passer by since 1st feb 2010

Wednesday, May 26, 2010

5bulan menjadik penyejuk hati? apakah rahsia-nya?





"Believe that life is worth living and your belief will help create the fact."
- William James



assalamualaikum, hai semua :)



lambat sikit ber-belogging hari ni sebab terpaksa take turn dengan syg nak guna broadband. syg punya laptop dah sembuh, so dia dah dapat ber-huhahuha sakan layan DOTA balik semula. itu yang berebut-rebut gak nak guna broadband. *punye lah berjimat kedekut taknak beli satu lagi broadband* dan disebab-kan saya adalah seorang isteri yang sungguh ber-toleransi, saya bagi can syg pakai dulu. ecehhh. hehehehhe :)




first of all, aku sebenarnya takde gosip hangat nak cerita. (maklumlah oncall tenang semalam kan? hehh) tapi aku rasa daily entry tu macam tak syiok kalau takde. macam incomplete kan? okeh, takde kena mengena. aku mengarut je di situ untuk panjang-panjangkan ayat. nampak sangat takde idea. HAHAHA.



hah, GOT ONE.



hari tu kan balik kepong. lupa nak cerita. takde apa pun, just gambar bby aina sikit-sikit je. nenek dengan atuk kepong excited jumpe bby aina. moksu (MIL punya adik bongsu @ auntie kepada syg) yang kebetulan datang rumah, cakap bby aina ni nampak bijak budaknya. badan tegap, cepat berjalan ni nanti. kata dia lah. bukan aku. aku ameen-kan aje. insya ALLAH, insya ALLAH :)



**menarik jugak kalau bby aina dah boleh berjalan sikit-sikit by the time adik syg (nisa) pnye wedding in september. nanti boleh jadik flower girl. BERANGAN. hehe**





bby aina boRRring main sorang-sorang.





masih main sorang-sorang, tapi dah excited sikit.





mama, mana semua orang ni? *buat muka comel kejap lah*





bby aina dengan sepupu-sepapat :)




tadi masa nak tidur-kan bby aina, tiba-tiba aku macam tersayu sendiri bila belek-belek tapak tangan dengan tapak kaki bby aina. sebab tiba-tiba aku rasa tangan dengan kaki bby aina dah membesaRRRrr. wahh, cepatnya lah masa berlalu. dulu kecik je. cepat nya sayang mama ni membesar.



korang pernah tak rasa macam ni?



perasaan sayu yang menerjah ke dalam hati sanubari. tiba-tiba rasa macam diri semakin ber-usia. tiba-tiba macam takut nak menempuh hari esok-esok dan seterus-nya. tiba-tiba rasa banyak-nya lah dugaan yang bakap mendatang dan sebagainya. haihs. apasal tiba-tiba aku berbunyi seperti seorang psycho? mungkin sebab sedang 'lampu merah'.



(emotionally unstable)



okeh, okeh. *switch back to normal plis*



ehhh, dah bagitahu belum?
NUR 'AINA HANA bt NUR MUHAMMAD HAFIZ sudah berumur lima bulan pada 20hb yang lepas ye kawan-kawan sekelian alam. wahh, macam sudah lama tak sebut nama penuh bby aina. kut-kut kepada siapa-siapa yang kurang maklum, dah tahu lah sekarang ekk :)



terima kasih ALLAH kurniakan kami zuriat yang menceria-kan hati dan menyejuk-kan hati kami setiap kali bangun tidur, nak pergi kerja, balik kerja, nak tidur malam, dan terima kasih untuk setiap saat yang Kau berikan untuk kami nikmati hari-hari dengan rezeki dan nikmat dari-Mu. *alhamdulillah, syukur*



dan sempena lima bulan, nak tayang lagi gambar cik puan mem besar tetapi kenit ni lagi :)









cik puan mem besar yang kuat menggigit. semua benda nak di-mamam-kan nya. yang menjadi mangsa memang cik ayam dengan encik gajah dia lah. sampai kadang-kadang rambut mama dia pun nak di-cekau-nya masuk mulut. haihs. hehehhe.





gambar ini adalah untuk menayang baju baru bby aina semata-mata. comel kan? beli secara tidak sengaja dekat anakku.





cik puan mem besar tetapi kenit yang suka bila mama nyanyi nyanyi lagu ciptaan sendiri dekat dia :)



ohh, dan bby aina sekarang tidur bukan main lasak. dah pandai adjust-adjust posisi mengikut keselesaan. selalunya akan end up dengan tidur terlangkup. lepas tu, bila bangun mesti dah at least 90darjah beralih dari posisi awal. ewahh, ewahhh. hehehhe.



and then, suprise, suprise!






bby aina pun dah pandai BELOG-GING!



aku tahu korang tak percaya, tapi nampak macam REAL kan?

hahaha :P



Blogger Templates
Blogger Templates

15 comments:

  1. wahhh dah besau ye. comel lak tu.. ololooo nak ikut jejak mama dia main blog ye ^___^

    Big Fish Moment with Pizza Hut

    ReplyDelete
  2. salam ziarah. bestkan ada baby terasa dunia semakin bererti.

    ReplyDelete
  3. pic last tu mmg best... hehehe... abis la lepas ni Mama kena tunggu turn lepas 'Syg', bb Aina, pastu baru bole Mama guna lappy... hehehe

    ReplyDelete
  4. cute je gmbr muka comel tu:-) betul la faryn, mmg pernah rasa perasaan mcm tu, perasaan ibu2.. hihi.. lepas tu cepat2 je nak buat baik..hehe

    ReplyDelete
  5. bby aina nih mmg murah betul senyuman..cair dibuatnya..

    ReplyDelete
  6. Wah :) serius betul muka bby aina berblog ging hehe

    ReplyDelete
  7. eheheheheh dah macam qies tlg mama update beloggg!

    syomelllllllllllllllnyaa.gewammm aku!

    ReplyDelete
  8. alalala....tomeinya bb aina tue!!

    ReplyDelete
  9. betul la faryn. part tetiba tengok anak dah besor mesti mengusik jiwa raga gitu. haihhh~

    ReplyDelete
  10. Comel baby aina...selalu-selalulah tayang muka aina kat sini...suka tengok...hihihi...kepochi kan? Haks!

    Nanti kalau Azra jalan ke Melaka, kitorang nak ajak dia visit baby Aina tau...hihihi...

    ReplyDelete
  11. owh btw, pasal tengok tangan anak dah besar dan terus terasa sayu tu, mama azra pon sama...huhuhuhuhu...takut tak sempat tengok dia membesar pon ya jugak...haha...saiko tau mama azra nih...

    ReplyDelete
  12. wah...dah tindik..
    beraniiiii.....
    acik penakut ni tindik masa umur 26 tahun tau!!!

    ReplyDelete
  13. korang,
    aku ingat aku je yang psycho. rupanya ramai jugak yang seangkatan 'psycho' macam aku. hehehhe :)


    dong,mama azra : boleh, boleh! tapi holler awal-awal nye. kang datang masa oncall memang takde makne lah jawab-nye. huhu. :)


    drSinga : bby aina umur genap sebulan dah tindik. boleh usya dekat entri masa awal-awal di bulan jan dulu. hehehhe :)

    ReplyDelete
  14. ibu faheem tak payah tunggu lampu merah..perasaan tu selalu je menerjah minda..takut kadang2 bila memikirkan.

    alooo..comelnye aina depan lappy tu..macam faheem dulu..nampak real sangat... :)

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...