passer by since 1st feb 2010

Friday, March 12, 2010

kenapa aku hilang?



"To conquer fear is the beginning of wisdom."
- Bertrand Russell




assalamualaikum, hai semua :)



WAHHH, macam dah lama gila rasa tak belog-ging. padahal baru dua ke tiga hari ek. yelah, kan ke aku keng-kononnya nak update on daily basis. nak jadikan belog macam ala-ala personal journal macam tu. tapi kalau macam ni lah gaya-nya, tak tercapai lah niat suci murni aku tu :)



bukan-nya aku malas ke apa ye. tapi lepas masuk OT hari rabu lepas dengan dokter Rabin a.k.a pak Rabin, (my ex-O&G consultant yang sekarang dah bertukar ke hospital segamat tapi masih dtg ke hospital melaka untuk buat op) aku punya letih sampai sekarang tak hilang-hilang babe. aduh, memang masalah serius nih. dah berumur sangat ke aku?? tapi memang sakit pinggang GILA masa assist pak rabin buat laparoscopic surgery (operate guna scope@teropong, paham ke ek?) the other day. dah lah aku ni jadik tukang pegang camera, so lagi lah sampai terkehel-kehel tangan menahan lenguh. huhu.


**kalau nak tahu,semua orang memang kalau boleh nak avoid masuk OT dgn pak rabin sebab OT dia akan LAMA gila**



hari itu kami ada tiga kes. dua kes Vaginal Assisted Laparoscopic Hysterectomy + Bilateral Salphingo-oopherectomy (VALH + BSO). atau dalam bahasa senang-nya, maknanya, operation buang rahim + kedua-dua saluran tiub peranakan + kedua-dua kilang telur dengan menggunakan teropong dan dibantu daripada bawah (vagina). dan satu lagi kes ialah Laparoscopic Cystectomy + Dye Test, atau operation buang ketumbuhan cyst dengan menggunakan teropong dan ujian dye untuk tahu saluran peranakan 'patent' ataupun 'blocked'. ujian tu kami buat sebab patient ni dah kahwin masuk 3tahun tapi masih belum mengandung lagi.



okey, aku tahu mungkin ada yang masih terkesima tak faham sebijik pun apa yang aku sudah merapu dekat atas ni. tapi takpe, sebab tak penting. dont make things more complicated than they already are. aku cerita pun sebab tengah takde idea nak cerita apa. hehehe.


**tapi kalau nak tau lebih lanjut apa itu laparoscopic surgery, korang sila-lah google ye :)**



anyways, i got something else to share;






ini bukan hotdog ataupun daging yang telah dicincang-cincang untuk dijadikan lauk santapan ye puan-puan.



INI adalah merupakan rahim yang telah di-operate dan telah dipotong oleh sejenis alat yang dipanggil.... alamak, aku lupa pulak nama alat tu. cehh, hampehh. hehhe. nanti dah ingat aku bagitau later-later. okey, alat tu guna-nya untuk potong-potong kan rahim tu supaya jadik macam 'hotdog' ni dan boleh muat untuk ditarik keluar melalui scope (teropong).



makcik tuan empunye rahim di atas ni, mengalami perimenopausal bleeding (pendarahan pada usia yang sudah sipi-sipi nak menopause) yang melampau. kira pendarahan semasa period yang banyak sgt-sgt lah. sampai selalu pitam-pitam, kepala pening, susah nafas dan sebagainya sebab kurang darah. memandangkan makcik ni sudah setengah abad umur-nya, jadi kami offer untuk buang rahim dan kilang telur-nya. means, menjadikan dia menopause dan tidak akan datang period lagi.



makcik ni mengalami "adenomyosis" yang menyebabkan rahim dia jadik besar dan bulky macam org sedang mengandung 20wks. itu yang terpaksa dipotong-potong. tak payahlah korang tanya apa itu adenomyosis, sebab sampai sekarang aku sendiri pun taktau macam mana nak explain dekat patient dalam bahasa yang bukan medikal. kantoi betul. huhu.



alhamdulillah, operation berjalan lancar dan makcik tu dah selamat di-discharge kan pun dengan sihat nya :)




then, malam nya, kitorg keluar sebab rasa macam dah lama tak bawak bby aina jalan-jalan. ALASAN baekk punya. padahal mama-ayah nya yang kuat jalan. hehehehe. syg bawak ke Jusco kecik, since dekat Jusco gedabak tu sure ramai gila org. malas nak redah. lagipun just nak cari barang-barang rumah je sikit.











lepas tu, kami makan-makan dekat Johnny's. tiba-tiba teringin nak makan steamboat :)































esoknya iaitu hari khamis, aku kena masuk Maternity OT pulak. aku buat empat kes c-sect. habis dalam pukul 430pm macam tu. serius, tak larat. balik tu aku terus collapse. huhu.



jadik-nya, itulah sebabnya kenapa aku missing for the past two days. if you must ask.



HEHEHE :)



okeylah. syg oncall hari ni. esok aku pulak oncall. nasib baik cikgu besar sekolah bby aina sanggup bukak kelas tambahan esok pagi. kalau tak, entah mana nak letak bby aina ni, sebab pagi esok syg balik dlm pukul 10am. aku pulak kena ada kat hospital pukul 8am. haihh. konflik, konflik. tapi takpe, dah selesai pun masalah.



till then peeps!



**ada banyak cerita sebenarnya.contoh; tadi aku kena attend clinical audit meeting sebab ada satu patient buat complaint yang sangat-lah tak masuk akal.tapi serius malas nak story sebab buat sakit hati sendiri je.huhu**




Blogger Templates

Blogger Templates

15 comments:

  1. waahhhh... bb aina da montel la... so cuteee.... ;)

    ReplyDelete
  2. yeaahh...great!!

    akhirnya dapat gak tgk salah satu "hasil" operation doc faryn..oooo..mcm tu yek rupa rahim..panjang2 camtu....;-o thanks yee..

    erm..rupanya family doc faryn ni semua doktor..apa kata doc faryn wat entry pasal family doc faryn..mksud nis..ayah pakar bahagian ape..ibu pakar bahagian apa..dan semualah..menarik sgt nk tau..;-)

    tu pun klu boleh share la..seronok tgk family doktor nie..;-)

    ReplyDelete
  3. fuadnis : rahim bukan rupa camtu.hehehe.itu sebab dah kena potong-potong jadi panjang. :) anyway tu bukan hasil operation saye, tu pak rabin yang operate, saye assistant je. hehehe

    em nak cerita pasal family ke? err,tak perlu kut.semua biasa je :)


    syima : montel ek? aku rasa dia macam dah kurus sikit je.dagu dah panjang.hehehe.

    ReplyDelete
  4. weeeeeeeeeeeeee ngeri siot aku tgk tuuu.vayalah ko berani buat tu seme.tabikk n salute betullla :)

    hmm btw bb aina dah nampak muke cam budak becauuu la dia..hmm pandai tu kan tido je time mama bwk sopeng dlm stroller..cam Qies laa.kalo tak bawal stroller bole fengsan aku nak dukung diaa.hahaha.

    byw farynnn, aina num susu ape eyh?

    ReplyDelete
  5. yatt : aina memang muka matang je.hahaha.minum enfalac A+ jugak.memang takde rezeki nak nyusu badan exclusively :( tapi aku tgh nak ber-kaunselling dgn lactating nurse kat hospital aku.hopefully they can help.

    mula-mula ingat nak bagi Nestle NAN-HA sebab bagus utk yg bby yg ade risk allergy ni.tapi kan aina dah start dgn susu lain after susu badan, tak leh pakai susu ni dah. nanti dah tak effective dah.

    ReplyDelete
  6. Salam...sy terbaca blog nie..menarik...tahniah..dan terima kasih dapt berkongsi pengalaman kpd semua readers...sy pernah buat pembedahan menggunakan kamera ditebuk kiri kanan bwah perut saya..sebenarnya sy terpaksa buang seblah kanan tiub folopio sy..tahun 2008 di hospital melaka..smpai skg sy xdapat zuriat lagi..haruskah sy give up?...peluang tuk sy mengandung tipiskan?apa pendapat doktor faryn?

    ReplyDelete
  7. salam illa :)

    dulu operate tu sebab apa sebenarnye? ada dorg bgtau tak macam mana dgn condition tiub yang sebelah kiri? patent atau blocked?

    illa pernah buat pemeriksaan untuk 'infertility' tak?

    dah kawen berapa lama ek? boleh ambil appointment utk check up dekat hospital melaka kalau nak. mintak kelinik kesihatan atau pun klinik swasta buatkan surat rujukan :)

    ReplyDelete
  8. salam tq coz reply comments sy..doktor faryn..masa tu sy mengandung luar rahim..n sya xthu pun sy mengandung time tu...lepas buang sy xada wat pemeriksaan lanjut...tiub seblah kiri sy doc kata xder blocked..

    dah 3 thun lebih kwin dah..sy ada wat scan kt klinik swasta tp xder plak dpt surat rujukan ke hospital..atau sy kena mintak doktor swasta tu buat? baru2 nie ada ke klinik kerajaan sb dibawahperut blah kiri sy ada sikit sakit..terutama lepas period..doktor just bg ubat antibiotik tu aja...sy harap sgt sy dapt mengandung ..umur dh 30 thn tahun nie..:(

    ReplyDelete
  9. mak tolong.
    agak 'gulp' telan air lior tengok gambar tu. tutup mata ok! hahaha

    Anyway, nak tanya lah sis.. my period last month, abis dalam 23-24hb..tapi pagi tadi, ada blood stain mcm period.. padahal baru 13hb.
    Im having a bad week jugaklah, demam teruk, flu, and batuk..so segala ubat batuk, antibiotik and even chinese herb pun saya telan. panadol the first few days yang kerap telan like 2-3 times a day {2 biji}. Not to mention my personal problem [mcm yang sis boleh baca in my blog] it has been horrible. 2 minggu yang sgt teruk for me.. ini boleh meng effect my hormon ke?

    *blood tu tak lah banyak.. mungkin sebab saya stress tapi just nak pandangan dari sis saja..bagi hati saya tenang sikit, bley? tq!

    ReplyDelete
  10. kak illa : em kalau tiub belah kiri normal, by right there should be no problem to get pregnant, unless there's a prob with your ovulation (tahap kesuburan). tapi kalau akak kata dulu operate sebab mengandung luar rahim, means tahap kesuburan akak okey pada masa itu lah. sekarang tak boleh nak cakap jugak sebab tahap kesuburan ni boleh menurun bila umur semakin meningkat dan faktor-faktor lain.

    saya cadangkan akak mintak surat rujukan dari kelinik kesihatan untuk follow up di infertility clinic untuk pemeriksaan lanjut. nanti dorg akan check darah, scan perut, check air mani suami jugak utk rule out sebab tak mengandung.

    based from all the investigation result, dorg akan plan lah sama ada perlu start ubat subur ke macam mana.

    nasihat saya, kalau akak jenis yang overweight, means BMI >25, diet, kawal pemakanan dan ambik makanan seimbang. dan kalau husband akak smoking, suruh dia stop (sbb heavy smoking boleh effect pada sperm).

    lepas tu, kalau period akak jenis yang tetap (monthly dtg), maksimum-kan hubungan dgn suami pada hari ke 12 hingga ke 16 (waktu paling subur). kira dari hari pertama period ok. kena sama-sama tingkatkan usaha bersama suami untuk try conceive okey :)

    ReplyDelete
  11. felicia : bleeding tu sikit je kan? and tak berlarutan kan? i think you dun need to worry. sometimes herb pun boleh effect pada hormon. i dun think there's anything wrong with you. just observe first. if the bleeding comes again, maybe you should seek consultation from doctor. otherwise, if you're feeling alright, takde sakit perut or anything, just observe dulu okey :)

    ReplyDelete
  12. masih ada till today, and i think it IS period. takde plak trouble lain2..sakit perut ke apa ke, takde langsung...yang ada batuk ni je la.. thanks for the comfort :) kalau masih berlanjutan say lebih seminggu ke, i'll consult doctor

    ReplyDelete
  13. Salam dik , nak tanya pasal laproscopy and dye test tu huhuhuhu , email akak fzah77@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Salam saya nak tanya pasal laproscopy, my email fzah77@gmail.com

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...