"Be miserable. Or motivate yourself. Whatever has to be done, it's always your choice."
-Wayne Dyer
assalamualaikum, hai semua.
aku rasa aku dah okey sikit (kot). aku ikut syg pergi jasin hari ni. dia oncall lagi. mula-mula aku ada niat nak stay kat melaka je. buat apa yang patut. tapi aku rasa dengan keadaan emosi aku yang tidak berapa nak stabil ni, mungkin aku boleh jadi bengong kalau tinggal sorang-sorang kat rumah sewa dua tingkat tu.
malam tadi (macam yang aku dah bgtau) bby aina dah ikut atuk dengan nenek dia balik kluang. kalau ikutkan, aku memang dah mentally prepared. or at least, i thought i have. aku dah pesan dekat HATI aku supaya ber-tabah. jgn emosi. siang-nya aku okey. kami jalan-jalan, dan aku happy. tapi bila malam-nya before ma dengan ayah sampai nak amik bby aina, aku dah mula rasa tak best. tengah-tengah teman syg tengok everton vs manU, sambil-sambil tengok gambar-gambar bby aina yang aku snap hari tu, boleh pulak aku TER-menangis. bby aina dah tertidur masa tu. tak-nak lah nangis depan dia. nanti dia ter-ikut-ikut jadi cengeng macam aku pulak. tak nak. tak nak.
syg peluk pujuk-pujuk cakap,
"b, u jangan lah nangis.. nanti i pun nangis.."
sekali aku tengok mata dia pun dah berair. lagi lah aku nangis.
haihhh, laki aku ni.
(okey, aku rasa nak nangis sekarang)
tarik nafas. tarik nafas.
astaghfirullah al'azim...
astaghfirullah al'azim....
astaghfirullah al'azim.....
macam kelakar bila fikir kan. (dan mungkin semua orang fikir aku ni entah hape-hape)
bukannya tak jumpa terus. nanti hari jumaat ni bby aina datang ke melaka balik. tapi kejap je la. sbb ma ayah ada nak attend wedding cousin aku kat perak. aku tak pergi sbb syg oncall jumaat tu. so tinggalkan bby aina dekat melaka dgn aku. then sabtu malam, dorg akan amik balik.
tapi ENTAH. rasa macam tak best bila fikir jauh dengan bby aina. selalu nak tidur, dia ada dekat sebelah aku. bangun pagi, dia ada. bila dia takde, aduh! lost nya aku. macam tak ceria hidup ini. tak kesah lah dia nak menangis meragam nak aku dodoi satu malam ke. tapi aku tau dia ada. tapi sekarang dia takde. tak suka la perasaan ni. buat aku jadi macam budak kecik. cengeng tak tentu pasal.
malam tadi, aku memang cuba habis-habisan daya aku untuk tak menangis masa nak bagi bby aina dekat my mum. tapi lepas kereta ayah dah berlalu pergi, aku terus menangis tersedu sedan. kat syg jelah tempat aku mengadu. itu pun tak boleh nak lebih-lebih sebab nanti dia pun menangis sama.
aku cepat-cepat masuk rumah, pergi dapur. basuh pinggan. tapi sebab aku basuh pinggan sambil tersengguk-sengguk menangis, syg dengar, dia pun join aku basuh pinggan. syg pujuk aku,
"takpe lah. nak buat macam mana. nak cari bibik pun susah skrg. nanti kita survey cari org utk jaga aina kay. tak pun u berhenti kerja je la b. u jaga aina. biar i je kerja.."
aku rasa syg cakap ikut emosi jugak tu. tanpa berfikir apa consequences nya kalau aku berhenti kerja. aku tau dia susah hati tengok aku. tapi tak masuk akal lah kalau sampai aku nak berhenti kerja sebab ni. walaupun aku selalu komplen, aku suka kerja aku. dan aku nak tolong build up family aku dengan duit aku sendiri. tapi aku tau, deep down inside, syg mungkin cakap macam tu utk sedap-kan hati aku. aku tau dia tau aku tak selfish sampai ke tahap yang macam tu.
lepas tu, aku dgn syg tgk dvd sherlock homes. ikutkan, aku memang macam tak lalu je. tapi aku tak nak biarkan perasaan emosi aku tu terus-menerus blocking pemikiran aku. i had to distract myself. i had to to something. tapi tak sampai setengah jam movie, aku punye mata dgn badan aku dah rasa macam letih sangat-SANGAT. mungkin sebab byk menangis tadi, aku jadi lemah. aku give up akhirnya. dan aku tidur.
pagi tadi ikut syg ke sini (jasin). sampai jasin, aku tidur lagi. syg keluar masuk bilik pun aku tak berapa perasan. aku macam zombie yang bukak dan tutup mata je. tapi tak bergerak bebas. syg faham agaknya, dia biarkan aku. tadi, dalam pukul 3pm baru aku bangun-kan diri. maknanya aku bukak mata, aku bangun dan aku duduk. aku perlu solat.
dan, aku buat entri ini.
mungkin aku tak se-kuat yang aku sangka kan. aku hanya-lah manusia yang berhati lembik.
tapi aku percaya ini.
"if God (ALLAH) brings you to it, He (ALLAH) will bring you through it."
insya ALLAH.
**aku masih belum ada mood nak upload gambar**
Blogger Templates
kuatnya sayang seorang ibu kan..
ReplyDeleteu busy ek? sebab tengok dari
statement husband tulis susah nak cari
bibik..sabarlah ek, mungkin nenek dan atuk
baby aina pun nak bermanja dengan aina..
nanti2 dah jumaat baby aina jumpa mama
dia balik
cheers ok :) hugs.
sedihnya..sabar la..nnti dah jumpa bibik yg sesuai leh duk bertiga kan..kalau tak, ko hangkut je bibik mak ko tu tak leh??hehe
ReplyDeletechaiyok...
ReplyDeletebe strong k dear...
insyaAllah..
SOB..SOB..
ReplyDeleteahhhhhhh nantila aku dtg komen alikkk.
air mata dah berjurai jurai sama ni..hati seorg ibu pon sama ni,huwaaaa.
felicia : i keje memang busy dear. lagipun goverment kan. sbb 8-5. plus kalau oncall kena kerja 36hrs straight.kalau hantar kat bbysitter pun mesti susah nak cari yang boleh stay overnight.huhu.
ReplyDeletelgpun bby aina kecik lagi.nak tinggal kan dgn org yg tak kenal pun cam tak confident.
sue : itu lah.aku igt nak cilok bibik mak aku je.tapi tak guna gak sbb bibik tu dah nak abis dah.so march nanti kena cari yg lain.skrg dah susah nak dapat bibik ni.
anoneemus : thanx dear. hrp-hrp aku semngat lah.huhu.
yatt, jgn laaa.
ReplyDeletenanti aku pun sedih balik.huhu
(kau tau, aku men-cutikan lagi diri aku hari ni sebab depress sgt)
alahaiii siap cuti eyh?
ReplyDeletetakpe take ur time.kang kalo g keja pon otak melayang tak guna juga.dahla keja ko menyelamat nyawa org tuuu.
baby aina pon sure rindu mama dia tuu.rindu nak nenen!