*




okey, tadi itu ayat tanya pertama keluar dari mulut cik tika sebaik sahaja dia nampak kelibat aku. but the next line yang keluar dari mulut dia yang buat mood aku sedikit up.



"ehhh along, kau dah kurus balik eh?"



whoaaaa! best. best. terus aku nak bagi dia birthday pressie yang power, se-power ayat dia. haha. aku tak kesah lah betul ke tidak. mungkin ayat itu sekadar di bibir yang mahu membodek aku untuk bagi dia hadiah yang hebat-hebat. ahh, pedulikan. yang penting gua suka. HAHAHAHHA.



okey, dont get the wrong impression. i am STILL fat. misi masih belum berakhir. aku masih belum kembali kepada ideal weight aku pada zaman dahulu kala tu. huhuh. but i am still glad she mentioned that after all. at least i know that i did make some progress. but did i really?



we will see. hehehe.



dah lah. dah tengah hari pun, tengah tunggu ma balik kerja untuk nak salam-peluk-cium ma pulak :)





**ohh btw, tajuk tu sebenarnya berkenaaan dengan budak empat belas tahun yang aku jumpa semalam masa syg oncall yang datang dengan masalah jangkitan kuman dekat pundi kencing. she denied any history of sexual intercourse, tapi bila aku 'check', sah penipu. budak oh budak, dgn dokter pun nak tipu. haihs.**



Blogger Templates
Blogger Templates

Monday, May 3, 2010

i dont want to die young.

"You only have to do a very few things right in your life so long as you don't do too many things wrong."
- Warren Buffett



assalamualaikum, hai semua :)


aku in-charge Maternity OT hari ni. baru je selesai buat satu csect tadi. sekarang sedang bersantai-santai menunggu kut-kut kalau-kalau ada kes-kes lain yang bakal mendatang. hopefully dah takde lah untuk hari ni.


sebelum aku berceramah pendek pasal csect yang aku baru buat tadi, aku nak war-war-kan kepada rakan-rakan taulan seantero dunia sekalian, yang belog aku telah dijelajahi oleh encik BEN ASHAARI. whoa, that fast ah. akhirnya. terima kasih encik BEN ASHAARI di atas kunjungan anda hehehehhehe :)


okey, jom nak cerita sikit pasal csect yang aku buat tadi.


patient ni muda lagik. 27years old, had 1 previous LSCS for suspected big baby. memang besar pun lah baby dia yang sebelum ni. empat kilo lebih. dan beliau terpaksa di-csect-kan lagi this time sebab suspected big baby jugak, estimated by scan dalam 3.8kilo. dan yang menambahkan lagi risk untuk baby besar dia ialah, sebab dia ada Gestational Diabetes atau GDM (kencing manis semasa mengandung) on insulin. so of course lah baby besar. memang expected.


but that's not what i want to emphasize here.


what i was concerned about when i first saw this patient was HER SIZE. not her baby's but HERS. she is a 27 years old lady and she is 130++kilo. in other words, she is morbidly obese. dan itu adalah sangat-sangat tidak bagus okey. umur baru 27 tau, jauh lagi perjalanan hidup dia. dengan keadaan dia yang sudah obese yang melampau macam ni, i dont think she will survive long enough to get to see her own grandchildren later. iskh, ajal dan maut di tangan tuhan kan. tak baik aku cakap macam tu. astaghfirullah al'azim.



tapi, tapi, tapi obesity ni memang akan mendatangkan BANYAK masalah. even when you're going for an operation, OBESITY itself is a main concern sebab in case kalau bius separuh tak jalan, and you need to proceed with general anaesthesia (bius penuh) it would be a bit difficult and extremely high risk in an obese person. baaaaaaaaaaanyyaaakkkk sebenarnya masalah lain yang akan bersangkut-paut dengan masalah obesity ni. kencing manis, darah tinggi, masalah kolesterol, masalah jantung, masalah kemandulan, dan bla, bla, bla. dan kalau nak cerita semua kat sini, memang tak akan berkesudahan.



i am upset because she is so young and she still has a long journey onwards. aku betul-betul harap dia akan buat something untuk diri dia dan demi keluarga dia. macam yang aku pernah tengok one of the contestant of the biggest loser cakap,



"i dont do this for myself. i do this because i dont want my boy to live without his father later. i dont want to die young."



ingatlah kepada orang-orang yang tersayang.



dan aku pun sangat-sangat berharap aku dapat reduce weight aku dan kembali kepada ideal weight aku.



ameen.



Blogger Templates


Wednesday, April 28, 2010

enough is enough.

"You can have everything in life that you want if you just give enough other people what they want."
- Zig Ziglar



assalamualaikum, hai semua :)


aku bersiaran langsung daripada computer room, kamar bersalin ni.


okey, sekarang aku betul-betul nampak macam blogger tegar yang sudah lupa asal-usul-nya. hahahahha. tapi labour room aku suprisingly tenang hari ni. dan aku pun macam dah asyik ke hulu ke hilir dalam labour room tu tanpa arah tujuan. mana lagi aku nak pergi kan? daripada aku pergi ke arah pantry dan meng-gendut-kan diri aku yang sudah sedia gendut ni, lagi baikkk aku buat senaman tangan. iaitu dengan ber-belogging :)


*alasan*


HAHAH.


ohh, cakap pasal gendut ni buat aku teringat dekat staff nurse yang terjumpa aku pagi tadi dekat changing room OT. dah lama jugak aku tak jumpa staff nurse ni.


"dokter farhana, lama tak jumpa dokter ehh. u macam dah berisi sikit ehh"


DUSH, ambik kau. terus merundum mood aku untuk hari ni.


tapi memang betul, aku ni sangat gendut lah sekarang. itu pun aku rasa staff nurse tu begitu berhati-hati mengeluarkan kata-kata. kalau tidak, mungkin ayat beliau akan berbunyi begini;


"dokter farhana, lama tak jumpa dokter ehh. u macam dah GENDUT ehh"


WHOA! imagine that.


itu lah. sebenarnya INI lah yang paling aku takut masa nak mengandung dulu. i was a very HAPPY pregnant lady, and i gained almost 25kg++ through out the whole pregnancy. sangat sedih dan depress tau. masa tu tak lah, sebab ada alasan kukuh : TAKPE, MAKAN UNTUK BABY.


sekarang? gendang gendut tali kecapi lah aku.
hehehhe.






but still, ada antara mereka-mereka (ambik hati mungkin?) yang cakap aku turun berat cepat jugak after dah deliver. ye ke? entah, aku rasa sama je. still belum boleh pakai LEVIS size 27 aku (yang mahal nak mampu* beli dulu) heehhehe.


anyway, i must confess that i myself also not doing my very best to lose weight. yelah, mana lah nak ada masa sangat nak ber-exercise-aerobik-pelbagai tu. aku just harapkan aku ke hulu ke hilir berjalan sana sini dan buat csect masa oncall tu lah sebagai senaman aku. huhu. mana nak tercapai impian ber-badan slim 36-24-36 kan? okey, jangan nak berangan. at least back to zaman pre-pregnancy lah **-29-** pun aku dah akan melompat-lompat kegembiraan.


okey, kita mula kan agenda mengurus-kan diri start daripada hari ni okey. sila support saya wahai kawan-kawan.


btw, anyone has a bright/alternative idea on how to lose weight in 1month?


1 month? yeah. i guess not :(



Blogger Templates


Tuesday, February 9, 2010

Avillion PD; 2nd Feb 2010




holla, holla! remember me?
HAHA. yeah, i know.
it's been quite sometimes since my last entry.






i was ber-kampung-ing in kepong, which explains the long silence :) habis lah tak naik-naik nuffnang aku. dah lah dah memang seciput. hahahha.








now that i'm back in kluang, i can blog again. mood ber-belog selalu wujud di rumah ni. balik dengan my sis, cik tika yang sanggup naik ke melaka daripada muar utk ambik aku dan bby aina utk saing-saing balik ke kluang (she's on leave for one week) terima kasih yer. walaupun aku tau, sebenarnye cik tika teruja nak mencuci mata di jusco yang besar gila yang baru bukak kat sebelah tesco tu. kan, kan. :Pp






okey, enough of those craps.




wah, byk nya benda nak cerita, tapi asyik bertangguh.







*long sigh*






sambung cerita pasal PD lah ek.




.




.




.



2nd day, kami bangun awal. 'bgn awal' as in bangun solat subuh dan tidak berselubung kembali. hehe. alhamdulillah. :) aku mmg dah niat tak nak miss matahari terbit. nak menyelami perasaan menyaksikan matahari terbit di pagi hari. ewah. haha. yelah, nama pun duduk kat water chalet, rugi lah kalau miss kan :)









view daripada dalam chalet kami ke arah balcony. sayu-sayu je kan. bby aina still tgh lelap lagi masa ni. bukan main nyenyak lagi bby aina tidur malam semalam nya. tenang lah jugak aku dgn syg tidur malam tu :)







syg yang tengah baca Qur'an di keheningan pagi :) sejuk hati saya :))
(aku masih 'cuti' lagi masa ni, kalau tak boleh berjemaah skali)







lepas subuh dalam 630am aku dah siap terpacak kat balcony nak tunggu matahari terbit. actually, chalet kitorg ni tak berapa strategik utk tgk matahari terbit. so susah gak nak dpt gambar yg betul-betul mantap. well, at least i tried.







check these out,



























tadaa!




it was breathtakingly beautiful!! kan?



(okey sedikit berbangga dapat captured saat-saat matahari terbit gitu. HAHA)







since my slot for the Spa was at 1pm, we've got few hours to spend. igt nak bergambar sakan, tapi tak berapa nak sempat, sbb semangat nak ke gym sgt berkobar-kobar. haha. so, hari tu kami berpakaian sukan. sgt sporty okey. punye lah semangat si ibu yg baru habis pantang ni. itu pun setelah di-diskaun-kan beberapa hari. :Pp




(syg sebelum pergi PD asyik igtkan dah bawak sport shoes tak.haha)







my babies bergambar kat depan chalet.




'traditional malay foot wash' yang merata-rata otw nak ke water chalet. syg suruh aku basuh kaki aku kat situ, dia nak snap gambar. tapi aku macam sedikit geli pulak. ntah nape. hahaha.



sebelum ke gym, kita MAKAN dulu. konon-kononnya makan byk pun takpe, sbb after that nak ke gym and burn all the fat. heehhe. alah, lagipun package kitorg include daily breakfast. tak baik membazir dude. :P





syg was helping himself at the cereals corner. his favourite :)




my syg yg senyum lebar dapat makanan. haha :P





me and bby aina yang seperti biasa tgh syiok tidur.

(gambar bby aina tersembunyi sbb mama dia gila kuasa.HAHA)





what i had for breakfast. yummy!




breakfast was so GOOooooD!


puas hati sebab byk SGT choice. sampai tak menang tangan nak rasa semua. wah, agak scary statement tu utk org yang tgh nak diet kan. takpe, sekali-sekala takpe. haha.










posing kat depan swimming pool otw nak ke gym. yang ni ada adults pool and children's pool side by side. sgt tempting :)






dah hampir-hampir nak sampai ke gym. tapi masih nak bergambar lagi. haha.

(sila pura-pura tidak nampak segala lemak-lemak ku yer)








dah sampai depan pintu gym. dan yer, MASIH bergambar lagi.



(la, laki sapa tu? ish,ish,ish)


HAHA.







sbb dah lama tak buat aktiviti-aktiviti lasak ni, aku rasa macam kena kerah kerja buruh je kat dlm gym tu. machine semua super canggih and in a very-very good condition. yang bestnye sbb dia ada tunjuk berapa byk kalori dah di-burn-kan bila dah buat certain-certain exercise tu. tapi yang tak best nya, aku rasa dah berpuluh-puluh batu (yer yer jek aku) aku lari kat treadmill tu, seciput je kalori aku burn. tak puas hati ni. machine tu bengong kot. haha.






mongah den. huhu.








ini lah manusia paling happy pergi gym.



berapa byk kalori u burn tu syg?? hehhe.





dan ini pulak,







si comel yang buntang mata tgk aksi-aksi mama dgn ayah dia kat gym. heheh.






agak lama jugak kitorg work out. sedar-sedar dah nak dekat kul 12pm. ada satu jam lagi nak get ready pergi spa :) syg dgn bby aina tunggu sambil bermanja kat chalet sementara mama pergi spa.





nanti aku update cerita spa pulak. dah kedengaran bby aina meng-ek,ek,ek :)



ciao!




Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...