"Dreams are illustrations... from the book your soul is writing about you."
- Marsha Norman
assalamualaikum, hai semua :)
kehadapan kawan-kawan sekelian alam, aku tengah mood nak membebel ni. so bear with me. kau tahu lah aku bila dah mula membebel, memang payah sikit nak berhenti. jadi, sila lah prepare-kan diri untuk satu entri yang macam tidak akan berkesudahan. HAHAHA.
aku still dengan cik puan dekat rumah. parents aku dah balik kluang semalam. malam tadi cik tika keluar beronggeng dengan member dia, then datang lepak and overnight dekat rumah aku. pagi-pagi tadi cik tika dah bergerak balik ke muar. dia kerja hari ni. too bad. baru nak ajak beronggeng lagik. kui, kui, kui.
btw, sling bag MNG yang cik tika baru beli semalam sangat cun okeh. sudah beranak satu ni, payah sikit nak ber-sling-bag ni. kena ada beg yang besar-besar dan serbaguna. *jeles tiba-tiba*
okeh, okeh. diri ini masih gatal nak membebel walaupun tak tau apa yang hendak dibebelkan. hahahhammpehhh.
ohhhh semalam kan, aku dengan cik tika kacau-kacau cik puan mem besar tetapi kenit. tengok dekat bawah ni.
"dokter aina, ada new case. tolong tengok patient ni kejap"
"okeh, boleh panggil patient. saya dah ready."
"dokter aina, baby saya ni demam selsema lah. batuk dah seminggu tak baik"
"mari sini saya check paru-paru dia okey ke tak."
"lungs are clear. air entry is equal on both side. takde masalah. mungkin viral fever saje. puan tunggu dekat luar. nanti saya bagi ubat."
ewahh, ewahhhh. HAHAHAHAHA. tapi memang sangat comel tengok bby aina godek-godek stethoscope tu. alamak, bby aina nak jadik dokter jugak ke? :)
pada zaman dahulu kala, aku selalu macam serba salah nak ada cita-cita lain selain dokter. yelah, dah mak bapak dokter kan. kita pulak tengok dorang macam berbahagia je jadik dokter. macam nampak sangat mudah dan bergaya. itu yang bila ditanya cita-cita nak jadik apa bila besar, first thing that came to my mind at that time was to become a doctor, just like my parents. di samping aku pun tak tau apa profession yang best selain dokter (masa sekolah rendah), aku jugak memang sudah di-brain-washed sejak dari azali lagi untuk menjadi seorang dokter. it's like it's already in my veins. pfftt. hehehhe.
bila aku masuk sekolah menengah, tiba-tiba aku terpengaruh nak jadik architect. kau tahu aku baca satu buku cerita apa entah (dah lupa), awek tu kerja architect dan sangat lah macam stylish dan syiok. pakai blouse, skirt, high heels bla, bla, sambil jinjing beg berisi pelan-pelan bangunan, dan blue prints. wahh, macam sangat elegant kan. gaji sangat masyukk pulak tu. terus aku konon-kononnya nak jadik architect pulak. tapi, memang sangat tipis lah, sebab subjek lukisan kejuruteraan aku hancuss. takde imaginasi langsung. so cita-cita nak jadik architect bergaya berhenti di situ.
bila aku cerita dekat ma dengan ayah, dorang pulak tak habis-habis cakap architect borring, borring, borring. sebab deal dengan blue prints. HAHAHAHHAH.
dah habis SPM, terfikir jugak apa aku nak jadik ni. masa tu dah mula pressure sebab semua orang akan mula bertanya. nak buat course apa? nak jadi apa? apa? ahli musik? (okey, yang last tu aku tambah sendiri) hehehe. masa tu konon-konon nak cari profession yang bukan macam mak bapak aku. architect? engineer? accountant? businesswoman? lecturer? alamak, aku tak boleh imagine aku jadik lecturer. i am seriously not fit into that category.
masuk matrix, somehow aku memang dah set in mind nak jadik dokter. bak kata orang ramai, mak bapak dokter, anak-anak confirm dokter. haihs. tambah pulak, mase tu geng-geng kamceng aku semuanya nak jadik dokter. nak bukak medical center, nak join venture dan sebagainya. terus semangat berkobar-kobar. dokter pun dokter lah. tapi masa tu jugak aku ada imaginasi lain. *mesti korang akan gelakkan aku* aku telah berangan konon-kononnya nak jadik dokter lepas tu nak kahwin dengan engineer. ewahhhh. *okeh, boleh gelak sekarang* HAHAHAHHAHHA.
konon-kononnya macam sangat best lah kan. dokter kahwin dengan engineer. siap buat dialog untuk bakal anak-anak okeh.
"parents kerja apa?"
"emak kerja dokter. ayah kerja engineer."
WHOAHAHAHHAHHA. melampau kan aku. memang nak kena *DUSH* sekali. tapi aku masa kecik-kecik memang kuat berangan. itu yang parut jerawat bukan main susah nak hilang ni. hehe. eleh, come on lah. aku tahu korang oun confirm pernah berangan macam aku. takpe, takpe. aku faham. HAHHAHHA.
dan memang dulu ex aku seorang engineer (masa tu, dia student engineering lah). dan parents aku memang sangat lah tidak approve okeh. they did not really voice it out lah, but i knew. bukan sebab tidak berkenan dengan mamat tu. cuma mereka rasa kami tidak sesuai. something was not right somewhere. dan memang jodoh kami tidak panjang. tapi kami tidak menyesal. dan kami bertemu jodoh masing-masing dan berbahagia sekarang :)
dan rupa-rupanya, dialog yang tadi tu akan berbunyi begini.
"parents kerja apa?"
"DORANG KERJA DOKTER."
okeh lah. not that bad kan.
entah hape-hape aku ni. bagi can lah okeh. *saiko syg tiada di sisi*
HAHAHAHHAHA.
ishh, cepat lah pukul enam!
(mama nak saiko cik puan mem besar tetapi kenit jadik dokter gigi lah. i like!)
comeii nyaa bby aina dgn stethoscope tu. ada talent nk ikut jejak langkah parents dia. :)
ReplyDeletecita2 aku pun nak jadi doktor..hehe.. tetiba jadi quantity surveyor plak. tak de lansung dalam list..hehe.. anyway, comel la baby aina, ada tokoh jadi doktor..
ReplyDeletehaha..comelnye dr aina ;)
ReplyDeletedulu masa kecik2 pon nk jadi dr tp xpela..xde rezeki..
dpt adik jd dr pun bolehla~
cute & creative.....untung aina dpt mama yg creative..sok dier besar misti bangga kannn....
ReplyDeletefaryn..me sokong aina jadi dentist... :P
ReplyDeletep/s entri ni selalu tak membosankan..kadang2 baca invisible je...hehehe..
dulu saiko adik bongsu jadik dokter gigi, ingatkan dah berjaya. tengok-tengok sekarang ambik foundation untuk medic school jugak.
ReplyDeletecit! nampaknya saiko daripada mak bapak lebih effektif. HAHA.
comei giler aina bergaya ngan stetoskop tu (abaikan ejaan aku..haha)..rase mcm 90% aina bakan jadik dokter gak ni..=p
ReplyDeletenway, aku dl pernah gak citer2 nak jadik dokter..tp dokter haiwanlah..oleh kerana citer2 tak kesampaian, aku nak saiko Zara plak jadik dr haiwan..klu tgk gaya, dah ade ciri2 sayangkan binatang tuh..kekekekeke
lily,
ReplyDeletetak kesah lah nak jadik ape. asalkan berkerjaya dan earn duit yang halal :)
waaa, zara bakal jadik dokter haiwan. best, best. hehehhe.
wahhh..aina nak jadi doktor juga ye =)
ReplyDeletenanti auntie da tua,le ar rawat auntie..free tau!
faryn, comel sgt aina tu.. hmmm aku ingat ko nak bebel ape td.. weh aku & husband aku x nak la saiko Qisya jd engineer.. kalo boleh nak saiko jd dokter ke, lawyer ke.. tp cam pelik pulak nnt.. xpe, xpe..
ReplyDeletececita dulu kecik nak jd pramugari,hahaha,tp abg dok saiko,
ReplyDelete'aku nnti dah besar nk jd engineer,hg kena ikut aku jd engineer'
dan alhamdulillah, kami tetiga bradik akhirnya jd engineer..bezanya abg elektrikal engineer, i ngan adik civil engineer...
fuh!!!sib baik aku x jd pramugari..hehehe
opps, tp hubby keja PTD, tak ke terbalik, patut hubby keja engineer,so, brutal sikit dan linda keja opis mcm Peg. Tadbir Diplomatik tu.. pe da...nih, linda balik keja berlengas jek, dia blk keja maintain jek..
ReplyDeleteok la jadi doktor... banyak cabang ade - dr.O&G, dr.gigi, dr.kanak2 (yg ni akak suke), dr.haiwan... kalau architect ngan engineer, kat bangunan je la... cam akak ni dah letih la kat line architect ni, nak buat benda lain pulak ah... :(
ReplyDeletekak faryn, im your silent reader..:)
ReplyDeletesy time darjah 4 dh set nk kawen dgn engineer.
padahal xtaw pun ape keja tu. cm macho je nama engineer.haha
alhamdulillah, my dreams turns to reality.
baby aina, nape la comel sgt ni...:)
ashra,
ReplyDeleteinsya ALLAH. tapi rawatan free untuk aleesya je. mama dia kena bayar lebih. hehehhe :p
ninie,
aku kalau engineering lagi lah memang tipis sebab benci gila dekat physics. hehehhe.
linda,
itulah, kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan :)
kak ejamaria,
whoaaa akak architect ekk. my dream job. ewahhh. hehehe. takpe kak, teruskan. bangunan pun bangunan lah, asalkan bergaya. hehehhe :p
hai amarlina,
salam kenal :) macam best je kan kawin dengan engineer. tapi it turns out, kawin dengan dokter pun takde kurangnya. lebih understanding :)
alalal sangat comel tengok bby aina godek-godek stethoscope tu.
ReplyDeleteinsya-Allah seorg lagi bakal Dr akan dilahirkan..
selalu nyer kalu mak ayah dokter, anak mesti ikut sama gak..
salam...so sweet entry ni. tq jugak coz dr faryn komen ttg kes branak ila hr tu. tq so much.
ReplyDeletebby aina, comel gila dgn stetoskop itu. mmm ttg kisah mamanya plak, mmg persoalan tu pernah jgk main kat otak ni. nak jd dr laa nk kawin engineer. hehehe so sweet kan!!
sejak jinak2 dgn blog dr, ila mmg teruja laa jgk life as a doctor. hopefully ada anak4 ila yg berjaya jd dr one day. dolu2 itu cita2 maknya. tp masuk u line accountant and sadly decide become mom at home jek. huhuhu.....tp cita2 nak kawin ngan engineer tu alhamdulillah tercapai. cuma jd isteri engineer ni selalu kena tgal laa jugak...outstation tak abis2 huhuhu.....kalau jd DR macam gitu jugak ke? :)
hai iryani,
ReplyDeleteinsya ALLAH. hehehhe.
hai ilarazali,
salam kenal :)
tak kesah lah jadi apa, and kawen dengan siapa. yang penting hati bahagia kan :)
aku pulakkk nak qies jadik cam ko tauu :D
ReplyDeleteaku tetiap hari cakap,qies nanti jadik dokter cam dokter fatimah (my gynae kat annur specialist) sbb sungguh mulia kerjaya u all.bersengkang mata jaga patient yg sakit nak beranak tu sme.haih terharu kalo igt.
aminnn :D
wah comelnya baby aina jd doktor :)
ReplyDeleteSamala al kisah kita Dr Faryn
cuma mak ayah sy keje QS. Jadinya saya pun Kerja QS. Dulu brangan jugak nk jadi macam.
Tp kalau dh takdir tu mmg x leh nak lari kan.
Sy kawin pun dgn QS juga
Tapi harap baby dlm perut ni dapatla jadi dr gigi senang ibu nak buat rawatan gigi hehehe
yatt,
ReplyDeletetakpe, nanti aku bagi petua dekat qies. hehehhe.
hai arna,
salam kenal :)
nanti kite sama-sama tunggu dan lihat ekk. hehehhe.
'diorang dokter'
ReplyDeletependek sikit nak jawab....
cuba bayangkan....
'mak fes ledi.... ayah perdana menteri....'
kan susah...
:)
cutenya cik mempuan besar jd doc...
ReplyDeleteerr...kalo stetmen mak fes ledi ayah pi em tu rasa2 tkde org nak tanya pasai kan dier dah gelemer......
ReplyDelete