passer by since 1st feb 2010

Friday, April 16, 2010

i want this, i want that.






"Everything in life is luck."
- Donald Trump




assalamualaikum, hai semua :)



syg oncall hari ni. so aku tinggal dengan bby aina je lah malam ni. bby aina baru je tidur. tadi meragam entah kenapa. tapi recently memang bby aina bila nak tidur je, mesti menangis dulu. dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH pulak tu. bukan nangis sedu sedan lagi, ini memang stok yang nangis menjerit-jerit punya. siap meleleh-leleh air mata. takut betul aku. dodoi-dodoi tak mahu, bagi susu tak mahu, dah tukar pampers pun dia masih meragam lagi. last-last aku bedungkan je, pok-pok sikit terus terlelap dia. mungkin sebab nak beralih bulan kot (betul ke wujud fenomena macam ni?). entah lah. wallahu'alam.




**dah macam anak jepun je bila kena bungkus macam ni.haha**



okey, nak cerita pasal semalam dulu.



takde apa yang boombastic pun. just kitorg keluar ke jusco kecik je. hehehe. sebenarnya mula-mula aku je yang bersiap nak keluar. nak tapau je makan untuk malam tu. konon-nya nak beli dekat kedai depan je lah. syg kata takpe lah, dia tengok-tengokkan bby aina (yang tengah tidur) dekat rumah. sebenarnya aku ada niat lain jugak. aku nak menyinggah-kan diri kat Ariani. HAHAHAHA. tapi agaknya bila syg tengok aku bersiap dengan begitu 'proper' sekali, siap ber-eyeliner lagi tu, syg pun tanya;


"u nak pergi beli dekat mana ni b?"



ERRRrrrrr...



"i pergi jusco je kot"
(macam tak logik nak kata pergi kedai depan pakai camtu. so automatically, aku cakap jusco.haha)


"ohhhhh okey"
(bunyi macam tak caya)


"u taknak ikut ke syg. aina pun dah bangun dah tu. jom lah"
(tiba-tiba rasa bersalah.hehe)


"okey, jom.gi amik seluar i"
(okey, jangan pikir lain. syg pakai kain pelekat masa tu)


HAHAHAHAHHA.

so tiada Ariani semalam ye. :Pp



kitorang memang ended up ke jusco kecik jugak. beli barang-barang untuk dapur sikit and makan dekat food court je. sebab charger bateri camera dah dijumpai, maka dapat lah kami ber-cam-whore. ;)
















punya lah banyak kali snap sebab nak dapat gambar dua-dua tengah senyum. kalau tak, mama senyum, aina tak ready lagi. aina senyum, mama sebok nak bercakap. tapi akhirnya dapat jugak snap gambar yang dua-dua tengah senyum :) walaupun aku dah macam senyum tak ikhlas je towards the end tu. hahaha.


**syg taknak include dalam gambar sebab dia claim dia tengah tak berapa hensem malam tu :P**



then balik tu, lepas aku dah berjaya tidurkan bby aina, syg ajak layan dvd. kitorg tengok cerita "from paris with love". ada john travolta dan seorang mamat yang boleh tahan hensem, lupa pulak aku apa nama dia. haha. boleh tahan lah cerita tu. banyak action :) bby aina elok je tidur tak kacau mama dengan ayah dia :*)



itu summary sikit untuk semalam. hari ni aku tolong cover ward collegue aku sebab dia kena masuk OT. aku kan in-charge klinik je sejak dari balik maternity leave hari tu, so dah agak lama jugak lah tak in-charge ward. tapi takde apa-apa kes yang pelik-pelik pun except for aku kena buat satu csect untuk breech with 1 prev LSCS.



csect yang ni memang agak mencabar jugak sebab MELEKAT-LEKAT YANG AGAK DASYAT jugak. but still managable la, sebab aku still boleh identify bladder dia. kalau tak, seram gak aku nak godek-godek ;)



dan petang-nya after dah settle kerja, guess what?



aku shopping dekat Ariani. WHOAHAHAHAH.
terpaksa jugak diturut nafsu serakah aku nak bershopping ni. kalau tak, asyik dok memikir je. sampai tak boleh nak buat benda lain dah. so, untuk mengelakkan semua tu, aku pun shopping lah di Ariani.



okey, okey entah apa benda alasan aku ni. tak boleh pakai langsung! ptuihh. hahaha.



haa, lepas tu tau tak apa aku jumpa dalam magazine NONA hari tu?






aku memang dah LAMA gila mengidam nak beg kaler putih. tapi tak pernah nak jumpa yang berkenan. tapi yang ini, whoa, i want, i want!



okey STOP! aku google price dia, RM 1530.
PENGUMUMAN, PENGUMUNAN, siapa siapa, ada yang mahu tolong bayarkan? takde ke?
please, please. huhuhu.



jangan harap. ohh, btw birthday saya 26hb julai ye.
boleh mula kumpul duit dari sekarang.

HAHAHAHAHAHA.



hurmmmm, esok kitorg nak bergerak ke kl, umah mak mertua aku. dah lama tak naik kepong. bby aina pun dah rindu umah nenek kepong :) aku pun sepatutnya dah kena start berkemas-kemas apa yang patut ni. nanti esok syg sampai dari jasin, boleh terus gerak cepat-cepat.



tak sabar jugak nak gi kl ni. nak jumpa family in laws kat kl, dan nak cubit pipi bby qaireen :)



tapi YA ALLAH, tolong lah tabahkan hati aku. dan andaikata lah aku TERRRrrsinggah di butik COACH, tolong lah kuatkan semangat ku untuk tidak membazir beli beg tadi tu.



ameen. ameen. ameen.



tapi serius cun kan? :)




Blogger Templates
Blogger Templates

4 comments:

  1. bby Aina tu nak bedung bila tido - selesa tu mama dia salah paham pulak, sbb tu dia nanges beria - nak bedung mama bagi susu mesti la bengang... ;)

    ReplyDelete
  2. comelnye bby aina :-) wa..ko pun dah addited to ariani eh..hihi.. cantik beg tu..mhl gile harga dia eh.. hihi

    ReplyDelete
  3. mak aikh, mahal giler, stgh dr gaji tu..cari kat petaling street jek..hehehe..

    and bby aina mmg sungguh2 sweet time dia senyum..muahhh

    ReplyDelete
  4. sgt shantek beg ituuuu.. =D
    tp regenye, ala makkk.. tembus poket mak nyah..
    prnh demang mitak beg coach ngan hubby time die outsation ke jakarta.. mula sal die xtaw regenye sebegitu mahal.. terkezuut die kol bgtaw bos bini die pn pakai guess je..
    last2 die bli esprit aje.. huhuhu..

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...