passer by since 1st feb 2010

Sunday, March 28, 2010

bravo aina sayang!





"The essence of pleasure is spontaneity."
- Germaine Greer




assalamualaikum, hai semua :)



okey, okey jangan buang masa. kena update cepat-cepat sebab syg tengah tunggu dekat atas. *wink*wink* okey, sila jangan buat andaian yang melulu ye.


HAHAHAHHAHA.




bby aina tengah syiok tidur dekat dalam rocker ni. bukan main susah lagi nak tidur kan dia tadi. bukan susah actually, tetapi proses nya sangat-sangat lah LAMA. sekarang bby aina memang nak kena bermanja-manja, borak-borak, main-main dengan dia dulu sampai dia dah penat baru lah dia nak lelap. kalau dulu, pantang letak dekat tempat yang selesa sikit, sekejap je dia dah pengsan. hehehhe.














bila bby aina dah lelap, baru lah aku dapat nak menyambung kerja-kerja mengemas aku. dah macam rupa amah je aku tadi. berjaya jugak akhirnya aku refill-kan balik almari baju tu. dan aku telah menge-mop rumah dengan jaya nya sebanyak DUA KALI ROUNDS okey. aku sungguh berbangga dengan diri aku sendiri. hahaha.



dan tadi jugak aku dgn syg and bby aina telah pergi merewang ke jusco besar gedabak. plan asal-nya nak beli macam-macam lah. tapi hasil yang berjaya di-bawak pulang hanya-lah langsir. kitorg beli yang ready-made je lah senang. lawa pun lawa, dan tak leceh jugak. balik rumah aku just semat-semat kan dekat grill dulu since syg belum drill lagi palang nak gantung langsir tu (sebab dokter takrimi pinjam set drill kami sampai sekarang tak pulang-kan :P). barang-barang lain tu dah malas nak cari sebab dah lambat (dan penat) sebab TERRRR-LAMPAU LAMA membelek-belek langsir. kau tahu lah aku macam mana kan. syg siap dah round satu floor dengan bby aina, bila dtg balik tengok aku masih lagi ter-kial-kial taktau nak pilih kaler gold ke kaler merah. lepas tu, lagi nak tanya syg. mendatang-kan marah betul aku ni. hahahha.



dipendek-kan cerita (aku ni manjang pendekkan cerita je), hari ni tak banyak aktiviti pun selain aktiviti mengemas aku. syg pulak pagi-pagi tadi ada game bola padang, sesi pemilihan untuk wakil melaka ke sukan KKM. firasat aku mengatakan, syg sure terpilih punya lah. dont worry, be happy. insya ALLAH :). kalau dapat, berjalan ke terengganu lah kami. itu pun kalau aku dapat cuti lah. kalau tak, syg je lah kot. huhu.



bby aina pulak tak habis-habis nak tunjuk skill meniarap dia. asal letak je, cepat je dia nak meniarap. lepas tu bila tangan tersepit, tak reti nak adjust. lepas tu meng-ek,ek,ek mintak tolong. kadang-kadang aku saje biarkan dia nangis kejap sebab nak tengok macam mana usaha dia nak selesai-kan masalah tangan tersepit tu. hahahhaha. okey, aku ngaku aku sedikit kejam di situ. but it was really fun lah. hehehhe.







whoahh, mama bagi aina LIMA BINTANG lah! :)





Blogger Templates

7 comments:

  1. chaiyok2x..aina dh pndai meniarap yek..best jek tgk muka die yg puas ati dpt meniarap tuh..padahal mula2 dh mcm nak nangis mase dlm usaha mencuba tuh..ekekeke

    ReplyDelete
  2. sekejap je kan?... tak lama lagi tetibe je bb Aina dah merayap plak nnt... habis la dia tolong mengemop pulak...

    ReplyDelete
  3. aina, you go girl!
    :)

    baru 3 bulan dah pandai tiarap sendiri...bagus!

    ReplyDelete
  4. lily : memang syiok tengok dia berusaha. selalu nya dia rilek je tak nangis. yang tu sebab dia dah bad mood. hahahaha.


    kak ejamaria : itulah cepat betul masa berlalu. :)


    puterikurekure : harap-harap cepat jugak lah belajar yang lenlain nanti. insya ALLAH :)

    ReplyDelete
  5. ala aina pandainyaaaaaaaaaaa...

    pasni musti gile tiarap macam Qies..habes satu umah dia mop okeee :D

    aina omel omel bulu mata lentik..

    ReplyDelete
  6. huhuhu usaha tangga kejayaan...heheheheh...go girl go....... !!!!!

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...