"A true friend never gets in your way unless you happen to be going down."
- Arnold H. Glasgow
assalamualaikum, hai semua :)
aku tengah oncall ni. sekarang macam tengah free sedikit, so aku curi-curi masa ber-belogging sekejap. boleh ke camtu? hahaha. bagi can lah okey. tadi, aku belum sempat apa-apa dah kena buat csect untuk fetal distress. mana lah tak dengan aku aku sekali distress. huhu.
patient yang aku csect-kan tadi CTG dia tak cantik. ber-longkang-longkang kau. ikutkan, patient memang takde risk pun. antenatally (sepanjang mengandung) uneventful, air ketuban pun jernih je (clear liquor), tapi jantung baby pulak yang kejap-kejap turun, kejap-kejap turun. risau aku nak tunggu lama-lama. tak sanggup babe nak menjawab buatnya jadi apa-apa nanti sebab lambat bertindak. jadi dengan sepantas kilat aku inform dekat pakar dan meng-csect-kan patient itu. bila dah keluarkan baby, rupa-rupanya tali pusat dah jerut leher baby dua kali, dan jerut dekat kaki satu kali. dah macam pakai rantai dengan gelang kaki je baby tu. huhu. tapi alhamdulillah, baby okey. patient pun okey.
jadi puan-puan sekalian, sila lah bagi can untuk aku bertenang seketika sambil ber-belogging okey. i deserved it. EWAHH! hahaha.
sebab aku tengah oncall aku jawab tag je lah ek. tag ini di-cilok dari cikgu salwa, my bestmate masa sama-sama dalam form 5omega dekat MOZAC dulu :)
Untuk jawab tag ini ada caranyer..
Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

[1] Siapakah diri anda di rumah?
saya hanyalah merupakan seorang isteri yang manja dan kadang-kadang terlalu bergantung kepada suami saya, dan saya juga adalah seorang ibu yang saya kira agak tabah dalam mengendalikan anak perempuan saya walaupun bekerja sepenuh masa :)
[2] Siapakah diri anda disamping rakan?
seorang yang mudah didekati, peramah, tetapi mungkin sedikit materialistik di mata mereka. hehe.
[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai?
mempunyai kereta mewah,
menyambung pelajaran hingga menjadi pakar obstetrik dan ginekologi,
lepas tu nak ada hospital sendiri (maklumlah dalam famili ramai doktor),
ingin membiayai satu keluarga melancong ke luar negara,
dan teringin juga nak ada anak lelaki pulak lepas ni :).
[4] Siapakah nama pasangan anda?
Dr Nur Muhammad Hafiz bin Datuk Mohd Idris.

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda.
dia boleh jadi imam yang baik dan boleh baca Quran dengan baik.
dia sangat-sangat adorable (taktau macam mana nak terangkan dalam bahasa melayu.haha),
dia sangat pentingkan kesihatan diri (sendiri dan orang-orang disekeliling-nya),
dia pandai bersukan, tak kira lah apa jenis, semua boleh :)
dan dia juga sangat-sangat merendah diri.
[6] Bila tarikh anda couple?
19hb september 2004 :)

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
alhamdulillah, semuanya manis-manis belaka. yang pahit tiada, yang sedikit masam mungkin ada :*)
[8] Lagu tema cinta anda?
cinta seorang teman nyanyian Bob AF. sangat suka dengan bait-bait lirik lagu ini. sangat-sangat tepat dengan situasi kami pada masa itu. heheh.
[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
lebih montel dari biasa kalau boleh. baru lah padan dengan saya si ikan buntal. hehehe.
[10] Tag 10 rakan anda yang lain
semua yang sedang baca TAG ini ya. serius, tak larat nak taip satu-satu. :)
kepada cikgu salwa, aku rasa tahap bahasa melayu aku lebih hebat daripada kau. bahasa baku tu, jangan main-main. walaupun SPM dulu BM aku dapat A2. hahahahha.
kepada yang lain-lain, selamat menjawab tag yer. tak sabar nak tengok korang ber-bahasa melayu tulen pulak :Pp
dan hopefully oncall aku tenang malam ni.
ameen. ameen. ameen.
ngeri nye bila bayangkan tali pusat dah jerut kat leher ngan kaki baby... membayangkan pun dah ngeri... macam mana tengok 'live'?
ReplyDeleteooh mmgla BM ko lg terer dr aku..cara ko tulis dlm blog ni pn ada selit2 peribahasa n kata2 yg agk puitis sket2,kira hebatlah. BM aku kn C4 je.hhahaha aku org jawa,mana ckp BM sgt,kami guna BI byk.
ReplyDeleteyour baby memang kiut lah..
ReplyDeletebahagia bila tengok orang lain bahagia.. suami sis pun sgt mesra dengan kamera...:)
kak ejamaria : em, tengok live takde lah ngeri mana. hehehe. mungkin sebab dah biasa. risau nak biarkan CTG tak cantik lama-lama. mesti ada something wrong, tu yang kena bertindak cepat.
ReplyDeletewawa : hehehe. hubby aku pun keturunan jawa gak. :)
ahmoi : hubby i mesra dgn camera?? selalunya kena paksa je posing tu. hahahha :Pp