passer by since 1st feb 2010

Friday, April 2, 2010

not feeling well then. but i'm okey now :)




"A man is usually more careful of his money than he is of his principles."
- Ralph Waldo Emerson




assalamualaikum, hai semua :)



tahu pukul berapa sekarang? pukul empat setengah pagi okey. apa cerita ni ber-belogging pada pukul empat setengah pagi sambil ditemani oleh bunyi ayam berkokok yang macam sayup-sayup je kedengaran. nampak begitu semangat kan nafsu ber-belogging aku.
i know, i know. hahahaha.



actually aku baru terjaga balik ni. aku telah menidurkan diri (dan bby aina) AWAL GILA hari ni. sebab tadi aku sakit kepala sangat-sangat. entah kenapa teruk pulak sakit kepala kali ni. sampai aku rasa mata belah kanan ni macam nak tersembul je keluar. aduh, seksa-nya. memang dari pagi lagi aku dah mula rasa dah aura-aura nak sakit kepala ni. tapi aku kuatkan je hati dan mental nak mengharungi hari di Maternity OT.










nampak tak muka aku yang sudah tidak bermaya dan mata aku yang lesu tu? **entah apa-apa aku ni letak gambar muka tengah tak senonoh** masa ni aku baru je selesai buat kes c-sect aku yang ke-lima untuk hari tu. gila berdenyut-denyut dah kepala masa tu. tak sabar-sabar dah nak pecut ambik aina balik sekolah lepas tu balik rest kat rumah. nasib baik jugak bby aina tak banyak ragam semalam. lepas nyusu, pok-pok sikit, huha-huha sikit, terus dia terlelap.



elok-elok lepas bby aina tidur tu, aku tiba-tiba rasa nauseated (loya-loya) sangat-sangat, then straight aku terr-muntah 3 kali. nasib baik sempat lari ke toilet. gila kau penuh satu sinki. habis semua yang aku makan keluar balik. kalau bukan sebab aku tengah 'cuti' sekarang, mesti aku dah psycho aku pregnant (walaupun dulu masa pregnant takda pun macam ni). huhu. tapi lepas dah muntah tu, terus lega sikit sakit kepala ni. ni first time kena sakit kepala yang teruk after bersalin ni. dahlah syg oncall. aku pun takde lah nak susahkan hati dia kan. terus terasa sungguh homesick dan sungguh lonely. kalau syg ada, mesti syg dah tolong urut-urutkan kepala :(



sekarang dah better sikit. walaupun ada sikit-sikit weng lagi, but i feel much much better. mungkin penangan analgesic yang aku telan tadi. itu yang tetiba semangat gila nak belog-ging. gila kronik aku ni. HAHAH.



anyways, semalam aku spent 200++ dekat Ariani. gila tak aku. tapi memang macam tengah addicted pulak dengan tudung Ariani ni walaupun rasa muka jadi sedikit tembam bila pakai. plus, Ariani tengah SALE sekarang. rugi babe, tak beli :Pp hurmm, mungkin sebab itu aku sakit kepala hari ni. sebagai balasan sebab aku membazir semalam-nya. memang padan dengan muka aku. i totally deserved it. tunggu lah bila syg dapat tahu aku membazir duit beli tudung je, mesti aku kena ceramah pendek.


*sebab tu aku tak bagitahu syg, dan sebab tu jugak aku pergi sendiri secara sulit dan pakai duit sendiri je*







HAHAHAHAHAHHA.

Psttt. please, ini adalah rahsia okey :)



okey lah, dah nak dekat siang. bby aina pun dah mengeliat-mengeliat ni. kejap lagi mesti nak nyusu tu. baik aku tidur sementara still ada masa ni. hehehe.






have a nice day ahead peeps!



**tak sabar-nya nak jumpa syggg petang nanti.nak ngadu sakit kepala dengan muntah semalam :P**



Blogger Templates
Blogger Templates

3 comments:

  1. makin tomey baby aina nie...waaaaaaaa geram la tengok..tak sabar nak tunggu tuan puteri intan payung ni kuar..hehehe

    ReplyDelete
  2. alololo..manis senyuman..ank ko memang cantik, kecik2 lagi dah nmpk kemanisannya..nnti tunjuk la rupa ko pakai tudung ariani tuh..hehe.. ko ada migrain eh??

    ReplyDelete
  3. elly : tunggu lah bila bby keluar nanti. mesti ko jadik obsess macam aku. hahaha


    sue : hopefully aina akan sentiasa manis dan solehah :) aku memang selalu sakit pala masa nak dekat-dekat period dan semasa period. bukan migrain. tapi this time memang teruk ah. errr, aku sangat montel la dgn tudung ariani. tu. MALU. hahahha.

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...