passer by since 1st feb 2010

Sunday, March 14, 2010

ber-belogging semasa oncall. ewahh :)




"The art of being happy lies in the power of extracting happiness from common things."
- Henry Ward Beecher




assalamualaikum, hai semua :)



first of all, aku tengah oncall ni. tapi aku oncall CDS bukan labour room. secondly, so far dari pagi sampai sekarang ni (pukul 1am), alhamdulillah oncall aku tenang. thirdly, aku bukan CURI TULANG ye puan-puan. tapi aku memang tengah free ni. so sedang melepek-lepek sambil layan internet sebab mata masih belum mengantuk :)


**dekat labour room kami ada bilik khas untuk dokter-dokter melepak, yang lengkap dgn mini kitchen and PC's with internet coverage**



so sementara tengah tak mengantuk dan tengah free ni, aku ber-belogging lah kejap. actually tadi, sebab tengah free sangat, aku sempat balik rumah kejap melawat bby aina dan ayah-nya. saje-saje balik buat spot-check dekat syg :) lagipun rumah aku dengan hospital ni sekangkang kera je. okey tipu lah tu, sekangkang kera jauh mana lah pun kan. kangkang aku lagi jauh. hahahahha.


tapi tak lama pun aku kat rumah, puaskan hati gomol-gomol bby aina dan ayah-nya, makan KFC sikit (yang ma-ayah belikan siang tadi masa dorg dtg visit bby aina) then rush balik ke hospital semula. yelah, takut jugak kalau ada kes emergency ke apa kan. tak nak lah menanggung risiko kalau pape.



anyways, labour room dengan CDS suprisingly very quiet today. boleh dikatakan tak ramai patient hari ni. mungkin bukan musim orang bersalin kut. sekarang kat labour room pun tenang je. so hati aku pun tenang. ni waktu aku tgh manaip ni, member aku, dokter yang oncall in-charge labour room pun tengah sakan melayan YouTube. so bayang-kan lah BETAPA TENANG-nya kami hari ini :) semoga tenang sampai ke esok lah.


*ameeen*



aku nak cerita pasal satu kes yang aku jumpa masa aku buat ward rounds tadi. patient ni, 25 years old, mengandung anak pertama, sekarang dah 33weeks. awal-awal dulu datang ke hospital sebab sakit contraction. bila pakar scan, noted pulak air ketuban banyak gila, dalam 30 macam tu (ikut-kan normal bawah 25). so pakar plan untuk keep patient in ward lah sebab takut ada risiko bersalin awal, risiko pecah air ketuban, dan risiko tali pusat jatuh yang boleh sebab-kan baby meninggal sebab takde oksigen. ditambah pulak patient memang ada masalah medikal lain yang memerlukan untuk tunggu sampai hari isnin utk ambil appointment untuk follow up bahagian medikal.



okey, itu baru mukadimah. cerita-nya begini. Houseman aku inform aku yang patient ni punya husband beriya-iya nak bawak patient balik. dah dua-tiga kali dah husband patient kata nak bawak patient balik. disebabkan pakar kata suruh keep patient in ward, so aku jumpa lah patient. nak counselling lah kan.



bila aku jumpa patient (husband takde pulak time tu), aku explain lah segala benda yang aku dah mention kat atas tu. then patient pun cakap;



"saya faham dokter. saya memang takde masalah nak tunggu dalam ward. tapi suami saya tu yang tak faham-faham"


"okey, kenapa suami awak nak bawak awak balik? dia ada masalah ke?"


"entah lah. saya pun tak faham. dia cuma cakap dia susah nak bangun pagi nak pergi kerja bila saya takde"


masa ni, aku dah macam, HAH?? ada ke husband yang macam ni? bunyi macam sedikit selfish kan?


"awak nak saya jumpa husband awak tak? saya boleh terangkan dekat dia kenapa kita taknak kasi awak balik."


"alah dokter, dah banyak kali dah dokter lain explain dekat dia. dia nak bawak saya balik jugak. saya pun tak faham apa masalah dia."


bila aku semak balik case notes dia, memang dah banyak kali rupanya husband dia nak bawak balik. dan memang dah ada dokter lain explain dekat husband sebelum ni.


"takpe. nanti saya bincang balik dengan dia."


"dia dah marah-marah la dokter. suami saya kata kalau dia datang ni, dia nak bawak saya balik jugak. dia kata jangan sampai dia maki-maki kalau dokter tak nak kasik balik jugak."



dan aku terus faham kat situ. SAH!, husband dia ni memang jenis yang degil.


so, aku terus call dan inform pakar on-call. pakar kata, kalau husband masih berkeras nak bawak isteri dia balik jugak, kena turun-kan tandatangan untuk tanggung risiko sendiri. apa-apa jadik nanti, jangan cakap kita tak bagitau.


tapi memang aku tak faham kenapa masih wujud segelintir orang yang berperangai macam ni. reason yang tak boleh bangun pagi tu, pada aku sangat lah TAK KUKUH. taktau lah pada orang lain macam mana kan. unfortunately, aku cuba call untuk bercakap dgn husband patient ni tak dapat pulak. nak jugak aku dengar sendiri dari mulut dia kenapa dia beriya-iya sangat nak bawak isteri dia balik. nak jugak tengok reaksi dia bila bagi alasan tak boleh bangun pagi sebab isteri takde tu.


tapi bila aku fikir balik, buat apa lah nak dua-tiga kali counsel husbang pasal masalah wife dia kalau dia sendiri memang dah set dalam kepala tak nak terima. yang pelik-nya tu, kadang-kadang kita pulak yang terlebih concern pasal wife dia. dia bukan fikir itu semua. haihhh, buang masa, dan buang karan!


betul tak?


entah-lah. lu fikir lah sendiri.
letih lah asyik fikir masalah orang.




**mood swing tetiba**



Blogger Templates

Blogger Templates

2 comments:

  1. rase simpati plak kat patient tuh..laki die mmg pentingkn diri sndirila..aku rase kalau die balik tuh, konpem kena 'paksa' wat kerja rumah jugak ngan husbnd die..bukan smata2 nk suruh kejutkan bangun pagi..harap2 patient tu n bby die okla smpai deliver..huhu

    ReplyDelete
  2. betul tu lily.aku pun rasa macam tu.bila aku inform specialist aku, ko tau specialist aku cakap apa?


    quote : alah.laki dia dah resah tu bini dia takda.sebab dah lama "tak dapat".


    HAHAHAHHA.lawak sehh.

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...