"Live as if you were to die tomorrow. Learn as if you were to live forever."
- M.K. Gandhi
assalamualaikum, hai semua :)
syg tengah merajuk dengan aku ni. aku lah, benda kecik pun nak argue. haihhh. awal-awal lg syg dah masuk tidur. merajuk betul tu. aku biarkan dulu. harap syg okey lah kejap-kejap lagi. tak best lah bila dia merajuk. tak sedap je hati aku. tapi betul ke org kata, kalau orang lelaki tengah merajuk, jangan kacau. biarkan dia reda sendiri. mungkin ada betul-nya kut. kejap lagi aku naik atas pergi siasat.
**sorry syg**
hari ni aku kerja macam biasa. aku datang awal pun tetap ber-serabut kepala nak cari tempat parking. last-last aku park dekat tempat semalam. *kuang*kuang* dah macam jadi port aku lah nampak-nya tu. nasib lah ye. HAHAHA. tapi actually bagus gak park dekat situ. senang aku nak keluar. cuma agak menyusahkan orang lain nak keluar lah. takpe, susah sikit je. yang penting boleh keluar. (wahh, ayat penting-kan diri sendiri) hehehe.
hari khamis memang hari antenatal clinic. maknanye klinik untuk ibu mengandung. korang tau berapa ramai patients hari ni?? 200++ patients okey. tapi hari ni aku bijak. sampai-sampai je hospital, aku singgah kat cafe mart beli breakfast. tak nak lah perut aku berkeriut kelaparan macam semalam lagi. serik gua. sementara staff tengah settle-kan clinic card tu, aku pergi curi-curi breakfast sekejap dekat pantry. tak sampai 10minit pun aku breakfast ye, jangan nak tuduh aku curi tulang pulak eh. tak baik okey :P
tak banyak cerita hari ni. semua kes yang aku tengok biasa-biasa je. takde yang pelik-pelik yang boleh aku ceritakan. dan aku sedikit malas sebenarnya sekarang ni. kepala tengah pusing nak fikir camne nak pujuk syg kejap lagi ni. huhu.
tapi aku perasan one thing lah. sekarang ni ramai betul patient yang aku jumpa, muda je umur tapi dah ada anak sampai empat lima orang. kagum-nya aku. err, ke aku jeles eh? yelah, aku umur nak masuk 28tahun this year, anak baru seorang. nak buat family planning pun seram sebab takut plan punye plan, kang laaaaamaaa pulak nak sangkut yang second, third, fourth dan seterus-nya (ewah, BANYAK-nya!) tapi insya ALLAH, kalau ada rezeki ada lah kan :)
*amin*amin*
okey lah, kepala aku macam dah sakit pulak. masa aku pregnant macam tak pernah pulak dpt attack sakit kepala ni. tapi sejak dua menjak ni dah mula balik sakit kepala aku. mungkin dulu tu hikmah masa mengandung kut :)
hurm, aku tengah tak sabar gila nak tunggu esok ni. perasaan sgt YEY sebab esok dapat jumpa bby aina dah. tak sabar-nya nak peluk-peluk gomol-gomol bby aina. tadi ber-3G call nampak bby aina macam dah makin chubby.
WHOAA, serius, tak sabar!
alaaaa, tapi syg oncall pulak esok.
haihhh.
ni lah kehidupan dokter, dapat satu, kurang satu. huhu.
(oit, jangan MENGELUH!)
okey, okey. jangan buang masa. aku nak naik atas pujuk syg.
till then, nite peeps :)
Blogger Templates
No comments:
Post a Comment
Thanks for reading. come again!