passer by since 1st feb 2010

Monday, May 17, 2010

geram, geram aku geram!




"Eighty percent of success is showing up."
- Woody Allen



assalamualaikum, hai semua :)



aku sedang berbelogging sambil menghayun bby aina dalam rocker dia. aku taktau lah nak klasifikasi-kan aku sebagai seorang ibu yang super-effisyen ke ataupun seorang blogger tegar? hahahahhaammmpehh.



kui, kui, kui.



bby aina macam dah lalok dah tu. muka dah 'stone' semacam je, sambil menjeling maut ke arah aku ;) sebelum aku letak dia dalam rocker dia asyik nak dok main sembur-sembur air liur je. ni elok pulak duduk diam-diam tersengih-sengih dalam rocker. syiok agaknya kena ayun-ayun dengan mama :)











tak lama lepas tu, aku toleh balik;







dah berkerut-kerut muka. *good sign*



dan sejurus selepas itu;







hehehehhehhe. BERJAYA! :)




suka tengok bby aina tidur. nanti muka macam tenang je. lepas tu, terus rasa macam angau sangat. sejuk rasa perut ni mengendong dia dulu :) korang ada rasa macam tu tak? i bet all of us did :)



okey, selit cerita pasal kerja sikit.



tadi aku in-charge Maternity OT. hari ni aku buat 4 csect. ada satu kes ni, maternal request. means, dia pernah csect anak pertama, then yang second one ni, dia taknak cuba normal. aku memang sarcastic sikit kalau dengan mereka-mereka yang tak nak cuba normal tanpa reason yang kukuh ni. very very sorry to say lah. so before aku buat csect dia, aku tanya dia;



"awak operation ni sebab taknak cuba normal ehh?"


dia tak jawab. buat muka blurrr bila aku tanya. pura-pura tidak dengar? ke pura-pura tidak faham?



"betul ke awak tak nak cuba normal?"



kali ni aku tanya and pandang muka dia tepat-tepat.



"a'ah"



jawab pun. ingatkan bisu.



"okey lah. sebab awak nak operation, kita operate la. tapi awak dah faham kan risiko-risiko dia."



dia angguk. tapi aku tengok muka dia macam dah cuak semacam. tapi dah sampai ke dewan bedah, takkan lah aku nak ceramah pendek lagi nak advise dia untuk cuba normal kan. tak pasal-pasal je pulak kang. so aku proceed.



dan masya ALLAH, rahim dia sangat-sangat lah vascularised. maksudnya, penuh berselirat dengan salur-salur darah. menyebabkan pendarahan yang agak banyak jugak. dekat satu litre dia bleeding. aduih, nasib baik tak sampai kena buang rahim. nasib baik dapat secure bleeding dia. nasib baik, nasib baik.



haihss. itu yang aku cukup berat hati nak buat csect yang maternal request ni. mesti ada problem. mungkin aku sendiri je yang psycho. entah lah. tapi aku selalu akan expect the worst bila aku buat csect sebab maternal request. *sigh*



psycho ke aku?



tak kesah lah. tapi aku still against csect for maternal request. sebab aku tahu apa perasaan bila open up abdomen, lepas tu tengok rupa rahim yang dah takda rupa rahim, pundi kencing dah melekat dekat rahim, berserabut, berselirat pelbagai. dan betapa seram-sejuk nya perasaan bila nak buat csect kali kedua, ketiga? bukan semua orang bernasib baik dekat dalam takda lekat-lekat bila nak operate kali kedua, ketiga.



now tell me, salah ke aku untuk terrr-geram dekat patient-patient yang taknak rasa sakit bersalin dan tak nak cuba normal ni?



*whining*



Blogger Templates
Blogger Templates


17 comments:

  1. csect maternal tu ape kak?


    jenguk2 lah blog saya k;)
    http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. comel nye baby aina tidor =))

    ReplyDelete
  3. eiii..takut plak dgr cerita csect ni..huhu.saya dulu kena csect first baby sebab baby x turun terbelit tali pusat..saya planning nak pregnant lagi tahun ni dan berharap sangat tdk dibedah lagi..huhu
    Betul ker org kata, kalau first kita operate sebab jalan x buka, second baby pun kemungkinan mcm tu? huhu...tidaklah harapnya

    ReplyDelete
  4. weeeeeeeeeee comeynya aina senyummmmmm..die ni murah senyumm kan..senang nya dia tido..kalo Qies ya allah bersilat nak tidokan dia..

    pasal c-sct tu,camana aku nak tau aku bole normal for 2nd ni? dokter buat scan keee?

    ReplyDelete
  5. Alamak ngerinyer. Sib baik berjaya normal ari tu. Tapi ngeri gaks. Hehe.

    ReplyDelete
  6. ngeri la faryn bila membayangkan betapa huduhnya dalam rahim tu. haihh!

    ni yang buat kite kuat semangat nak beranak normal untuk next pregnancy.
    :)

    ReplyDelete
  7. kalau geram tu tenung2 la muke bb aina tu... sejuk hati...

    ReplyDelete
  8. so scary la dokter... huuuuuuuu......

    ReplyDelete
  9. dia takut kut nak rasa sakit normal tu.. ish ish ish..kesian plak kat dia.huhu

    ReplyDelete
  10. ehh..ni geram kat kechomelan bby aina ker..geram kat patient tuh..hehehe

    whatevapon, yg penting aku mmg gerammmmmmm ngan senyuman bby aina tuh..cair jek tgk..=p

    ReplyDelete
  11. isshh...saye pun pelik napelah diorang ni taknak cuba bsalin normal..teringt saya dekat sorang member sy ni..awal2 lg dah bgtau saye dia nk operate gk utk 2nd baby ..then tanya kat saya pulak apa option saye..dah tentu2 saya jawab dgn tegas..yg saya nak bsalin normal itupun klu diizinkan oleh ALLAH SWT..dan alhamdulillah termakbul hajat saya..

    ReplyDelete
  12. kalau takut sgt nak bersalin normal kan leh cuba epidural..x la dia rasa sakit sgt nnti..

    alhamdulillah, time bersalin dulu allah kuatkan semangat nak bersalin normal tanpa apa2 bantuan..wpun dr. ada cadangkan operate sbb baby besar 4.3kg..tenks allah..

    ReplyDelete
  13. salam doc,

    sy pun tak paham naper orh sangat suke csect nie.. pd hal kalau bersalin normal sangat besar ganjarannya. Tak kan tak mahu? melainkan memg dah ditakdirkantidak bersalin normal. itu lain cerita la kan doc..

    haihhh!! sy pun cam geram gak.. hheheh

    ReplyDelete
  14. salam kenai doc.faryn..

    i ni sis yat..

    br wat c-sect gakk..emergency case..(kena h1n1)

    ReplyDelete
  15. maternal csect tu upon request by patient ke? malas nak teranke?

    hahha, teran teran la best kot. kalo anak kurang ajar, boleh kata 'sakit tau aku beranakkan ko dulu'.

    ReplyDelete
  16. ada yang request sebab 'nak jaga tang bawah tu..'
    takut longgar...
    (tapi buat kat spital prebet lah.. )

    ReplyDelete
  17. kawan-kawan sekelian alam,


    thanks for all your opinions/points of view.
    sori lah saya tak sempat nak reply sorang-sorang.


    anyway, patient tu okey. tapi kali ketiga pregnant nanti memang confirm kena csect dan ikat sekali la.

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...