passer by since 1st feb 2010

Saturday, December 25, 2010

pengumuman : cik puan nur 'aina hana sudah berumur setahun lebih sikit :)



"There are those who give with joy, and that joy is their reward."
- Khalil Gibran




assalamualaikum, hai semua :)



sebelum aku memulakan aktiviti seharian hari ni, tiba-tiba terdetik nak menjengah ke belog yang sudah sedikit berkusam ni. haihs, berhabukk! hehhe. perasaan nak ber-belogging tu macam takde lah membuak-buak sangat, tapi disebabkan kita dah hampir-hampir ke penghujung tahun 2010, rasa macam tak best pulak kalau takde entri pengakhiran yang syiok-syiok kan?



so here i am.



errr, hai semua, ingat saya lagi? KUI,kui,kui.



okey lah, saya tahu saya telah dilenyapkan dari ingatan (ada hati nak merajuk). tapi kamu, kamu masih ingat sama ini budak?











hehhe. ini budak a.k.a cik puan nur 'aina hana sudah semakin lincah yer. semakin galak bermain. dah pandai merajuk pulak tu. aduh, letih nak memujuk si cerdik ni :) untuk mereka-mereka yang tidak tahu, cik puan dah genap setahun masa 20hb yang lepas. nak letak gambar banyak-banyak tapi (sorry sgt) aku sedikit malas nak tunggu proses upload meng-upload tu. and trust me, i dont have that luxury of time now. i have another thing to settle. huhu. tapi, tapi, TAPI, jangan merajuk kawan-kawan sekelian. korang boleh usha dekat facebook saya. hah, apa guna ada akaun fb kan?? ;)



to be honest, it's not that i dont want to update regularly, tapi kehidupan memang semakin busy lately. saye ada commitment lain. and i am TOTALLY into it. so, kawan-kawan doakan untuk saye plis! and when i get through it, ill be happy to share the news with you guys. wahhh, kenapa tiba-tiba dokter faryn asyik nak bantai speaking?? HAHHA. tapi perasan tak, selalunya kalau bab-bab hati/perasaan/keluhan, it is much better versed in english. u get me?



i know u get it. SEE WHAT I MEAN. :)



oncall pun semakin meletihkan sejak dua menjak ni. mungkin sebab aku dah semakin tua kut. kalau pada zaman kegemilangan dahulu kala, setakat buat lima csect in a row tu, cincai je weh. opps, cincai in a sense of takde lah sampai rasa nak pengsan kepenatan. ini, sekarang, baru buat satu csect, dah rasa lenguh-lenguh badan semua. haihs. itu belum campur nak kena buat ward rounds dan sebagainya. nak tarik vacuum lagi. kalau nak buat vacuum kena pulak dekat ibu-ibu yang tidak pandai meneran langsung, lagi lah. masya ALLAH. cramp tangan terus.



okeh, cukup mengomel.



hari ni syg oncall. minggu ni kami berselang seli oncall. so peratusan nak bermanja-manja memang merundum habis. faham-faham lah kan. huhu. cik puan mem besar memang dah selamat di-courier-kan ke kluang awal-awal lagi sebab dah tahu yang kitorg memang akan sangat letih/hectic minggu ni. nanti cik puan terasa disisihkan pulak. biarlah cik puan menagih kasih pada yang sudi, iaitu atuk dengan nenek kluang. hehhe.



tapi ya ALLAH, rindunya pada si cerdik tu! boring pulak rasa bila takde seorang budak setinggi paras tinggi sikit dari lutut aku duk berjalan laju semata-mata sebab nak keep up mengikut mama dia pergi ke sana/sini (termasuk lah ke jamban). haihs. RINDUUUU...











sila fokus kepada kasut baru cik puan mem besar yer. tu lah birthday pressie dari ayah dengan mama untuk cik puan :) dulu-dulu masa orang lain duk beli kasut nike/adidas/reebok untuk anak kecik dorang, aku sibuk-sibuk cakap membazir what-so-ever. tapi sekarang, AKU PUN TAK BOLEH TAHAN perasaan (dan nafsu) nak belikan nike untuk cik puan. sangat comel lah bila tengok dia terkedek-kedek dgn kasut tu. terus terasa diri sangat hipokrit. HAHAHA. tapi nasib lah kan, duit gua beb, gua boleh buat apa saja. ewahhh :Pp



okey kawan-kawan sekelian alam. nanti saya update lagik (entah bila, hopefully soon). aku nak memulakan aktiviti untuk hari ni dengan jaya-nya.



wish me luck! muahs*



(harap-harap gambar yang tak seberapa tu dapat mengubati rindu korang dekat cik puan. :D)





8 comments:

  1. Salam Dr Faryn..
    watchaaaa,ada jugak updatenyer..
    Hilang sikit rindu kat celoteh mama aina..
    anyway, baby aina makin comel n gebu.. nt dah ada masa, selalu2 update k..tak lupe la kat dr..
    Bila melibatkan luahan ht, kompem suya prefer english.SETUJU!

    ReplyDelete
  2. salam dr faryn,
    tu la rasa lamer benor jugak tak baca omelan dr nie.. hehehe.. tp sy sangat suka baca cara penulisan Dr.. friendly gituw.. ;D

    Happy belated birthday buat Aina aka cik puna mem besor tu yeh!.. cantik kasut barunye tu..

    Sian.. apa kata mintak sikit energy dr cik puan mem besor tu.. ehehhehe.. kalau la boleh di share kan ye dr? ;D

    ReplyDelete
  3. fuh...lamanya nak tunggu update.. :) wah aina dah besha dah..wah..tak sabar nak dengar perkhabaran gembira tu..apa lah agaknya ye...

    ReplyDelete
  4. salam faryn,

    haa.. muncul juga.. igtkan dah retired tadi. hehe.. hei bday aina dah setahu dah, kejap je masa ni. patutla mama aina rasa letih2. ehehe

    ReplyDelete
  5. hepi belated besday aina...hehehehe jarang2 update kan dr. ummm xpe.

    suke tgk bdk2 br berjalan tuh, kedek2 bontot dia uu gerammm

    ReplyDelete
  6. hepi besday aina..! be good girl ok..hehe

    da besar da kan..cepat kan faryn,budak2 ni mbesar.rasa cam smlam duk nanges kuar preut.hehehe

    ReplyDelete
  7. Salam n happy belated besday to cute little Faryynn JR...hehehehehe
    Emm sumenya menunggu update u la Farynn, rindu nak baca.. ;D

    ReplyDelete
  8. alahai.. rindunyer nk tgk aina.. dh besar dahhhh.. hihihii comelnye gigi sebatang kat bwh tu.. cabut kang!

    * upss dulu mase xde anak pon aku slalu ckp org mbazir beli brg mahal2 kat anak.. dah ade anak, ade je alasan aku bile org kate camtu kat aku.. hihii..

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...