passer by since 1st feb 2010

Saturday, June 5, 2010

i am still alive.




"Defeat is not the worst of failures. Not to have tried is the true failure."
- George Edward Woodberry



assalamualaikum, hai semua :)



masya ALLAH, subhanALLAH, lailahaillALLAH.
oncall aku super gila teruk kau semalam. sampai sekarang terasa lenguh lengas segala otot-otot badan aku. ergh. harapan nak berhuha-huha berbelogging secara langsung dari kamar bersalin punah ranap hancus terus. *sebab tu saya ghaib seketika ye* hehehehhe :)



anyway, dah lah aku yang memang in-charge labour room kan, lepas tu terus bersambung dengan oncall labour, aduih berpinar-pinar dah mata aku. MEMANG SUPER BUSY! boleh pulak time-time aku oncall ni berduyun-duyun patient masuk nak bersalin. kalau setakat bersalin je takpe, ini siap dengan macam-macam masalah. haihs.



semalam, ada satu patient bleeding lepas csect. maksudnya, operation sudah selesai, tapi tak lama lepas operation habis, patient bleeding. banyak jugak, almost about a litre plus-plus blood loss. nasib baik patient tu stabil, but still need to be observed in labour room. *hah, masih ingat senang nak bersalin csect? sila tukar mind set plis*



nasib baik jugak, patient tu stop bleeding. kalau tak, mungkin kena open up balik. and maybe can lead to hysterectomy (operation buang rahim). minggu ni je, dah 3 hysterectomy aku rasa. sebab complication pendarahan yang teruk semasa csect.
*masih nak bersalin csect?*



okeh, itu satu. then another patient, who delivered vaginally, okey je takde masalah. tapi lepas dah siap jahit semua, boleh pulak bleeding kaw-kaw. ini pendarahan-nya lagi hebat. total blood loss adalah dalam 1.5 litres. patient ni memang kena resuscitated sekejap sebab tekanan darah dah rendah dan nadi dah semakin laju. kami takut je kalau-kalau dia collapse. tapi ALLAH masih sayangkan aku. keadaan patient stabil lepas dah transfuse dengan satu pek darah. ALHAMDULLILAH.



banyak-lah lagi masalah-masalah lain yang berlaku. basically, oncall aku memang tersangatlah eventful semalam. dengan yang tak pandai meneran, dengan yang nak mintak csect, dengan yang bleeding lah, haihs macam-macam lah. bila teringat pun boleh rasa penat. hehehhe.



tapi semalam takde langsung forceps/vacuum assisted delivery.
(ohh, sorry kawan-kawan sekelian alam sebab saya tak sempat nak reply satu-satu komen korang dekat entri sebelum ni. huhu)



aku letih sebenarnya hari ni, tapi tetap menggigihkan diri ke Melaka Batik House; butik Noor Arfah dengan syg dan cik puan mem besar tetapi kenit, semata-mata nak mencari baju batik yang dah ready-made. syg ada belikan kain batik dari terengganu hari tu, tapi dah tak sempat lah babe nak hantar jahit. majlis dah dekat dah. nak pakai masa majlis tunang ajim (adik syg) nanti. tema nya, lelaki : baju kemeja pink (hehe), perempuan : batik.



aku tahu mesti kau orang tengah dalam keadaan konpius. kenapa pink? kenapa batik? actually, ada cerita di sebalik-nya, tapi serius aku tengah tak larat nak bercerita sekarang. hehhe :)



dipendekkan cerita. aku tak jumpa pun batik yang aku nak dekat Noor Arfah tu. *sebenarnya yang aku nak takde size. huhu* aku end up beli dekat butik Batik Selat yang kebetulan ada dekat-dekat situ. syg kata cantik, terus aku angkat. yelah, dah big boss sanggup bayar. sebelum dia tukar fikiran baiklah aku meng-segerakan diri. HAHAHA.



baju-nya tak mau lah ditayangkan dekat sini sebab nanti dah tak suprise. hahahammpehh kan aku. hehe. *sebenarnya malas nak upload* kuang, kuang, kuang.



sorri takde gambar hari ni. karangan je lah yang berjela nampak-nya. rindu nak ber-belogging, itu yang yang sampai dah jadik karangan SPM ni. plis bear with me. jangan lari ye kawan-kawan sekelian alam.



orait, masa untuk tidur bersama manusia besar dan manusia kecik yang disayangi itu.



:)



Blogger Templates

5 comments:

  1. saya yg membaca aje pun terasa camne penatnye tu dOc =p

    ReplyDelete
  2. adoiiiiiii ngeri siot csect ko citer niii!

    yeeee rindu gile aku bebelan ko..sehari tak baca bole gileee babs aku..ahahahah.mana da gambo ainaaa?

    ReplyDelete
  3. hai bonda,
    salam kenal. terima kasih kerana memahami :)


    yatt,
    aku busy-busy pun tetap maintain skodeng belog ko dulu. tapi nak meninggalkan jejak je yang tak sempat. huhuh. nanti aku upload gambar aina kay :)

    ReplyDelete
  4. patoto la lame xhapdet..umm takper takpe kami masih di sini, dok lari eh..;)

    ReplyDelete
  5. ngeri btul bila baca ko punya experience handle csec..dan aku rasa bersyukur sangat2..ari tu masa csec everything goes well...

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...