passer by since 1st feb 2010

Friday, March 5, 2010

simply fish!





"A place for everything, everything in its place."
- Benjamin Franklin




assalamualaikum, hai semua :)



terima kasih ye kepada semua kawan-kawan baru yang telah menerjah ke belog aku yang tak seberapa sejak dua menjak ni. salam perkenalan untuk kamu-kamu semua :) tapi sila harap maklum ye, aku hanyalah dokter kecik yang bekerja sebagai Medical Officer (MO) di O&G department, Hospital Melaka. aku bukan lah obstetrician ataupun gynaecologist. aku hanyalah watak picisan di bahagian sakit puan ni. at least for the time being lah, hopefully, dengan izin ALLAH, in the next five (or ten) years, i will be joining them (dan jadik pakar jugak). sama-sama la doa ek :))




tapi sorry lah guys, this time no-no-NO O&G stuffs. letih lah cerita pasal kerja ni. hari ni nak cerita santai pulak :) alamakk, sila jangan lari dari menjengah ke belog saye ye. saye janji next time saye cerita pasal O&G lagi. ayat ngampu baekk punye. ehehhe.



okey, okey. i promise :)



kali ni just nak cerita apa aku buat hari ni. so bear with me ya.



pagi-pagi aku bangun dah terlambat. terkejut gila tengok jam dah pukul 830am. nasib baik aku "cuti", kalau tak entah melayang ke mana subuh aku. mungkin faktor terbesar yang menyebabkan aku bangun lambat ialah, satu; sebab syg oncall semalam-nya, so dia tak tidur rumah dan takde siapa yang bangun solat subuh hari ni. dua; sebab bby aina pun bukan main nyenyak lagi tidur. selalu-nya time subuh-subuh tu dia dah mula meng-ek,ek,ek. kali ni sedap pulak dia layan lentok gak.



so bangun, bangun je aku dah kelam kabut. cepat-cepat siap (nasib baik baju dah siap ber-iron malam tadi), mekap ala kadar asal nampak rupa orang, dan cepat-cepat siapkan bby aina untuk hantar ke sekolah. cikgu besar mesti tertanya-tanya je mana lah si budak aina ni tak muncul-muncul. hehehhe.



tapi bila aku sampai ke sekolah bby aina, cikgu besar dia rilek je. sempat pulak nak ajak aku bergosip. aku yang dah lambat ni, sambil bergosip sambil cepat-cepat ke kereta. nak cari parking dah satu hal. siap tempat yang aku selalu parking (yang agak menyusahkan orang) tu pun ada orang dah cilok. nasib baik, tengah-tengah aku berputar-putar tu ada kereta nak keluar. alhamdulillah.



sampai klinik, mata aku terus berpinar tengok patient yang dah berlambak gila. ada dekat 100patients hari ni, dan hari ni ialah hari gynae clinic. kalau seratus patient untuk gynae clinic pada hari jumaat yang berbahagia ni, itu sudah consider ter-sangat lah ramai okey. yelah, jumaat kan lunch hour awal. tapi seperti yang sudah dijangka-jangka, memang aku tak dapat nak lunch pun. klinik habis pukul 1:30pm. nak makan pun dah takde selera, rasa nak balik je rest kat rumah sekejap.


**bagus lah jugak kan.kalau hari-hari macam ni (miss meal time), memang aku boleh kurus cepat.heheh**




owh, this month jugak aku in-charge EPAU. korang tau EPAU tu apa? EPAU ialah Early Pregnancy Assessment Unit. kerja EPAU ni bukan-nya mengepau orang ye kawan-kawan. hehehhe. bunyi ala-ala macam tu je kan. tapi bukan ye.



mungkin ada yang tau. EPAU ni melibatkan patient-patient yang mengandung kurang daripada 22weeks yang mengalami masalah pendarahan semasa mengandung. kira untuk rule out keguguran, kandungan luar rahim (ectopic pregnancy), kandungan anggur (molar pregnancy) ke macam tu. EPAU ni penting sebab nak kurang-kan admission rate. sebab bukan semua jenis keguguran perlu di-admit ke wad.



macam hari ni, aku ada satu kes EPAU. patient, 35 years old, dah ada anak dua, currently claims she is pregnant with her third child. ikutkan, dah dalam 12weeks macam tu. last period bulan 12. dia datang ni sebab ada pendarahan. katanye tak byk pun, tapi ada sakit perut. bila aku scan perut dia, aku tak nampak pun janin dalam rahim dia. bila aku scan dari bawah (transvaginal scan) yang sepatutnye lebih accurate, still aku tak nampak apa. aku dah panik. dalam hati aku pikir takkan lah ectopic kut? aku tanye patient,


"yang mengandung kali ni pernah scan tak untuk confirm-kan mengandung?"


"tak, tak pernah"


"hurm, yang ujian kencing test mengandung tu buat bila?"


"dua hari lepas"


"buat kat klinik ke?"


"tak, saye buat sendiri kat rumah"




dengar je jawapan dia camtu, terus aku suruh staff aku check UPT (urine pregnancy test) dia lagi skali.



dan ianya adalah NEGATIVE!



rupa-rupanya bila aku korek-korek tanya dia, dia kata dia ada turun darah sikit masa bulan satu. and masa bulan dua pun ada turun darah masa tengah nak kencing. turun dalam sikit-sikit dalam tiga hari macam tu.



..... jadi most probably yang pendarahan ni disebabkan oleh period dia lah. HAIYAA! buat aku cuak je kalau ectopic. dan rupa-rupa nya jugak, aku found out yang anak kecik dia dah umur 6tahun. mungkin sebab tu dia macam dah ter-illusi optik masa buat urine test tu sebab nak sangat-sangat mengandung kut. entah lah, itu aku teka je. atau mungkin memang UPT kit yang dia beli tu tak accurate kan. taktau lah aku.



cisss, bukan ke aku dah kata taknak bebel pasal kerja hari ni. huhuh.



okey, cerita lain. malam aku, syg dengan bby aina pergi SIMPLY FISH. ini semua salah puan lily yang menayang gambar-gambar beliau ber-makan-makan di Manhattan fish. hehehhe. aku terus menjadi sangat kepingin nak makan yang ala-ala macam tu, dan terus teringat yang kami memang dah laaaaaaamaaa gila tak menjengah ke Simply Fish. so apa lagi, terus hasut syg ke situ.


























serius, aku semakin lama semakin malas nak tulis caption. huhu.




tapi,



lapar tak? lapar tak?


macam tu lah perasaan aku bila tengok gambar-gambar di belog puan lily. jadi salah siapa sekarang diet aku telah ter-spoilt?



HEHEHEHE. :Pp



banyak tak aku makan? licin tau. saje tak nak tayang gambar selepas makan. mesti korang ngeri tengok tahap kelicinan aku makan. ahahahha. kitorg ada order starter actually. chicken wings something-something nama dia. lupa lak. tapi sampai dah tiga suku makan main dish, baru muncul. starter pejadah nye tu? ehehe.



okey lah, nak tidur kejap. nanti syg balik main futsal, dia nak ajak layan DVD :)







hopefully baby aina tidur tenang-tenang malam ni. bagi can dekat mama dgn ayah bermanja pulak ye sayang.


okey, ayat geli. sila pura-pura tidak nampak okey.


HAHAH.


have a nice weekend ya!



Blogger Templates

Blogger Templates

7 comments:

  1. mesti ada gambar makan2..
    haih..terus lapar! hehehe

    btw, thanks for the comfort you gave me during my worst time..i appreciate it a lot..

    ReplyDelete
  2. Hehehe..malu2 kucing plak aku bile ko sebut psl diet..aspal time aku makan tk teringat pon diet2 nih..asal sedap jek..=p

    nway, dh name pon seroang dokter kan..tk sah klu satu entry tkde citer psl pengalaman ngan patient..tp ape yg ko share mmg sumenye menarik utk dibaca..teruskan usaha murni utk berblogging k..ekekeke

    ReplyDelete
  3. lily : aku cakap je diet, tapi semua pun aku sebat. hahahahha.


    felicia : no prob at all. glad you're okay now dear. keep smiling okey :)

    ReplyDelete
  4. susah hati tau bila entry kali ni doc faryn cakap tak nak cite pasal keje..tp nasib baik ade gak sket..hehe..bestla dgr cite pasal patient doc faryn..citela selalu..hehehe..

    klu doc faryn operate org nak bsalin..tu bukan doktor kecik lg tu..kira besar la tu..syabas!!;-)

    ReplyDelete
  5. fuadnis : masih dokter kecik lagi.. sebab kalau dokter besar dorg tak buat dah operate org bersalin ni.. dorg buat operation yang lagi gempak-gempak, macam operation buang rahim, buang ketumbuhan bla, bla, bla.

    :)

    ReplyDelete
  6. simply fish...??? mmg tempat besarkan perot...hahahah...jom dating kat sana...sambil sesi ramah mesra wif baby aina....

    ReplyDelete
  7. hi kak annnnn!


    jom la.jom la. tapi saye ni keje tak tentu la free bila.huhu.

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...