"Every man dies. Not every man really lives."
- William Wallace
assalamualaikum, hai semua :)
berakhir lah sudah sesi in-charge labour room aku selama seminggu. fuhh, rasa macam LAMA gila. yelah, hati mana lah nak tenang masa in-charge labour room. kejap-kejap Houseman inform itu ini. rounds dengan pakar je pun dah ambik masa separuh hari. TAPI mesti lah macam tu kan. sebab tak nak TER-miss apa-apa. we are dealing with two lives here, people. so kena sentiasa ALERT.
alhamdulillah, labour room was not really that bad while it was under my care. takde kes-kes yang 'menakutkan' dan 'menyusahkan' hati. means, takde kes-kes yang baby stucked ke, baby keluar 'flat' ke. ataupun ibu sawan ke. something like that. labour room was suprisingly not that busy over the past one week. maybe bukan musim orang bersalin kut. i'm crossing my fingers, hoping that it will stay that way till this weekend. sebab aku oncall hari ahad ni. tak mahu lah kalau busy sangat-sangat. huhu.
so next week, aku dah tak in-charge labour room. YEY! hehe. tapi aku akan kembali ke klinik yang akan ramai gila patient tu. huhu. but still, im glad it was over (in-charge labour room). takde lah aku asyik palpitation tak tentu pasal lagi. hahaha.
korang tahu tak susah sebenarnya hidup sebagai seorang dokter ni? kalau-lah boleh di-ulangi kembali masa, i would definitely choose NOT to be a doctor. bukan sebab kerja penat tetapi gaji tak berpatutan ye. tapi sebab aku rasa hati aku tak cukup kuat untuk jadi seorang dokter. but of course, i am ONE now. so i have to live with it :)
as for me, the worst part of being a doctor is, when you have to be the one who delivers the news to the family members, relatives, etc. kalau berita baik, memang aku dengan suka cita nya lah bagitahu kan.
tapi kalau bad news?
contohnya; semalam aku ada seorang patient, yang sedang mengandung anak pertama 37weeks++. patient takde sebarang complaint pun. dia datang sebab di-refer daripada kelinik kesihatan ke hospital melaka untuk pemeriksaan lanjut. dokter di kelinik kesihatan suspek IUD which is, Intrauterine Demise. atau dalam bahasa senang-nya, baby sudah meninggal dekat dalam perut. so refer kepada kami untuk confirm-kan. aku scan, memang IUD. tapi untuk sedapkan hati, aku mintak specialist aku confirm-kan lagi since kebetulan pulak specialist aku tu lalu lalang dekat situ.
so, MEMANG CONFIRM IUD.
jadi memang confirm baby sudah meninggal dekat dalam perut. dah tak nampak lagi denyutan jantung. ikut-kan, patient ni all the while memang healthy. her pregnancy was uneventful. jadi kami tak dapat nak tentukan sebab kenapa berlaku macam ni. dan kalau ikut daripada scan, macam baby baru meninggal. mungkin tak lebih dari 48jam.
then, the hardest part. telling the patient.
aku ni dahlah jenis yang sentimental. but i guess, i am much stronger now. sudah tidak berapa 'cengeng' lagi. i have learned to control my feelings when it comes to a situation like this. kalau tak, dulu-dulu masa aku masih seorang Houseman, bila nak pronounce death pun aku TERRnangis. bila nak inform kematian kepada saudara mara pun aku TERRmengalir air mata sama. i just couldnt help myself. i was far more emotional before as compared to today.
tapi aku memang tak suka nak bagitau bad news. ada orang yang suka ke? tapi apa boleh buat kan? ni kira macam occupational hazards lah. it comes with the job.
jawapan patient yang IUD tu, betul-betul menyentuh hati aku.
"tapi dokter, saya rasa dia gerak. dia aktif je semalam dokter. betul ke dah takde? kenapa baby saya dah takde? saya takde kencing manis, saya takde masalah pape dokter. sembilan bulan saya bawak dia dokter.."
you know, sometimes it can be like that. when she said that she could still feel the fetal movement, she was not bluffing. but that was what we called 'phantom fetal movement'. kira macam dia still perceived fetal movement walaupun pada hakikat-nya baby tu sudah tiada.
sedih kan?
now tell me. how can you really explain that to someone without not being so emotional yourself?
SUSAH KAN.
lagi-lagi sebab aku pun sudah jadi seorang ibu. haihhh, sedih bila pikir. tuhan tu maha kuasa kan. DIA boleh tarik nikmat bila-bila masa je. tapi bak kata orang, dugaan tu tanda-nya ALLAH sayang kat kita. ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.
SUSAH KAN.
lagi-lagi sebab aku pun sudah jadi seorang ibu. haihhh, sedih bila pikir. tuhan tu maha kuasa kan. DIA boleh tarik nikmat bila-bila masa je. tapi bak kata orang, dugaan tu tanda-nya ALLAH sayang kat kita. ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.
itu je lah yang dapat aku cakap dengan patient dan suami. kena redha. mungkin sedikit payah nak terima, tapi ini sudah ketentuan-NYA. siapa lah kita untuk mempertikaikan-nya.
sekaligus, semua ni mengingatkan aku untuk bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH dah berikan. sama-sama kita bersyukur kepada-NYA.
sometimes u never truly appreciate something until it is gone.
THANK YOU ALLAH.
Blogger Templates
huu..siannya kat patient tuh..dah 9 bulan then tetibe baby leh meninggal dlm perut plak ..tp, mcm mane leh jadik macam tu sbnrnya yek..nak jugak tau utk pedoman mase hadapan..
ReplyDeletesusah nak cakap lily. sebab more than 50% of IUD cases, the cause is unknown. tapi ada jugak faktor-faktor lain, contoh macam kencing manis, darah tinggi, genetik ke.
ReplyDeletesebab tu kira gerak anak semasa mengandung tu penting. jangan ambik mudah. hanya ibu yang boleh ada gerak hati baby okey ke tak..
arrgghh....pedihnye..teringat ms doktor rozmey(ms tu masih lg di jitra specialist) bgtau nis yg jantung janin nis dah tak berdegup lg..mmg takleh terima kenyataan memula tu..walaupun br 7weeks++ tp hati tetap sakit..sedih yg amat..inikan pulak dah hampir2 waktu melahirkan..semoga patient tu sekeluarga kuat semangat menerima dugaan ini..amin....
ReplyDeletehaiiii along....aku sukaaaa betul baca pengalaman2 kau ni. dari minggu yg lepas2 aku nak cakap tapi asyik malas je nak post comment. heh..
ReplyDeletekesian dengan patient kau tu. i'm not even a mother. yet. tapi aku dapat rasakan how painful it is to lose a child. sedih...
nis : itulah.semua dugaan kan.semoga patient dan keluarga tabah dengan dugaan-NYA.ameen.
ReplyDeleteachik : chikk,aku memang tahu sgt ko memang 'malas' tinggal komen.hehhe. :Pp it feels good jugak dapat share something dgn semua :))
huaaa....kesiannya kat patient tu....
ReplyDeletekite ada kencing manis masa pregnant. dan darah tinggi. syukur alhamdulillah Allah masih nak beri kite baby.
entri ni betul2 beri kite keinsafan tau.
tq for sharing this story doc!
macam kes aku masa bawak twins aritu... doktor kata arwah baby yg meninggal dlm perut tu dah lebih 24 jam dia tak de..tp aku tak leh nak syak ape2 sebab yg sempat hidup tu memang aktif..so tak dpt nak bezakan sape yg gerak sapa yg tak gerak...ermmm sedih aku baca entry tu..
ReplyDeleteputerikurekure : itulah.berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul kan...anyways,patient tu dah selamat melahirkan bby IUD tu.it's a boy.dan alhamdulillah,patient dan suami kuat sekali.
ReplyDeleteelly : kuasa tuhan kan.takde sape yang tau.tak sabar nak tengok bby elly nanti.harap semua okey :)
faryn..sgt sedih okay bila baca nie..uwaaa....da nak deliver kan...ish...a gud lesson for myself.(tetiba takot nak kawen+peknen+branak...huhuhuhu)
ReplyDeleteSalam Dr.Faryn,seronok bace blog Dr.nie!byk pengalaman n pembelajaran yg saya dpt dr Dr.ni,bb Aina pun comel sgt2!cite yg Dr.cite ni kan membuatkan saya refresh blk ape yg terjd kat saya pd 28.7.2008 dl, same story dgn patient Dr.ni n week pun sama, bb boy pun sama, cuma bezanye arwah bb saya meninggal sejam sblm saya sampai hospital. sedih sgt2 mase tu Allah je yg tahu tp kami pasrah atas ketentuanNya. Doakan kami dpt pengganti semula...
ReplyDelete