passer by since 1st feb 2010

Saturday, March 6, 2010

it's family time :)




"There is more to life than increasing its speed."
- Mohandas Gandhi



assalamualaikum, hai semua :)



hari ni aku dengan syg bangun awal, thanks to bby aina yang dah terbuntang mata nya sejak kul 8am camtu. bukan main galak bby aina nak mengajak bersembang. lepas aku dah nyusu-kan, dia tak nak lelap pulak. tapi dok mengajak kitorg berborak. entah apa yang banyak benar nak di-gosip-kan tu pun aku taktau. syg memang dah surrender awal-awal, so mama nya lah yang duk melayan anak dara sorang ni :)


**malam tadi, bby aina tidur nyenyak, so mama dengan ayah dapat lah melayan DVD cerita jackie chan, tu yang liat sikit nak bangun sbb tidur lambat**



tapi memang kami kena bangun awal pun hari ni, sebab nenek dengan atuk kluang nak dtg. seperti biasa lah, hari sabtu kan hari appointment dokter jamaliah dekat tempat rahsia. so, dalam pukul 10am camtu aku dah siap-siap kan mandi and mekap-kan bby aina. tapi boleh pulak lepas dah siap-siap tu, bby aina cam meragam sikit. sampai lenguh tangan mama dodoi nak pujuk dia. *ish*ish*ish*



ayah ma sampai dalam 1030am, plan-nya nak gerak dari rumah aku together-gether dengan ma & ayah, tapi disebabkan MEM BESAR sudah bersilat, mama-nya tak dapat lah nak bersiap pantas-pantas (kena ambik giliran dgn ayah-nya), jadi terpaksa lah suruh mereka gerak dulu. janji jumpa dekat tempat kejadian sudah.



seperti yang sudah dijangka-jangka, mereka semua excited GILA jumpa bby aina. rindu lah tu. baru tau penangan berjauhan dengan bby aina. BARU TAU PERASAAN AKU camna dulu. walaupun baru beberapa hari tak jumpa. hehehe.





















auntie husna yang first impression bila jumpa bby aina,


"eiiiii, kenapa dengan aina ni???"


and i was like,


"haaa, kenapeeee??"


"kenapa dia dah lainnnnn. aina dahh besarrrr. macam dah jadi makin cantikk"


jawapan yang membuatkan aku taktau nak kata apa. boleh ke macam tu??


HAHAHAHA.



bby aina memula tengah tidur masa sampai di tempat kejadian tu. tapi lepas dah di-gomol-gomol, terjaga sudah. tu yang gambar muka ala-ala tensi je. muka macam nak marah. hehehhe :)


dan, seperti biasa, sementara nak tunggu dokter jamaliah selesai appointment di tempat rahsia, kami lepak minum-minum. kali ni, dekat starbucks pulak. haihhhh, spoil lagi lah diet aku. huhu.


**tolong nasihat-kan aku sikit,kawan-kawan.risau sehh**











































kepada sesiapa yang masih tertanya-tanya, siapakah gerangan seorang lagi perempuan cun (okey,bunyinya macam si mak budak itu pun cun jugak ye.HAHA) dalam gambar seperti di atas ni yang meng-join kitorg tadi, ini ialah adik nombor dua aku yer, iaitu cik tika merangkap dokter tika yang sekarang kerja HO kat hospital muar. jauh-jauh drive sendiri dari muar tu.



ada sesiapa yang berkenan?




HAHAHHA. *tiba*tiba*




takde lah, saje je mention. kut-kut ada yang tak kenal lagi kan :)



okey, sebenarnya BANYAKKK GILAA gambar yang di-snap. tapi macam super-gedik lah pulak kan nak upload semua-nya kat belog. padahal kat entri ni pun dah byk gila aku letak. *tamak*tamak*. HEHE. dan aku sebenarnya pun tak cukup tenaga nak tunggu upload process yang cuma laju sikit je dari encik siput ni. akan tetapi andai-kata sesiapa yang ada rasa-rasa nak menjamu mata tengok latest pic bby aina, jangan malu-malu untuk usya kat fesbuk hamba ya. tapi tolong jangan salah-kan hamba kalau-kalau mata korang berpinar-pinar ya. serius, BANYAKK GILAA gambar babe. please do not say that i did not warn you first okey :)



kali ni memang betul-betul takde cerita pasal kerja ye kawan-kawan. sebab weekend ni aku and syg off. sangat BEST sebab this is the ONLY weekend yang kami off sama-sama. eh silap. nanti 27-28hb pun kami off sama-sama. tapi 27hb tu syg ada bola, so no family time. that means, tak kira macam off sama-sama jugak lah. okey, aku dah penin dengan apa yang aku tulis. putar belit betul lah. HAHAHA. faham-faham sendiri lah ek.



nanti monday aku oncall lagi. tuesday syg pulak oncall. then, next saturday syg oncall, lepas tu sunday tu aku pulak oncall. syg pulak kena buat post-call rounds sunday tu. so dalam 10am baru sampai rumah. aku pulak pukul 8am dah kena ada kat labour room. haihhh, kacau betul lah bila kami kena oncall back-to-back ni. kesian bby aina. dahlah sekolah tutup bila weekend. mungkin aku boleh mintak cikgu besar bukak kelas tambahan sunday tu. hurm.



takpe, itu nanti lah fikir. buat jiwa kacau je kalau fikir sekarang.


okey lah, nite peeps. masa untuk bermanja dengan dua orang kesayangan hamba! :)





Blogger Templates



Blogger Templates

10 comments:

  1. Kak Farhana
    Comelnya baby aina :)

    ReplyDelete
  2. hi fafa!
    thanks. lama tak dengar cerita :)

    ReplyDelete
  3. arghhhh!!!! geraammmmm...gerammmm ngan bby aina yg cumei n cantik nih..heehhhehehe

    ReplyDelete
  4. errmm..family doc faryn nie semua dokter ke??mak n ayah?ke doc faryn n adik tika jee?

    ReplyDelete
  5. lily : bawak bertenang...aku tau ko rindu zara masa bby kan? :)) ini lah masa-nya untuk planning 2nd baby. hehehehhe.


    fuadnis : errr, u perasan ek. hehe.

    boleh dikata-kan majoriti kami dokter. mak ayah, cik tika, cik husna juga bakal ambik medic.

    then, family syg pun sama. kakak dia dokter. dan adik dia ada 3 orang sedang belaja medic :)

    fuh, dah macam "penyakit" keturunan. susah nak dielakkan. :P

    ReplyDelete
  6. alahaiiiiiiii syomel gile aina ngan legging tuu..nampak dah peha KFC!

    geget kang.
    aina mmg lawa.tang bulu mata lentikkk tu tak menahannn...

    ReplyDelete
  7. yatt : hehehhe. thanks. tapi itu lah, peha kfc pun, tapi aku rasa dia macam dah 'kurus' sikit. ke sbb features dia dah mula sharp? em entah. :)

    ReplyDelete
  8. heheh makin comel aina..

    faryn..aku nak tumpang tanye la...betul ke orang2 cakap tak elok selalu scan baby.aku pernah tanye doktor..dia kata tak de apa kesan2 pun sebenarnya...heheh cuma nak kan kepastian la

    ReplyDelete
  9. haahla..dah nampak kurus sikit..muka ayu je:-)

    ReplyDelete
  10. elly : scan baby tu takde masalah. sebab kalau setakat ultrasound perut tu memang takde effect sebab takde radiation. so memang 100% safe untuk baby and mother :) jgn risau kay.


    sue : itulah. mama-nya je yang tak kurus-kurus ni.huhu.

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...