passer by since 1st feb 2010

Tuesday, March 9, 2010

aku sudah tua ke sebab tu aku cepat letih?




"To improve is to change; to be perfect is to change often."
- Winston Churchill




assalamualaikum, hai semua :)



aduh, letihnya aku hari ni (aku baru recharge tenaga ni). ni semua sebab oncall semalam. semalam aku oncall in-charge labour room. nak kata teruk sangat oncall tu takde lah. although labour room was full through out the night, it was uneventful. tapi entah kenapa macam letih gila rasa hari ni. rasa nak collapse je. most probably sebab aku dah laaaaaaaaamaaaa gila tak buat labour room call kan. so maybe i'd forgotten how tiring it could be. aku dah macam nyawa-nyawa ikan je dekat klinik gynae pagi tadi. serius, EXHAUSTED gila wehh. huhu.



labour room aku penuh dengan patient-patient untuk observation je semalam. ada tiga kes darah tinggi yang semua-nya telah di-c-sect-kan (satu kes tu aku yang buat c-sect dia), dan yang lepas c-sect parking kat labour room sebab nak observe tekanan darah dan habis-kan ubat sampai 24jam lepas c-sect. nasib baik semua patient stable, takde yang melambung-lambung BP. kalau tak, ada yang aku pun join melambung sekali. hehehe.


one of these patient, kandungan dia baru 30weeks+ je masa kami c-sect dia. patient ni 38tahun dan mengandung kali ke-sembilan. yep, u heard me. kali ke-sembilan ye puan-puan. BP melambung-lambung, dah banyak kali admitted for high BP (dan banyak kali jugak defaulted tak dtg follow up) dan dalam kencing pun dah ada protein (means, dah affect kidney function sikit). bila scan baby pulak, dah ada absent diastolic flow, dalam ayat senang-nya, baby dah distress. so kami advised dia untuk deliver the baby earlier atas sebab-sebab yang berkenaan lah. initially, she was induced la, but after the first prostin (ubat utk induce) pintu rahim still tak bukak. memang expected, sebab kandungan pra-matang memang susah sikit nak induce. failure rate tinggi. pakar kata better not to wait any longer, since baby dah distress, so terpaksa proceed dengan emergency c-sect. fortunately for her, the c-sect went smoothly and the baby's condition is fairly well. yang penting, baby menangis masa keluar. dan memang comel je lah as expected. berat dia 1.05kg je :) and of course baby dia kena admitted to nursery lah untuk observation.



dan aku sungguh gembira bila patient and husband agreeable untuk ikat. cukup lah sembilan anak tu kan. daripada anak ramai gila, tapi diri sendiri sakit dan tak dapat nak jaga diaorang.



ini yang aku nak ceramah sikit pasal darah tinggi masa mengandung ni. sila jangan ambik mudah perkara ini. sebab aku selalu jumpa patient yang dokter dekat kelinik kesihatan refer suruh datang hospital sebab tekanan darah tinggi, tapi dia orang refused. ataupun bila kita noted BP tinggi dekat klinik masa follow up, advised untuk admission, mereka refused and come out with all sorts of excuses. bukan jarang-jarang ye, SELALU jumpa kes macam ni. and then, tiba-tiba datang balik dengan BP yang melambung-lambung sky-high, sawan kat rumah, bby distress, kadang-kadang ada kes yang sampai bby dah meninggal dalam perut pun. cerita betul ye, tak tipu.




**sekadar gambar hiasan yang macam ada kena mengena tapi takde kena mengena sebenar-nya.HAHA**




dalam kes darah tinggi masa mengandung ni, our main concern is the mother. of course we take care of the fetus also, but if somehow (nauzubillah) we have to make a choice, the mother is the priority. means, selamatkan ibu dahulu, baru fikir pasal baby. sounds a bit "cruel" right, but that's the reality.



ada banyak jenis masalah darah tinggi masa mengandung ni, dan management untuk setiap jenis tu ada berbeza-beza sikit. so aku just cerita pasal darah tinggi in general je lah.



mula-mula sekali kena faham apa boleh berlaku bila tekanan darah tinggi. dan kenapa dokter-dokter beriya-iya benar nak suruh masuk wad untuk pemerhatian. satu; sebab tekanan darah tinggi yang tak terkawal boleh sebab-kan sawan. ini yang paling kita takut. kadang-kadang bila kita explain dekat patient, dia ingat kita buat kelakar. dia tetap tak nak masuk wad untuk pemerhatian. tapi memang pernah ada kes, patient tak nak masuk wad, and then developed seizures (sawan) dekat rumah, dan bila datang ke hospital dah terlambat. jadi pemerhatian dalam wad tu penting. sebab kita nak observe tekanan darah, dan kalau perlu, kita akan start-kan ubat untuk kawal darah tinggi dan ubat untuk elak-kan sawan.



dua; boleh sebabkan masalah-masalah lain kepada ibu, macam stroke, heart attack, paru-paru berair, dan masalah buah pinggang. bunyi-nya je dah scary kan. tapi ada patient yang degil. tak nak dengar nasihat dokter. hah, kan dokter faryn dah marah :P



yang ke-tiga; boleh affect dekat baby. pembesaran baby boleh terbantut (Intrauterine Growth Retardation,IUGR), air ketuban menjadi kurang (oligohydramnios), pengaliran darah kepada uri semakin terbatas menyebabkan baby distress dan boleh jugak sebab-kan uri tercerai awal (abruptio placenta) yang boleh menyebabkan pendarahan. kalau nak tau dengan lebih detail macam mana physiology semua ni boleh berlaku, korang sila lah google sendiri yekk. sebab panjang cerita nya pulak nanti :)



sebab tu, kalau patient yang ada darah tinggi dan on treatment, kita akan plan untuk delivery masa dia 38weeks. sebab nak elakkan daripada risiko-risiko yang disebut di atas. untuk patient yang ada darah tinggi tapi terkawal dengan tak makan ubat, kita deliver masa due date (EDD). itu protokol-nya lah. tetapi andai kata, dalam jangkamasa mengandung sebelum 38weeks itu, dah ada faktor-faktor yang merisikokan mother or baby, mungkin akan dinasihatkan untuk deliver lebih awal. contoh macam patient yang aku cerita-kan awal-awal tadi. macam mana nak deliver, whether by induction or c-sect, itu bergantung. byk faktor yang kena dipertimbang-kan, dan pakar yang akan decide.



lepas tu, bila dah ada darah tinggi, kena lah aware dengan symptom-symptom darah tinggi. contoh, macam sakit kepala, sakit hulu hati, rasa loya-loya, muntah-muntah, penglihatan tiba-tiba kabur, atau baby kurang gerak ke. ini memang soalan-soalan yang common ditanya pada patient-patient yang ada darah tinggi. so kena ALERT sikit. sebab selalunya symptom-symptom ni muncul bila tekanan darah sedang melambung. jadi, jangan takut-takut nak pergi hospital untuk check dan sebagai-nya.



hurmmm, apa lagi eh.



aku rasa basically that's the main thing yang perlu amik tau pasal darah tinggi ni. sebab aku notice banyak patient dekat klinik yang unaware and underestimate masalah darah tinggi ni. so memang agak jenuh jugak lah meng-explain dekat diorang. itupun lepas dah berbuih-buih aku ceramah, tetap tak nak masuk wad. haihhh. tapi takpe lah, at least i've done my part kan. nak, atau tak nak terima, terpulang lah :)


**sekarang aku dah jadik dokter yang "redha" je.tak nak paksa-paksa orang.hehe**




okey lah, bby aina pun dah lelap ni. lebih baik lah aku tidur. kut-kut dia jaga kejap lagi, dah kena layan dia bersembang pulak. esok dah lah kena masuk OT.



WHOA, malas-nya!



okey, okey. jangan mengeluhh. :)



btw, syg oncall hari ni. cepatlah esok, tak sabar nak jumpa syg. rindu pulak.


**okey, mari muntah beramai-ramai sekarang**



HAHAHHA.



nite peeps!




Blogger Templates

Blogger Templates

7 comments:

  1. dokter, mcm mana pulak dgn bp tinggi pas bersalin eh?

    hehe.. tanye lagi..

    sbb aku nye kes camni.. sblm cser bp ok.. lps cser lak dok ward 2 hari.. bp ok aje.. balik rmh aku muntah2 n time nurse dtg check tu bp aku naik.. mmg time tu kepala sakit mcm nk pecah n sume pon nmpk blur... terus kena admit ward balik..

    apekah puncanya? musykil di situ... huhu...

    ReplyDelete
  2. weeeeeeee macam macam masalah org preggy kan faryyn? hmmm seram aku dengoo.

    btw farynn ramai gile dah kwn aku nak refer blog ko ni coz ade dokter saket puan.hahaha.naiklaaaaa nuffnang ko jap lagi..bole banje ni.ngeee.

    bagus farynn, sharing is caring.
    dapat pahala juga.

    ** tggula berdas das soklan nanti derang tye.ngee.

    ReplyDelete
  3. kencing manis plak camana?? aku dlu kencing manis, tapi tak de la kena insulin, control diet je..IGTT ke apa ntah..hehe..feel free to story??hehe..

    ReplyDelete
  4. ohh..aku sgt memahami isu high BP ni sbb aku pon slh sorang yg terkena mase preknen dulu..ni gara2 tension kena buli ngan bos n wt byk kerja la ni..haha..mase sebulan yg last tu baru kena..makan ubat about 3 weeks that mase dh 38weeks check kat pakar HBP, tros kena admit.kebetulan baby dh engaged, kenala induced (sungguh menyakitkan kena induce..huwaaaaaaaaa)

    ReplyDelete
  5. syoknyer baca 'kehidupan seorang dokter'.. best best..

    ReplyDelete
  6. Hi salam kenal, u ni ank doc. Jamilah ek, tak sgka doc. dah bcucu ek sbb ur parents nmpak muda la, slalu jga bwa ank2 sya gi klinik dia tu...:-)

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...