"I've failed over and over and over again in my life and that is why I succeed."
- Michael Jordan
assalamualaikum, hai semua :)
berdua-duaan dengan cik puan mem besar tetapi kenit lagik. syg oncall hari ni. pagi-pagi aku dah bangun awal sikit dari biasa sebab nak gosokkan baju syg untuk pakai hari ni dengan esok sekali. kelmarin kan aku oncall, selang sehari syg pulak. ber-back-to-back je lah oncall aku dengan syg ni. haihs.
okeh, stop. kan dah kata tak mahu merungut lagik.
anyway, aku in charge Maternity OT hari ni. takde kes kau sampai lah dekat pukul 1pm baru ada satu csect sebab fetal distress. memang dari pagi aku duduk melanguk kesejukan dekat dalam OT. menyesal pulak tak bawak netbook/buku cerita. tapi itu lah, selalu bila aku bawak, berlambak pulak kes sampai tak menyempat nak santai-santai ber-belogging/baca buku cerita. selalunya macam tu lah. *masa mencemburui aku* hehehhe.
nak cerita apa eh. *tiba-tiba mental block*
hah, aku tahu.
aku nak cakap pasal masalah rumah tangga (aik?). bukan nak masuk campur masalah dalaman rumah tangga orang lain, tapi just nak meng-share something dengan kamu, kamu. *straight to the point plis*. okehh, aku nak cerita sikit pasal infertility.
setiap petang hari isnin (except for public hols), kami akan deal dengan puluhan patient yang datang sebab masalah kesuburan. ada yang sudah empat lima tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. ada jugak yang sampai dah dekat 10-15tahun, pun masih belum ada rezeki. *bersyukur lah kamu, kamu sekelian alam yang ada anak yang comel-comel belaka*
*cantikkan ovum? berebut sperm-sperm tu*
HAHAHA
selalu patient yang datang dekat klinik ni ada dua kategori. satu yang memang dah bertahun-tahun mencuba tapi belum berjaya, ataupun satu kategori lagi ialah pasangan yang baru satu dua tahun berkahwin tapi sudah panik tak dapat anak, dan datang ke klinik atas desakan famili.
kalau dikut-ikutkan, memang definition of infertility is unable to conceive after one year of unprotected intercourse. obviously lah kan. kalau dah orang tu on pills ke, or any other contraceptive methods, itu sudah belakang cerita. itu sendiri punya pasal lah. memang lah sah-sah kebal takkan "terkena buatan orang". hehhe.
aku tahu ada mereka-meraka yang segan nak berkongsi masalah kesuburan ni. seperasan aku lah, kalau dekat infertility clinic pun, patient-patient ni kadang-kadang tak nak cerita hal yang sebenar. bila kita tanya lebih detail sikit, contoh;
"bersama suami ada masalah? sakit ke? ada masalah nak menegang ke? tak tegang ke? pancut awal ke? bla, bla."
(kali ni aku tak bold sebab macam tak senonoh pulak. haha)
see! kamu-kamu pun sudah mula berkerut dahi. :P
selalu patient akan jawab, tapi jawab yang macam selindung-selindung. cuba lari topik. elak-elak. macam tu memang susah lah for us to detect where exactly the problem is.
ada banyak sebab sebenarnya yang menyebabkan masalah dengan kesuburan ni. dan plis, plis dont straight away blame yourself for it (by that, i mean wanita-wanita sekalian alam). yelah, kadang-kadang ada pihak luar yang masih kolot pemikirannnya, bila tengok anak menantu masih tak mengandung, terus tuding jari salahkan pihak perempuan. kadang-kadang memang aku nak lepuk sikit mak bapak datuk nenek yang suka tuding-tuding jari ni. LELAKI PUN BOLEH JADI PENYEBAB-NYA JUGAK yer. harap maklum.
pernah satu patient aku sampai depress-depress sebab selalu dapat tekanan dari pihak keluarga mertua. sampai kurus kering okeh. dan bila dah investigate, turned out husband dia azoospermia. tahu apa tu? TAKDE SPERMA okeh. maksudnya, air mani ada, tapi takde mengandungi sperma. tak ke segan jadi nya. siapa yang malu sekarang? mereka dan keluarga mereka (yang menuding) jugak.
macam aku cakap, ada banyak sebab. jangan malu-malu untuk bincangkan masalah kesuburan ni. lagi awal lagi bagus. sebab proses dia lama. kena ikut step by step. dan bagus bincang awal sebab chances untuk mengandung lebih tinggi bila umur masih muda. kalau umur makin meningkat, ovum (telur) yang bakal kita hasilkan sudah tidak berkualiti dan tahap kesuburan semakin merundum. risiko abnormal baby (contoh downs) pun tinggi bila usia dah mencecah 35tahun ke atas. dan jangan ingat bila sudah beranak satu, kita tak akan mengalami masalah kesuburan. masalah kegemukan dan penyakit-penyakit macam kencing mains, masalah kolesterol pun boleh effect dekat kesuburan.
jangan cepat putus asa okeh. sekarang zaman moden, ada banyak kaedah lain untuk mengandung; contoh macam Intrauterine Insemination (IUI) ataupun In Vitro Fertilization (IVF).
kalau IUI memang kami selalu buat dekat klinik kami. cuma sperm preparation tu kena buat dekat Mahkota Hospital; kena charge dalam dalam rm280 tak silap. IUI maksudnya, kita akan injectkan sperm hubby terus ke dalam rahim wife. ini selalunya untuk sperm-sperm yang sedikit pemalas lah. kuantiti cukup tapi motiliti tak cukup. hah, nampak tu, banyak tak semestinya hebat yer. hehehe. selalu nya sebelum tu ada lah kena bagi ubat kesuburan dan injection kesuburan. outcome 50-50%. ada yang sekali, terus menjadi. ada yang sampai 2-3 kali baru jadi. ada yang memang langsung tak menjadi walaupun byk kali attempt.
*Intrauterine Insemination*
kalau IVF pulak memang kami tak buat dekat sini. selalunya kena refer ke kl. kos nya dalam rm15k macam tu. bayangkan? *sila bersyukur sekarang* IVF maksudnya, kita ambik ovum wife, dan juga sperm hubby, kita satukan dekat luar. itu yang dorang panggil bayi tabung uji. lepas sudah disatukan, baru kita inject balik dekat rahim wife. dalam islam, takde konsep surrogate mother, atau sperm hubby dengan ovum orang lain, atau ovum wife dengan sperm orang lain dan sebagainya. adalah tidak dibenarkan. HARAM ye. hanya ovum dan sperm pasangan sebenar sahaja.
*In Vitro Fertilization*
having said all this, ada jugak sesetengah kes yang lepas dah di-investigate-kan dan di-IUI-kan atau di-IVF-kan, pasangan masih tidak dikurniakan anak. padahal, pihak perempuan dan lelaki adalah normal. mungkin memang belum ada rezeki. kita cuma berusaha, ALLAH yang menentukan segalanya. ada patient yang sudah 15tahun kahwin, baru dianugerahkan cahaya mata. dan kes-kes macam ni, selalu kita akan bagi options dekat dia, sama ada dia nak melahirkan secara normal ataupun secara csect. up to her. despite of having that options, majority of them still choose to deliver vaginally. hebat kan mereka? :)
wahh, dah macam kelas tambahan pulak aku ni. cit. hehehhe. redhakan je lah ye kawan-kawan sekelian alam. dokter ini memang kuat membebel. huhu. *ampun*
basically, what i am trying to say is, jangan putus asa. jangan menuding jari, jangan mudah mengalah. bak kata syg pada suatu zaman dahulu (semasa aku hampir-hampir patah semangat nak ambik exam),
ingat D.U.I.T jek. and i was like, hah?
then he explained,
D : doa
U : usaha
I : ikhtiar
T : tawakkal
sweet. insya ALLAH :)
(jangan malu-malu nak diskusi dengan saya. saya sedia membantu.)
doc...tq tq tq....
ReplyDeletehye doc..nama sy iqa..iqa dapat doc punye blog pun dr Kak Yat Ekhram..doc kalau orang yang hanya mempunyai satu ovari sahaja..macam mana peluan kehamilan die nanti..pernah menjalani ovarian cyst operation 2kali..2007 n 2008..2007 buang ovari kanan..sbb memang tak leh selamat dh..de 2nd 1 sbb ovari kiri ade cyst..but buang cyst jela..but now dh ade balik cyst..umo iqa br je 22..betul ke ada yang mengatakan dengan cara berkahwin dpaat mengurangkan risiko cyst tu tumbuh kembali..any idea bout this doc?
ReplyDeletehany,
ReplyDeleteno prob :)
hai iqa,
salam kenal :)takde masalah dengan kehamilan kalau hanya dengan hanya ada satu ovari unless ada problem dengan ovari tu jugak lah. chances still sama dengan orang yang ada dua ovari sebab ovum akan dikeluarkan one at a time of ovulation. maknenya hanya satu ovari yang akan keluarkan ovum semasa ovulation. yang kita galakkan untuk kahwin tu, sebab kita nak suruh cepat-ceat pregnant as when you are pregnant, you will not mentsruating, so hormon yang menyebabkan cyst tu membesar atau pun berulang akan rendah. jadi risiko cyst yang berulang tu akan kurang. something like that :)
wah..kagum ko dpt menulis pjg lebar mcm ni..terasa masuk kelas bio balik..ehehehe..
ReplyDeletenway, such a good info. aku pon risau aku akan ade mslh kesuburan sbb skang sudah GUMUK!!!huhuhu.
untung ada online doc ni.hehe..
ReplyDeleteemm,nak pasal topik ni,da ader anak pun.keke.
but,musykil sesuatu la..
selain waktu subur (hari 14),kehamilan boleh berlaku tak? i mean,wujud ke hari yang tak subur langsung??
wawwawawawawa sgt baguss info ni..akan ku canangkan kat kenkgkawan sekelian alam ttg info ni sbb ramaiiiii kawan2 aku still tak pat baby even dah lama kawen.
ReplyDeletebetullah farynnn...mari kite bersyukur & teros bersyukur sbb tuhan dah kurniakan kite si syomel kenit ni :)
Salam perkenalan Dr FAryn...
ReplyDeleteentry nie sgt2 informative..
i loike..
as u said selalu nyer pasangan yg dh setahun berkahwin n masih belum dkurniakan anak sememang nyer akan berasa panic lebih2 lagi bila member2 yg kawin pd thn yg sama dh dpt anak.. i've been in that shoes..
is just that betul ke berurut dapat membantu dlm proses mendpt kn anak?? coz saya dulu pon mmg ada pergi berurut and alhamdulillah sebulan selepas tu saya pregnant.. kire selamat ke kalau saya nak share information tu dgn member2 yg lain yg mana tgh berusaha nk dpt kn baby...
tenks 4 ur good info..wpon dah dua anak, still takut kalau2 nnti susah nak lekat, sbb byk sgt dgr ckp org yg kalau kita amik pil perancang lama2 nanti kita akan susah lekat utk anak sterusnya..xtau la either btul ke tak..
ReplyDeletetq faryn. akan dihebahkan di blog untuk mereka yang punya nasib begini. dr faryn boleh membantu yo! =)
ReplyDeletefaryn, bagusnye blog ko nih.. bagus, bagus..
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSy nk tnye..
Baru-baru ni sy dpt suntikan Vaksin H1N1 semasa baru berkahwin..dan pd malam tersebut sy telah period..
Sblum sy di cucuk Vaksin tersebut sy ada ditnye if sy mengandung.sy ckp tidak..kmudian selepas sy dicucuk..Nurse tu kata selepas ni jgn mgndung dlm mse dua bln..
sy tnye knapa..dia ckp sb vaksin nie baru lg jd xtau apa2 effect yg akan berlaku n takut baby cacat..
Skrg saya rse sy da menGandung maybe tiga minggu..cuz baru smalam sy wat pregnancy test urine tu..apa kemuGkinan besar yg akan berlaku pd kandungan sy?adakah akn mempunyai mslah seperti nurse tu ckp?
Sy risau klo perkara sprti tu berlaku..
Terima kasih bnyk2 ats pertolongan anda..
hye doc.. huhuhu kalau period i x berenti2 dah sebulan mcmana nie??? tapi x byk kuar everyday ada clot sikit2.. kalau ter'stress' besar sikit la clot.. saya nie meningkat berat badan since tue la period mcm abnormal.. doc kata hormon imbalance.ada kemungkinan ke hormon imbalance nie boleh buat period saya berpanjang panjangan... tq luv u
ReplyDeleteGood Info, Doc!!
ReplyDeleteSaya rasa bagus jugak adanya info2 sebegini membantu sangat..
salam...
ReplyDeletedoc, sy brumur 28thn, sy dh brkawin selama 2 thn tp msih blum dikurniakan baby. sy ada buat Laparoscopic pd mac 2010 lalu dan doc sahkan sy normal dan tiada masalah. skarang sy mengambil ubat under doc yang mempunyai kitaran A, B dan C tetapi msih blum hamil. suami juga sudah check dan dia juga normal. adakah terlalu awal utuk sy buat iui. doc ada cadangan lain spaya sy lekas dapat bby? tq veru much.
gud info... bule share ramai2... tq dokter.
ReplyDeletedoc juz nak tnya, bleh x nak mintak email address doc.ada soalan nak ditanya kan ni.tq
ReplyDeletesalam.. dokter, sy nk tny skit.. pasal kesuburan ni, kalu sy ade terjatuh, bule effect gak ker.. risau gak ni.. sbb sy smlm terjatuh smpi terduduk. punggung saya smpi arini sakit lagi... bagi komen skit dokter...
ReplyDeletehye doktor mcmne sy nk emel doc? ade emel add x?
ReplyDeletekawan-kawan sekelian alam,
ReplyDeleteterima kasih sebab sudi dengar bebelan saye yang panjang lebar tu.
email saye : faryn_farhana@yahoo.com
insya ALLAH saye akan try jawabkan yang setermampu saye okeh. dan mana-mana yang saye kurang pasti, saye akan try diskusi dengan pakar saye.
korang-korang yang ada tanye soalan tu, nanti saye jawabkan later-later kay. sekarang tengah busy sikit. dekat rumah kang kena berebut dengan broadband dgn hubby pulak. heheh.
:)
hai ashra,
ReplyDeletememang kalau mereka-mereka yang menstrual cycle dia normal, memang tahap kesuburan paling tinggi is pada hari ke 14, iaitu masa ovulating. kita panggil LH surge. masa tu yang body temperature akan tinggi dan kalau ada intercourse insya ALLAH lekat. tapi kita selalu nya akan advise patient untuk maksimum-kan hubungan bersama masa dalam hari ke 12 ke hari ke 16 macam tu. kalau hari-hari lain tu, chances utk mengandung memang tipis lah. tapi ini untuk kes yang ovulating lah. ada orang even tho period dia regular, dia tak ovulating. means dia tak subur. itu yang kita tolong dgn ubat subur.
salam kenal iryani,
ReplyDeletetruthfully speaking, saye memang tak dapat nak justify-kan dari segi medical if berurut tu boleh membantu. tapi memang saya memang ada dgr jugak dari patient-patient yang berjaya dikurniakan anak lepas berurut. kalau tanya saya, tak salah nak mencuba alternatif lain :)
hai linda,
ReplyDeletepil perancang is actually one if the best conraceptive methods kalau kita betul-betul compliance. dan once kita stop taking pills, chances untuk mengandung memang still ada. cuba kadang-kadand lepas berhenti pills, kita akan ada kitaran haid yang tidak subur. means, effect ubat still ada. itu yang mungkin payah sikit nak lekat. tapi selalunya takde masalah. masalah cuma timbul bila nak tentukan bila tarikh last period yang kita ovulating tu untuk tentukan due date bersalin. tapi tu no hal, sebab boleh dgn early scan bila dah mengandung.
salam kenal @re_long,
ReplyDeleteselalu kita memang akan elakkan bagi vaksin H1N1 dalam first trimester mengandung sebab masa tulah organogenesis berlaku. saya rasa takde masalah untuk awak sebab awak tak mengandung masa injection tu. tapi nanti saya confirmkan balik dengan pakar saya whether awak perlukan detail scan untuk baby ke tak later. nanti saya update awak okeh. :)
hai PearlnScarf,
ReplyDeletekalau ni first time awak dapat period prob macam ni, most probably sebab hormone. tapi saya still strongly advise awak untuk pergi jumpa dokter untuk rule out anything else. nanti dorang akan scan, dan check bawah (kalau awak dah kahwin) dan mungkin akan buat pap smear kalau perlu.
salam kenal $ue_@nim,
ReplyDeletejatuh semua tu takde kena mengena dengan kesuburan. tapi sakit punggung dah lama tu, baik pergi check buat xray ke. takut pulak kalau ada fracture ke apa :)
thanks doc faryn.. it helps me a lot.. dah check ngan gynea smlm... now under hormon treatment for 5 days.. tq again
ReplyDeletehai PearlnScarf,
ReplyDeleteglad u did :)
BAGUSNYA INFO NI DOKTOR 1ST TIME TGK BLOG DOC NI. DPT TAHU DR ADIK SAYA. SALAM KENAL DR SAYA DOC
ReplyDeletehi Dr,
ReplyDeleteada satu soalan lg tp off topic sket.. hehe.. hope u don't mind..
actually, saya baru delivered baby last April so selalu nya bila ekk saya boleh start exercise balik ie jogging/aerobic??
tq
banyak dpt ilmu bila baca blog ni
ReplyDeletekdg2 baca entri sampai gelak guling2
kdg2 bace ngan penuh siyes, ekeke
boleh tak, kalau puan dokter kasi description skit pd istilah2 perubatan, cam CSECT, MATERNITY. sebab rakyat jelata cam saya kdg2 tak faham, heee
doc ada facebook tak?
ReplyDeletehai NURUL,
ReplyDeletesalam kenal jugak :)
hai iryani,
selalu nya 6weeks lepas pantang dah boleh start dah. by that time selalunya rahim dah mengecut ke tahap normal balik. sepatutnya takde apa msalah lah :)
hai ummu~ishak,
hehehe. sori ekk sebab tak faham.
CSECT tu actually saye singkatkan daripada CAESARIAN SECTION iaitu maksudnya pembedahan bersalin.
MATERNITY tu ialah ibu la. selalu saye guna maternal. maknanya saye refer kepada patient/ibu.
:)
hai anonymous,
ReplyDeleteboleh add saye, faryn_farhana@yahoo.com :)
doc,
ReplyDeleteowh baru la iqa faham..
doc kalau iqa nak jumpe and buat cek up terus dengan doc boleh ke?
doc kat hospital mana ekh
thanks faryn.
ReplyDeletebaru den faham cycle kesuburan ni.hehe
kalau dah terlebih subur macam aku...ko bagi nasihat sikit boleh...ngehngehngeh....
ReplyDeletesgt² berguna la info u, doc. faryn..
ReplyDeletei loikeee, ye la nk bincang direct wanita ni sgt pemalu orgnye..
bagus, truskan info n ilmu u as a doc. yep..
cop, u dh i kenakn, tag psl ur 1st pregnancy..
hihiih, jgn mare... :P
salam dr faryn ;)
ReplyDeletenk tanya..usia baby saya sekarang dh masuk 9 bulan dan saya masih breastfeeding..tp saya masih belum dtg haid sejak bersalin 9 bulan lepas..adakah ia normal kepada ibu2 yang breastfeeding? atau saya kena check detail kt hosptal?
hanies,
salam kenal Nurul Atiqah Mutaza.iQa,
ReplyDeletesaye dekat hospital besar melaka :)
drSinga,
kalau terlebih subur, meh sini aku BTL-kan ko. hehehhehe :P
hai leily,
alamak kena tag sudah. thanks. hehehe. nanti ada masa i buat ekk :)
hai anoneemus,
takde masalah sebab mase breastfeeding memang akan macam tu bila u breastfeeding. maknanya u punya breastfeeding berjaya la. dun worry kay :)
erm... terima kasih... baru singgah blog ni dan saya mengalami masalah yg sama jugak...
ReplyDeletehttp://rebellingmind.blogspot.com/