"Am I not destroying my enemies when I make friends of them?"
- Abraham Lincoln
assalamualaikum, hai semua :)
hari ni bby aina first day pergi 'sekolah'. semalam bby aina tidur nyenyak. macam tau-tau je pulak mama dgn ayah kerja hari ni. so pandai pulak dia bawak diri semalam. lepas nyusu, senang je dia lelap. takde lah sampai serak-serak suara mama dgn ayah nak dodoi-kan dia :Pp terjaga sekali je lepas tu sebab nak nyusu lagi. itu pun jaga dah dekat-dekat subuh. bagus anak mama :)
aku in-charge Maternity OT lagi hari ni. so awal pagi dah kena gerak ke hospital sebab kes masuk sharp pukul 8am (by right lah). syg kata biarlah dia je hantar bby aina ke sekolah sebab dia nak gerak lambat sikit. aku pun tak sampai hati nak kacau bby aina yang tidur bukan main nyenyak lagi masa tu, aku okey-kan je lah. walau pun dalam hati macam rasa ralat sikit. yelah, anak first day sekolah kan. huhu.
so, berbuih-buih jugak lah aku pesan itu ini dekat syg. sampai syg pun muka dah macam orang tekanan perasaan je. bertambah-tambah gabra nak hantar anak pergi sekolah. lagipun, aku ni kalau bab-bab bagi arahan ni, nada suara akan menjadi sedikit high pitched. konon macam nak kasi lekat arahan tu dekat orang yang di-pesan. serius, irritating. HAHAHA.
**mintak ampun yer syg :)**
honestly speaking, susah hati jugak bila hantar kat babysitter ni. tapi kita tawakkal je lah kan. aku sampai-sampai je kat OTM (maternity OT) tengok dah ada 4 listed cases kat board tu. semua C-sect. ada tiga C-sect for 2 previous scars, dan satu for breech.
eh, korang tau tak yang kalau dah pernah buat C-sect dua kali, kali ketiga tu memang kena C-sect jugak and kena ikat??
tapi tengok keadaan jugak lah. memang daripada medical point of view, kita akan advise patient untuk ikat. tapi ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan. contoh, kalau patient tu baru umur 22 tahun. alahai, takkan nak paksa dia ikat kan. lagipun, who knows buatnya ditakdirkan beliau bercerai dgn suami dia (nauzubillah), and kahwin lain, then nak anak dengan suami baru, tak ke naya tu? dah satu hal lah pulak nanti. umur muda lagi, jauh lagi perjalanan hidup dia. we never know what is going to happen in the next 10, 20 years to come.
contoh kedua, kalau dia takde living child. means, anak-anak yang di-operate-kan bersalin dulu tu meninggal ke, wallah hua'alam. senang cakap, dah beranak, tapi takde anak yang hidup. itu pun takkan nak suruh ikat. kes macam ni, kita ikut budi bicara patient tu sendiri. kita cuma boleh list out all the pros and cons. let them decide what is the best for them.
contoh ketiga, kalau anak dah lima-enam orang. tapi semua-nya lelaki. ataupun, semua-nya perempuan. si ibu/ayah mengharapkan seorang lagi yang berlainan jantina. ini bukan alasan yang kukuh pada aku. tapi kalau dekat orang lain aku taktau lah, mungkin berbeza. aku pernah jumpa patient yang bila tunjuk anak dekat dia, respon dia; "alamakkkk! boy lagi!"
so, u know what i mean. heheh.
okey, contoh lain (eh byk pulak), aku pernah jumpa kes yang si isteri memang beriya-iya habis nak ikat. tapi masalah-nya husband tak kasi ikat. yang ni selalu kes yang anak dah cukup kuota cuti bersalin kerajaan, ataupun yang lebih tragik; yang dah cukup satu team bola. bukan futsal yer puan-puan (dan tuan-tuan mungkin?), team BOLA. ye, yang siap dengan substitutes sekali. heheh. yang ni memang aku no komen lah. sebab lain orang, lain pendirian dia. dan lain kepercayaan dia. hak masing-masing. aku malas nak argue, walaupun aku boleh jamin kebanyakan-nya hanyalah mitos sahaja. tapi kalau kau tanya aku, senang je jawapan aku.
kalau husband tak kasi isteri ikat, apa kata kita ikat si suami saja?
VASECTOMY, pernah dengar?
operation nak meng-ikat lelaki ni laaaaagi senang, laaaaaaaaaagi cepat, less risky, high successful rate dan boleh dibuat secara out-patient sahaje yer. kalau nak tau lebih lanjut, korang google-kan je lah :)
tapi rata-rata tak ramai lelaki yang sanggup. kononnya, nanti kelelakian tercabar. okey, yang ni pun aku malas nak komen lebih-lebih. tapi aku serius tabik lelaki-lelaki di luar sana yang sanggup. emmmmmm syg? what say you? HAHAHA.
tak kesah-lah camne-camne pun. yang penting kasih sayang sesama suami isteri kekal abadi. kalau dah ditakdirkan dan dimurahkan rezeki dgn anak-anak yang ramai, bersyukur sahaja lah kan :)
alhamdulillah, hari ni operation semua berjalan lancar. baby-baby pun semua comel-comel. gerr-rrammm tengok! tu yang asyik teringat-ingatkan bby aina kat sekolah.
abis OT dalam pukul 3pm. hari ni habis sharp sebab kes semua okey, dan aku dapat habis kan on time. so takde lah kes yang terpaksa di-push ke Main OT.
dah habis kerja, aku cepat-cepat mem-blah-kan diri aku, and cepat-cepat pergi ambik bby aina kat sekolah. ewah-ewah, bukan main lena bby aina tidur dalam buaian. aku ikut-kan memang tak ajar bby aina tidur dalam buai. tapi ni dah hantar ke sekolah, ikut kan je lah apa guru besar dia nak buat kan. jangan yang bukan-bukan je dah lah. kak ani (bbysitter) cakap senang je nak jaga bby aina. tak byk ragam. alhamdulillah. mama dia je yang duk susah hati tak pasal-pasal :)
petang tadi, ayah call tanya macam mana bby aina sekolah hari ni. orang kluang pun suspen bby aina first day kat sekolah hari ni okey. hehehehe. aku update sikit-sikit dekat ayah. tergelak besar ayah bila aku cerita yang kak ani tu cerita ada sorang budak satu tahun yang dia jaga jugak (ayid kut nama dia?) sumbat puting dia dekat bby aina bila bby aina nangis. macam kena ngorat gitu. eehehehhe.
syukur alhamdulillah semua nampak okey. esok pergi sekolah lagi kay sayang :)
semoga hari-hari kami yang mendatang akan terus indah!
Blogger Templates
alahai..semakin hari semakin gerammmmm tgk bby aina yg cumei!!suke sgt tgk bby girl pakai headband mcm tuh..anak dara aku dr kecik tk suka pakai benda kat kepala..abeh kena tepis..huhu keciwa..=p
ReplyDeletecamat gi cekolah baby aina:-) faryn, yg operate 3 kali tu aku pernah dgr pastu tak leh beranak dah..tapi, ada gak aku dgr, skrg teknologi dah moden, boleh je beranak lagi..btul ke?? apa yg moden nye?? alasan doc tak kasi beranak dah knpa??
ReplyDeleteanak ko makin rupa ko bila dah besar.
ReplyDeleteoh, klu dh cser 2 kali mmg kali ke 3 kena cser? n pastu kena ikat? oh.. oh.. x leh beranak ramai macam ni.
ReplyDeletekena usaha yg 2nd beranak normal lak. huhu..
farynn..
ReplyDeletenak mintak opinion ko lahh..
teknik planning family mana plg bgsss?
aku takotla kang tereksiden ke apa nanti.dahla aku czerr..kalo makan pil,pil ape ko rase plg oke? ko pulak guna cara camana?
aku cam skrg okla planning natural je coz papa Qies mana ade..tapi pasni hah kena berjaga2 lah kan..
besh kan keja ko..hari2 pegang baby.
byk tu pahala ko dapat insya allah :)
aina g skool eeeyh?
besh tak kat skool tuuuu?
korang-korang, bby aina selamat balik dah dari sekolah untuk 2nd day. hehehe. so far, everything is fine :)
ReplyDeletedah ada dua org kawan dekat sekolah.
untuk soalan-soalan korang, aku jawab dekat next entri okey :))