passer by since 1st feb 2010

Thursday, April 29, 2010

wei, apa selongkar-selongkar tu?




"Life is a great big canvas, and you should throw all the paint on it you can."
- Danny Kaye



assalamualaikum, hai semua :)



syg oncall hari ni. bby aina pulak baru je lelap. itu pun lepas dah sampai serak-serak suara jerit-jerit tanpa sebab. menangis tak pulak. just macam melontarkan suara dengan penuh perasaan. nak bermanja, berpeluk je anak mama sorang ni sekarang. selagi tak lelap, selagi tu nak melekat dekat mama. haihhh, ikut perangai siapa ni sayang? heehehhe. nasib demam dia dah okey dah. alhamdulillah. tapi aku still bagi regular PCM just as a precaution lah. maybe for another 2 more days. we will see.











*slot 'just the two of us' : baby aina yang excited main cak-cak dengan mama*



aku nak menjawab hutang TAG daripada puan leily ni. kalau tak dijawab sekarang, entah kurun ke bila lah pulak nak buat. hehehhe. TAG ni memang menarik. itu yang aku semangat nak buat.



so here it goes.



TAG : SEGMEN SELONGKAR FUHHH.



hah? selongkar apa tu? jangan selongkar sembarangan babe. hehehhe.
selongkar handbag je lah puan-puan. hurmmmmm, aku ada banyak handbag yang aku suka pakai. tapi sebab hari ni aku tak keluar berpoya-poya, so aku selongkar aku punya beg yang aku selalu carry pergi kerja je lah ek.



jom tengok!



ini lah dia beg ESPRIT yang aku duk kendong hari-hari nak pergi kerja. i am very fond of ESPRIT (sama lah kita puan leily). zaman muda-muda lagi lah gila ESPRIT. wardrobe penuh dengan ESPRIT. sampai payung pun payung ESPRIT. sekarang sejak menjadi ibu mithali ni, taste dah lebih kepada jenama-jenama yang lebih keibuan lah. hahah. beg ni aku beli sendiri within this year jugak. itu pun sebab beg MNG yang aku pakai gi kerja kena rembat dengan cik tika. dan macam takde ciri-ciri nak pulangkan pun. takpe lah, sila buat harta je lah :Pp




dan ini pulak hasil penyelongkaran aku.








mesti ada. nametag dengan cop nama aku. yelah bila tak pakai nametag terus rasa macam outsider. hehhe. takde lah, majoriti staff hospital memang kenal je. sendiri-sendiri je rasa tak best bila tak pakai nametag, sebab kengkadang patient ingat kita medical student (perasan nampak muda lah ni). hehe. cop tu pulak kalau takde, aduihh letih/lenguh/lemah tangan gua nak menulis nama sendiri dekat case sheet everytime gua review patient.








my hTc. ini pun mesti ada. kalau takde, tak lengkap lah hidup ini. lagipun penting bila ada kes-kes emergency. especially bila nak inform specialist. kalau nak harapkan pada operator hospital je, memang berkurun lah dia nak sambungkan ke handphone pakar. baik call sendiri. lagi cepat. lepas tu kalau tertinggal hp dekat rumah mesti rasa tak best sebab tak dapat nak call syg bagitau bila aku kena buat csect. ye, saya akan call syg everytime saya nak buat csect. syg akan doakan semua okey dan saya akan psychologically rasa lebih selamat nak buat csect tersebut :)








purse aku merangkap my bestfriend. bab-bab shopping memang aku menyerah kalah dekat 'dia'. hehehhe. dah lama jugak pakai purse ni. mungkin sudah sampai masa untuk bertukar. *syggggggg, nak purse baru boleh??* wink.wink. hehe.








Estee Lauder compact powder and lipstick pallate (alah yang ada byk gincu cinonet-cinonet dgn small brush tu). selalunya aku bawak lip gloss je, tapi sejak dua menjak ni aku rasa muka macam tak bermaya, so kena touch up sikit bila perlu :) kadang-kadang aku bawak eyeliner jugak.








spek mata aku. ye, saya ni minah rabun yang tak sedar diri. aku pakai spek hanya bila aku rasa aku tak nampak benda yang aku PERLU nampak. contoh; masa presentation ke, meeting ke, dan masa nak drive dekat tempat-tempat yang aku tak familiar.








hand lotion aku. sangat penting sebab aku kan asyik kerja meng-scrub dan ber-glove bila nak handle patient. so tangan jadik tak best dan kasar. in a way, the lotion helps to smoothen my hand. sadis kan. huhu.








yang ni serius aku memang tak ingat bila masa wujud dalam beg aku. hehehe. ni aina punya headband ni :))








ni pamphlet pasal NOVA ring yang aku rembat (dua hari lepas kut) sebab nak tahu lebih detail pasal this newest contraceptive method in the market. nanti lah mungkin bila ada kelapangan aku cerita pasal benda ni :)



dah lah itu je kut. ada lah jugak benda-benda remeh temeh yang lain yang sedikit censored kalau nak share dekat sini. tak mahu lah kan. hehehehe. emm, dan selalu aku bawak camera jugak, tapi tadi takde pulak. ehh bukan DSLR ye. gila kau nak angkut DSLR pergi hospital. *tengah imagine* hahha. just camera canon digital ixus yang biasa je :)




okey, masa untuk menge-TAG orang.


kepada puan lily, puan yatt, puan cikmin, puan sue, puan syima, puan salwa, puan ninie, puan elly, dan cik ahmoi;

aku nak korang selongkar beg korang sekarang jugak! :Pp



Blogger Templates
Blogger Templates



10 comments:

  1. dh pernah dpt tag nih, tp tk sempat2 buat..seriusly, tk menyempat dh nak buat tag,entry2 contest sume..dpt masuk entry muka Zara sehari satu ponnn dh cukup bagus..huhu..sadis kan..

    so, conclusionnye, aku kiv dululah yek tag ini..hehehe

    ReplyDelete
  2. menariknyer baby aina..cantek sgt..cute miut

    ReplyDelete
  3. byknye barang ko faryn:-) tak berat ke tuh?? hhi..kunci rumah tak de?? kunci keta??hihi..ok, nnti aku buat..cari kable tepon tak jumpa la plak:-)

    ReplyDelete
  4. suke nye tengok Aina gelak... mcm nak cubit2 pipi dier... geram!

    ReplyDelete
  5. oh. part spek tu adalah sama. kite pon rabun tapi taknak ngaku rabun. kalau pakai spek, ya ampun...macam makcik2. huhuhu~

    yup2. pakai bila nak tgk signboard je. hahahaha~

    ReplyDelete
  6. comelnya aina...
    teringat anakku di umah...
    tgh seronok main bila besar macam nih...!!
    menaraik gak tag kali nih!!

    ReplyDelete
  7. well done dear!!!
    hahahah, sama taste kite ekk..
    btw, br i taw u doc. c-sect ek..
    haaa, alang2 dh jumpe ni.. meh nk ty sket
    i csect masa delivered Alya dlu..
    brape jrk seswai tuk i preggy again?
    hihiih, takut seh.. dorang ckp kl csect again kena tmpt csect 1st, isit true darls?

    ReplyDelete
  8. semua orang sila buat tag ni bila ada kelapangan ek :)

    a'ah ek, terlupa pulak pasal kunci keta dengan kunci keta. hahahahha.

    ReplyDelete
  9. leily,
    u bagi lah gap dalam dua tahun pun dah okey. :) memang kalau kena csect lagi, kite open tempat csect yang lama tu. tapi u mesti kuat semangat aim untuk normal kay :)

    ReplyDelete
  10. :P nnti nk buat tag ni jugak! hehe.tp tggu kitorg blk dr desaru dlu yek.:)

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...