passer by since 1st feb 2010

Wednesday, January 5, 2011

the longest 3 minutes in my life!





"Every moment is an experience."
- Jake Roberts




assalamualaikum, hai semua :)



awalnya dokter faryn dah ber-belogging hari ni? selalu nya batang hidung pun tak nampak ek? mana taknya, buah hati pengarang jantung dokter faryn, cik puan mem besar nur 'aina hana admitted semalam sebab febrile fit.



apa itu febrile fit? mari aku cerita.



febrile fit tu sebenarnya medical term untuk sawan semasa demam. alah, rasanya kawan-kawan sekelian yang sudah beranak pinak mesti ada yang pernah ada experience anak yang kena febrile fit. febrile fit ni sangat common untuk bebudak btwn umur 6months to 6years old. dan febrile fit ni benign. maksudnya tak merbahaya, dia akan abort spontaneously. dan duration dia tak lama. around 5minutes macam tu. kalau lama sangat, dah kena rule out masalah lain. dan dia akan involve jerky movements of all limbs. maknanya kalau focal involvement (contoh sebelah tangan je ke, sebelah kaki je ke)only, itu dah masalah lain. kalau ada family history yang pernah dapat febrile fit, ada 30% anak ada chances untuk dapat febrile fit jugak.



okey, that's the theory part of it. nampak macam simple je kan. but when you're experiencing it yourself, especially when it happens to your own child, it becomes a different scenario altogether.



itu lah yang terjadi kepada puan dokter faryn ni. huhu.



memang cik puan dah tak berapa sihat dan demam since dua hari lepas. aku macam biasalah, bagi ubat, tepid sponging semua. mula-mula aku ingat cik puan demam sebab nak tumbuh gigi lagi sebab symptom dia sama je macam masa 4batang gigi dia tumbuh serentak dulu tu. cik puan pun makan ok, main pun lasak je macam biasa. tak padan dengan badan yang dedar tu. tapi semalam, demam ia macam makin panas. sampai almost 40degree tu. aku dah risau dah. takde pulak nampak other source of infection, except for gusi dia nampak bengkak. itu je. but then, she was not as active as before. dan dia manja terlebih sangat-sangat. sampai nak tidur pun kena beriba je.



aku dah bagi ubat bont*t sebelum nak tidurkan dia. tengah nyanyi-nyanyi dah lelapkan dia, tiba-tiba cik puan developed generalised tonic clonic movement (sawan). MASYA ALLAH! MASYA ALLAH! aku terus panggil syg.



and guess what?



after all the advise we'd given parents not to panic when something like this happen, WE PANIC! we! of all the people, PANIC!



syg memang lagi super panic daripada aku la. sampai mengalir-ngalir airmata selawatkan cik puan. YA ALLAH, bila dah jadi dekat anak sendiri, memang lain sungguh rasanya. tapi aku still boleh bertindak waras lagi la. aku ingatkan diri jangan panik. aku ngiringkan cik puan. letak dia dekat permukaan flat. aku tengok jam. aku time berapa lama dia sawan. and i waited.



satu minit,



dua minit,



tiga minit,



ehh bila nak berhenti ni???? terus panik balik. syg memang dah terus grab kunci kereta dah ready nak bawak pergi hospital. *by right you have to wait for the seizure to abort first, lepas tu baru bawak pergi hospital. unless kalau lama sgt sampai >10minutes*. tapi kitorg memang dah risau sangat apasal lama pulak cik puan sawan (padahal baru 3minit) tak berhenti-berhenti.



terus lari-lari bersiap ala kadar, naik kereta. dalam kereta baru cik puan berhenti sawan. ASTAGHFIRULLAH al'azim. ALLAH je lah yang tahu betapa reda nya hati ni. aku terus straight menangis peluk cik puan. syukur, syukur.



lepas sawan, cik puan drowsy je keletihan (post-ictal drowsiness). biasalah tu. dalam 5minit lepas tu baru dia betul-betul sedar. tapi aku tengok tangan dia dua-dua still macam stiff lagi. dan cik puan menangis non-stop lepas tu. finally, kami decide nak bawak dia ke hospital.



macam kelakar bila fikir, sebab patutnya febrile fit ni boleh rawat dekat rumah je. memang kita akan advise suruh bawak ke hospital, tapi bukan ke cik puan ni ber-mak bapak-kan dokter? sebab dekat hospital pun akan observe je. tapi entah, rasa risau mengatasi segalanya. biarlah, dokter faryn ni menjadi poyo sebab cik puan. kawan-kawan sekelian mesti faham kan :*)











sempat eh ber-posing. kesian sangat cik puan masa ni. lembik je. lepas tu manja nya YA ALLAH. bak kata my mum@nenek kluang, tak pernah dengar cik puan menangis kuat sampai macam tu. sampai dorg igt cik puan sawan sampai terjatuh patah tgn whatsoever. ish. nauzubillah.



semalaman aku dekat sini. alhamdulillah, she is getting better. demam dah surut sikit. last tadi check dah afebrile (tak demam) dah. hopefully dah boleh balik hari ni.



mana lah pulak datuk dr ng ni tak muncul-muncul? huhu. ohh lupa nak bagitahu, datuk dr ng ni dulu pernah ajar aku masa dekat paeds posting masa medical students. hehhhe. dan yang lagi nak buat cerita, dokter yang in-charge wad kecemasan semalam pulak ialah member se-medic school dengan aku & syg. what a lovely coincidence kan. hehehhe.



anyway, hari ni,








dan sekarang,









cik puan mem besar dah selamat beradu kembali :)



kawan-kawan sekelian doakan cik puan nur aina cepat sembuh dan kekal sihat untuk jangkamasa yang panjang ye :)



(dokter faryn dengan dokter apize EL hari ni)





17 comments:

  1. faryn, takutnyeeeeee. kalo i yg bukan doctor ni & this thing happened to my daughter, sure i jadik lg panic.

    kalau terjadik febrile fit/sawan tu yg mcm mengigil ke camne eh? takot salah tgk, ingat benda lain, sbnrnye benda lain..pls advise..

    btw, i ade standby ubat montot tu kt umah jugak. risaulah kalo jadik benda2 mcm ni. hopefully not..

    ReplyDelete
  2. doktor pun nerveous kn? apatah lg yg bkn doktor... member sy baru2 ni 2x anak kena sawan... sbb panas sgt... risau sgt... ada ke x cara nk elakkan dpd terkena sawan ni ek? melalui pembacaan sy, kalau dh kena sekali ada kemungkinan akn kena lg kn?

    ReplyDelete
  3. moga aina cepat sembuh yaa,,,aina sayang..amin

    ReplyDelete
  4. hai...saya silent reader blog Dr Farynn..suka baca blog nih sbb ada cete pasal aina, lebih kurang sebaya dengan my daughter..

    saya pun rasa nak nangis baca entri nih ((poyo ke?)...yelah alangkan demam ckit2 pun da rasa sedih tgk ank, inikan pulak kena sawan..sian aina..

    anyway, syukur aina da sihat dan semoga terus sihat dan cerdik mcm mama dia:)

    ReplyDelete
  5. owh.. terkejut..even tak berapa clear ng medical term tu.. takde pula pengalaman sendiri.. tp rasanya suya boleh bayang panicnya macamana.. kesian baby aina.. Hope she getting well n her mum/dad will be happy and energetic back.. Happy blogging Dr Faryn

    ReplyDelete
  6. huhuhu faryn.. benda ni memang ada kemungkinan besar boleh terjadi kat semua baby ke.. aduih risau pulak dengar..ermmm

    anyway..

    semoga aina akan sembuh ye

    ReplyDelete
  7. alahaaaaaaaaaaaaaaai ngeri seh aku dengar!

    luckily korg pantas & tuntas menyelamatkan nyawa seme org selama ni.alhmadulillah :)

    takpe farynn, pada aku biar admit kat spital.at least ade paed yg monitor kann..kalo kita kat umah kalut laa bagai.kalo aku lagi super panik dah tuuu..

    get well soon aina sayang.demam tanda nak bijak tuu :)

    ** baju aina sama ngan qies, bole pakai boria..geng bas sekola katakan :P

    ReplyDelete
  8. mama Azra pun rasa nak nangis baca entry aina demam plak...shian aina...get well soon yer hunn. take care.

    ReplyDelete
  9. alahaiiiii..aina demam ek..siannye..hope dh sembuh mcm biasa k..klu kena kat aku anak sawan depan mate tu tak taulah mcm mane..lagi2 klu time sensorang kat umah kan..mesti panik abehhh..huhu

    ReplyDelete
  10. adesss..aku baca pun berdebar.ye la wpun korang doc,bila tang anak sendiri,mmg leh nanges la..aku faham benor rasa tu.kalu aku,tatau apa tindakan aku.

    alhamdulillah aina da kembali pulih.bulan lepas aleesya demam gak 40deg..aku mmg da nanges risau,bila termometer tjk tinggi tu.nasib baik gak,tak sawan..pas bwk gi klinik,reda slow2.

    btw,byk plak term kedoktoran ko.hehe.aku pun naik pusing baca.hehe.

    aina,moga cepat sembuh k?

    ReplyDelete
  11. Salam.. Both of you pun panic..ape tah lagi kalau jadi kat parents yang bukan doc. kan.. :P

    Memangla kalau baby lain skit, for sure rasa risau kan..

    ReplyDelete
  12. get well soon ya..anak i pun tgh demam skrg. as a parents mesti kita risau

    ReplyDelete
  13. cepat sembuh yer aina cutie pie...

    kalau aq lah lagi super duper panik..

    ReplyDelete
  14. berdebar baca.. aku kan pernah alami ni. tapi aqil kena aku rasa tak samapi seminit kot, tak tgk jam plak time tu. aku faham perasaan korang.. huhu. mmg sedih sgt. hope aina cepat baik ye.. mmg panik, anak sendiri kan.. so lepas ni, kalau aku la, aqil demam mesti gelabah gile, jaga betul2 time dia demam tu ..

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...