passer by since 1st feb 2010

Saturday, March 27, 2010

85% completed :))




"Success is the ability to go from one failure to another with no loss of enthusiasm."
- Sir Winston Churchill




assalamualaikum, hai semua :)



wah, wah, wah. bukan main lama lagi belog aku statik tanpa sebarang entri baru. did you miss me? :) ayat yang sungguh berbaur perasan di situ. HAHAHHAHAHA. well, i missed you. ye kamu, kamu, kamu yang sedang membaca belog ini (macam lah ada kan). yelah, macam dah bersawang gila je kan belog aku. saya masih wujud di muka bumi ini ye puan-puan. tolong jangan berhenti melawat belog ini. :)



anyways, it has been one hell of a busy week! sebab itu aku hilang. bukan hilang sebab diculik orang bunian tetapi hilang sebab aku sibuk gila minggu ni.



tapi memang sibuk yang sangat berbaloi sebab kami telah berjaya memindahkan diri kami ke rumah baru kami :) syg lah yang telah berusaha mempercepatkan proses pemindahan kami dengan begitu effisen sekali.

*lusm syg* muahss sekali. hehehe.



bukan apa, sebab hari tu (khamis) aku kan oncall. so syg je lah yang dengan gigihnya menguruskan cari orang untuk bersihkan rumah, cari lori nak pindah-pindah perabot, katil dan sebagainya dari rumah lama ke rumah baru tu, call astro nak transfer, call orang nak cabut dan pasang semula air-con. dahlah khamis tu syg post-call. okey, cuba bayangkan situasi ini. seorang lelaki yang (masih mengantuk sebab tidak tidur sebab kerja semalaman) mengendong seorang bayi perempuan (yang seberat 6kg) ke sana ke mari meng-supervisor-kan segala macam aktiviti. sangat terharu kan :)



dipendekkan cerita, oncall aku the other day (khamis) tu memang lah sangat-sangat sibuk. ada banyak c-sect, dan ada jugak kes-kes yang complicated. satu kes yang aku takkan lupa ialah kes seorang patient (single parent) yang ada masalah jantung sejak kecik, tapi tak pergi follow up, datang ke kamar bersalin sudah tercungap-cungap, kaki bengkak, paru-paru dah berair. dia sudah sampai ke tahap fungsi jantung gagal (heart failure). aduh, tak sayang nyawa ke kak. aku sangat kecewa dengan patient-patient yang macam ni. semua orang pun ada masalah. aku faham. tapi takkan nak abaikan je kesihatan diri. and we're talking about two lives here.



patient tu end up dekat ICU. hopefully she will recover soon. and i really really hope her baby is fine. mungkin monday ni aku akan melawat ICU and find out how is she doing.



okey, berbalik kepada cerita pasal rumah baru kami :) rumah kami ni biasa-biasa je. rumah teres dua tingkat. empat bilik, tiga toilet. dari luar pun nampak biasa-biasa je. takde lah design yang super-menarik. sangat simple. nanti bila dah ada extra duit mungkin boleh renovate kasi 'meletop' sedikit. berangan, berangan. hehehe. but anyhow, i still like the interior. aku suka dengan struktur atur ruang dia. and the best part about the house is, rumah ini sangat lah dekat dengan tempat kerja kami. tak sampai 2minit kut :))






my favourite piece :)



terima kasih tak terhingga kepada ma, ayah, cik husna dan tak lupa bibik yang datang secara express dari kluang semalam lepas dapat tahu kami nak pindah by this weekend. kalau nak tahu, ma dengan ayah sebenarnya lebih berkobar-kobar dalam bab pindah-pindah ni. hehehe. untung jugak ada ma, sebab ma memang pakar dalam menyusun atur perabot ni. ruang sempit pun boleh nampak lapang bila terkena sentuhan ma :) kalau ikut kepala aku, memang langsung tak masuk dek akal lah. hahaha.



hurm, dan sempena masuk ke rumah baru ini, aku dengan syg telah membelanja-kan diri kami dengan membeli satu barang baru untuk rumah. ini adalah hasil pembelian secara tidak sengaja sebenarnya. plan asal-nya nak usya air-con untuk master bedroom (sebab air con yang ada tu nak letak dekat living hall) tapi dah nampak barang tu terus tergoda dan tanpa segan silu terus beli tanpa sebarang kompromi. lepas tu, untuk tidak rasa bersalah sebab macam membazir tak tentu arah, kami anggap itu hadiah untuk diri sendiri. KANTOI di situ.



HAHAAHAHHAHHA.

tapi takpe, lepas ni jangan membazir lagi. :Pp



nak tau apa barang? jemputlah ke rumah kami dan lihat sendiri. :)



okey, that's all for now. nak sambung kemas sikit-sikit. target; by next week, rumah dah cukup cantik untuk ajak orang datang. hahaha.



sebelum tu,





bby aina says hi :))




ehhh, langsir belum beli lagi lah. alamak! DU-IT lagik.





**syg baru balik dari tournament futsal anjuran jabatan ortopedik.team syg johan dan syg menang pemain terbaik.WELL DONE syg!! :)**




Blogger Templates
Blogger Templates

4 comments:

  1. alahaiii..tetibe aku ikut tersenyum bile tgk senyuman bby aina yg manisssss itu..hehehe

    nway, congrats yek dh pindah umah baru..mesti best psaan dh duduk umah sndiri kan..aku nye turn tk smpai2 lagi ni..=p

    ReplyDelete
  2. ala doc...macam mana saye nk dtg umah doc tgk barang yg doc beli tu...jauh sgt..doc show off je la kat sini..tertanya2 nie..hik..hik..cedih....hehe....

    ReplyDelete
  3. best kan masuk umah baru..:-) umah aku kosong lagi, duk atas lantai jer dulu, tunggu bajet..haha..wei..tunjuk la barang apa yang membazir tu..hihi..

    ReplyDelete
  4. lily : memang best. hubby aku tak berhenti-henti menyengih sengsorang. syok sendiri dgn rumah baru. hahahahaha.


    nis : alaaa..nak kena tunjuk ke? biasa je lah. bukan benda gempak pun. hehe.


    sue : hehehehhe. tengok lah kalau ada, ada lah aku tunjuk kang. barang biasa je babe. jangan berharap sgt. hehehe :)

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...