passer by since 1st feb 2010

Wednesday, June 9, 2010

lebih baik lah engkau diam.





"A friend is one who knows you and loves you just the same."
- Elbert Hubbard



assalamualaikum, hai semua :)



miss me? eheks. :)
aku busy lah babe sejak kebelakangan ni. itu yang rasa macam payah gila nak update belog on daily basis (walaupun hati meronta-ronta rindu nak jenguk belog). sementara cik puan mem besar tetapi kenit sedang beradu ni, aku pun menyempatkan lah diri ber-belogging :)



syg oncall hari ni. itu yang rasa macam boRRring je. tak sabar nya nak esok nak jumpa syg dan beronggeng. ehh tapi tak boleh beronggeng sebab syg ada locum pulak esok. haihs.



aku oncall gynae hari isnin hari tu. tapi alhamdulillah, uneventful lah. takde kes yang menakutkan dan mencemaskan. tapi letih jugak, sebab emergency department asyik-asyik call nak tanya opinion. berapa banyak kali entah call sebab nak tanya opinion. sampai nak kong dah bateri hTc aku. u rasa patient ni i patut admit gynae ke surgical ehh? u rasa kes ni patut admit ke? nak bagi antibiotik ape eh dekat patient ni? dan yada, yada, yada. nasib baik lah aku ni baik dan berhati mula (ewahh), kalau tak mesti aku dah membebel dekat dia orang tu. kalau lah aku boleh charge macam dekat private untuk setiap opinion tu, mesti aku dah kaya raya hari tu. HAHAHAmmpehh.



masa aku oncall gynae tu, aku ada satu patient ni. referred sebab suspected keguguran. she was at 11wks of gestation. memang bila aku scan, kantung baby ada, janin pun ada. tapi jantung dah takde. according to her, she had a scan done at 8wks, fetal heart was noted. maknanya, kali ni memang dah gugur la. kalau yang jenis macam ni, we call it MISSED miscarriage. maknanya kantung ada, janin ada, tapi jantung dah tak berdegup. kalau kau orang yang pernah pregnant, mesti tahu kalau dokter tunjuk jantung baby; yang berkelip-kelip tu. untuk patient ni, yang berkelip-kelip tu dah takde.



bila aku inform dekat patient, memang ketara sangat kekecewaan dan kehampaan dia. rupanya, sebelum ni pun dia dah pernah gugur. she was hoping that this time she could carry the pregnancy till term. patient nampak macam orang yang baik-baik, aku tahu dia redha but still she could not hide the dissappointment. serius, aku pun TER-rasa sama perasaan dia. who doesnt? but i am sure there's a silver lining behind all this.



bila aku fikir-fikir balik, dugaan-dugaan yang sebegini selalu terjadi kepada orang yang baik-baik. bby meninggal dalam perut. kahwin 15tahun tak dapat-dapat zuriat. pendarahan teruk semasa operation. dan pelbagai dugaan lagi lah. korang perasaan tak? mungkin sebab tu, mereka kata, bila kita di-duga, makna-nya ALLAH sayangkan kita. ALLAH menduga kita, untuk mengingatkan. supaya tidak alpa dan terus bersyukur, dan berdoa kepada-nya. dan ALLAH menduga kita sebab Dia tahu kita boleh menghadapinya. subhanALLAH.



aku harap patient dan suami kuat menghadapi dugaan yang kali ni. ada hikmah sebenarnya di sebalik keguguran ni. kadang-kadang janin itu mungkin tidak 'elok' sebab tu ALLAH 'ambil' dia, sebelum dia membesar dan menjadi satu kebebanan kepada ibu dia. siapa tahu? kita sebagai hamba-nya wajib redha dengan qada' dan qadar yang ditentukan-nya.



jadinya, aku nak ambil kesempatan ni untuk mengingatkan kawan-kawan sekelian alam dan juga diri sendiri supaya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat-nya.



aku selalu komplen kerja teruk. tapi at least aku ada kerja. syukur ALLAH nak bagi rezeki pekerjaan. ada orang kerja pun payah nak dapat, apatah nak merasa ada duit sendiri. ALHAMDULILLAH.



aku selalu komplen diri ini montel. tapi at least aku ada kesihatan yang baik. syukur ALLAH jauhkan dari penyakit-penyakit kronik. ada orang kurus pun sakit-sakit. ada orang montel lengkap dgn package penyakit. ALHAMDULILLAH.



aku selalu komplen syg suka ambil barang lepas tu tak letak dekat tempat asal dia balik. selalu bukak almari baju tak tutup balik. tapi at least, aku ada husband yang memahami dan menyokong aku (dan untuk aku bebel-kan). syukur ALLAH pertemukan jodoh aku. ada orang bukan main susah nak bertemu jodoh. jodoh tak berpanjangan dan seangkatan dengannya. ALHAMDULILLAH.




aku selalu komplen malas nak drive. tapi at least aku ada kereta sendiri. syukur ALLAH beri rezeki berkenderaan sendiri. ada orang berjalan kaki je kalau nak bergerak ke mana-mana. hujan panas main redah je. syukur ALHAMDULILLAH.



astaghfirullah al 'azim. kaki komplen rupanya aku.






syukur Alhamdulillah aku dikurniakan manusia besar dan manusia kecik ini.



aku nak berhenti merungut sekarang jugak.



Blogger Templates

12 comments:

  1. erm betul tu dr ;)
    bersyukur dgn apa yg kita ada..
    peringatan utk diri sendiri jg.hehe

    ReplyDelete
  2. ahhahahahah part merungut tang laki tu sama cam aku jeeek,ingat aku sorg je :Pp ahahha.aku lagilah siap kmplen napa laki jauhh bla bla padahal bertuah patotnya kan ade somi baik,caring,tak kedekut bla blaaa..ekekek.

    aku pon nak benti komplen skrg jugaaalah.

    ReplyDelete
  3. kes gugur sama mcm aku, tak de heart beat.. ada hikmah di sebaliknya, dapat aqil yg comel..hehe.

    yelah, entry ni menginsafkan aku. perlu sentiasa igt mengingati antara satu sama lain.. tq

    ReplyDelete
  4. mmm... aku pun slalu cam ni... merungut-rungut tak tentu pasal... huh... pastu pikir sendiri... apsal nak merungut - tak bersyukur ke...

    ReplyDelete
  5. :)
    suka entri ni.

    oh. same with me. suka merungut. thanks sedarkan kita.

    ReplyDelete
  6. ermmm btol3 insap aku...en.somiku pong slalu ngingatkn aku bile aku rungut2 psl ape2 jek lah....blajarla utk bersyukur.....alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. Hish...membuka minda betul lah entry nih. Terima kasih sebab mengingatkan. Hihi.

    ReplyDelete
  8. huh n3 kali nie alynn menginsafi diri..alynn pun slalu sgt mengomel..

    ReplyDelete
  9. hehe... manusia kecik n manusia besau
    (**,)
    sweet entry

    ReplyDelete
  10. Lagi satu, Aina macam berminat je kat makanan dalam pinggan papa. Haha. Shian manusia kecil tak dapat makan.

    ReplyDelete
  11. hehehe....btul..btul...btul....

    salam perkenalan dr. faryn.
    nak invite dr. & all friends join my "get to know u" giveaway...

    jemput singgah yer..just klik my name.
    tq.

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...