passer by since 1st feb 2010

Monday, May 31, 2010

bulat kecik, bulat kecik, bulat lah besar!




"First love is only a little foolishness and a lot of curiosity."
- George Bernard Shaw




assalamualaikum, hai semua :)



setuju tak dengan quote yang dekat atas ni? kalau nak tahu, aku tak pernah percaya dekat dengan cinta pandang pertama. i really dont believe in love at first sight. i believe i need to take a deeper look. ewahh. ye ye jek aku. itu sebenarnya ayat yang aku ciplak dari movie apa entah. hahaha. tapi aku memang betul tak percaya. :)



anyway, syg still dekat terengganu lagik. aku dah ketandusan kasih sayang gila-gila dah ni. huhu. *sabar-sabar* insya ALLAH takde aral melintang, syg sampai pagi esok. tapi macam mana aku nak fetch syg? esok aku in-charge labour room. mana boleh nak curik-curik masa keluar sekejap. mahu-nya baby sangkut ke, CTG tak cantik ke apa ke. kang naya. okeh, takpe. esok je lah fikir. sila jangan menggelabah wahai hati. FULL STOP.



semalam sebab aku sudah sangap tahap melampau, aku telah merajin-kan diri meng-drive-kan diri ke muar untuk melawat cik tika. ohh, cik puan mem besar tetapi kenit of course lah di-angkut bersama. sopan-santun je cik puan duduk diam-diam dekat dalam bakul dekat seat sebelah aku. siap dah on the way tu, pandai pulak menidurkan diri. paling tak tahan siap boleh adjust posisi masa nak tidur. tetappp nak tidur telangkup. sampai ke muar pun masih maintain terlangkup. *nasib baik aku check ada ruang untuk bernafas lagik* haips. HAHAHHA.



dekat muar, kitorang melant*k dekat sushi king. kembung perut makan sushi. konon-lah makanan diet kan, tapi kalau dah sampai 12 plates diet apa kejadah-nya dah kan. huhuhuk *gelak menyesal* HAHAHA.










orang nak order, dia pun sebok nak belek menu jugak. haihs, dasar cik puan mem besar betul. paling tak tahan, siap nak selak muka surat lain tu. macam budak besar lah anak mama ni. hehehhe.



okeh, korang sila lah gelak kan aku tak sedar diri pakai tudung syria tu yer. first time pakai ni. berangan nak pakai jugak walaupun muka montel. huduh jadinya. lantak lah. tudung murah babe. lapan belas ringgit je wehhh. sekarang tak boleh membazir beli Ariani lagik. hahahha.





kalau aku tak kurus-kurus, sila carik budak dekat atas ni. budak ni lah yang akan bertanggung-jawab. tengok tu, dekat depan dia je, dah berapa banyak plate. hehhe.



bby aina ni jarang-jarang dapat jumpa dengan cik tika. jadi dia akan ambik masa sikit untuk warm-up. muka bby aina macam semacam je bila cik tika pegang dia. dah lama-lama baru okey. hehe.











siap cik tika dah kena pelangkung sekali, baru lepas tu bby aina nak gelak-gelak ambik gambar. haihs anak mama :)



alamak, cik puan mem besar sudah memanggil.



sebagai penutup, mari lihat ini.





huiks. bulatnya aku. huhuk *kuciwa-kuciwa*



(sempat merembat 3 helai baju dekat PONEY untuk bby aina. beli yang sebijik jugak untuk bby qaireen. haish, tak kalis dugaan lah aku ni)



Blogger Templates
Blogger Templates

7 comments:

  1. haih...bby aina ni mmg cam dah besar je...pandai nak selak2 nak pilih menu utk mama...

    ReplyDelete
  2. ok jek ko pakai tudung tu, tak nmpk bulat pun.. cik tika tu menten serupa jek zaman sekolah dulu..hehe.

    ReplyDelete
  3. kalau pergi Syria...rasa2nya ramai tak minah kat sana pakai tudung macam tu???
    :)

    ReplyDelete
  4. chomeyynyerr.. jeliternyerr.. bulatnyerr.. ekeke

    ReplyDelete
  5. izan,
    dia memang aktif sangat. semua pun nak capai :)

    ReplyDelete
  6. sue,
    itu sebab aku ambik angle baekk punye. sebab tu ko tertipu. hahahha.


    drSinga,
    entah nye. entah-entah orang msia je yang over-over pakai. lepas tu claim tudung syria. hahahhaha.


    en_me,
    hai :) siapa yang dimaksudkan tu? *wink*wink*

    ReplyDelete
  7. Baby Ainna mcm dah pandai mengorder jer.. hehehe.. so cute!

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...