passer by since 1st feb 2010

Sunday, January 2, 2011

sampai koyak rabak dikerjakannya.




"Always do your best. What you plant now, you will harvest later."
- Og Mandino



assalamualaikum, hai semua :)



dugaan nya bila terpaksa ber-oncall pada 2/1/2011 ni. sampai merajuk-rajuk syg aku sebab aku oncall hari ni. yelah mana tak nya, terpaksa meng-drive-kan diri balik ke melaka jugak tengah-tengah malam tadi sebab aku oncall hari ni. hampehs.



kenapa lah dalam banyak-banyak hari, dato' najib boleh pulak nak bagi cuti hari jumaat hari tu. bagi lah minggu depan ke :P daripada cuti straight tiga hari, aku cuti dua hari je. huhu. tapi takpe, kerana-mu Malaysia, hamba turutkan. ewahh :)



tapi serius tak tipu, syg memang merajuk the other day. nak buat macam mana kan. dah nasib badan terpaksa oncall. takkan lah aku nak melarikan diri pulak. tiba-tiba bila orang/staff cari, ohhh sorrry, dokter farhana tak dapat dikesan pulak. tak ke boleh mendatangkan marah tu. haihs.



anyway, congrats to pasukan Harimau Malaya yang telah mengharum-kan nama malaysia. gua memang respek lah sama lu bro! memang berkobar-kobar gila beb masa tengok tu. automatik semangat patriotik membuak-buak melimpah ruah dalam diri. ewahhh. heheh.



hari ni so far oncall boleh lah dikatakan tenang. aku jaga cds hari ni. ada dua patient placenta praevia (uri bawah) tengah parking dekat cds untuk pemerhatian. dorang ni, time dokter faryn oncall, time tu lah nak bleeding pelbagai. macam janji-janji pulak dah eh. hehe. dua-dua baru je 35weeks. hopefully dah takkan ada bleeding episodes and boleh teruskan kandungan hingga term. kalau continuously bleed, alamat nya 'potong' lah apa lagi. mintak dijauhkan. ameen.



tadi jugak ada satu patient bleeding kaw-kaw lepas beranak dekat kamar bersalin. bila aku check, ada koyak besar dekat pintu rahim (cervical tear). masya ALLAH darah memancut-mancut. nasib baik dapat identify koyak dekat mana. patient pun dah pucat lesi dah. dengan nadi yang sudah super-laju. merisaukan betul. memang nasib baik jugak, ada sorang specialist hensem kebetulan tengah berlalu lalang dekat situ, dia pun tolong tengokkan sekali. dah alang-alang tu, dia pun tolong jahitkan sekali. finally bleeding stopped. alhamdulillah. kalau tak, jenuh jugak tu. dan rupa-rupa nya baby dia 4.3kilo. empat point tiga kilo beb! mak aihhhh, memang patut pun lah koyak rabak macam tu. huish semangat.



tapi empat point tiga kilo?!!
erk, ngilu urat-saraf aku dengar tadi. hehehhe.



so kawan-kawan sekelian alam, sila lah doakan oncall dokter faryn akan tenang sepanjang malam hingga ke esok hari ye. esok dokter faryn dah mula in-charge ward balik. jaga gynae oncology tu beb. adeih. kenapa adeih? sebab gynae onco maknanya kena jaga segala kes-kes kanser. what a depressing life im going to face for the next 3 months. haihs.



takpe, takpe. niatkan kerja sebagai satu ibadah ye kawan-kawan.





motivasi untuk meneruskan perjuangan;

cik puan mem besar nur 'aina hana, the other day.



muahs :)



(hutang cemolot masih belum berbayar lagi. argh, masa begitu mencemburui saya. harap maaf ye. huhu)







5 comments:

  1. wow... beratnya bayi tuh...

    ReplyDelete
  2. betul tu doc, kerja halal itu satu ibadah..

    btw, aina sgt comel..tambah2 lagi buat muka mcm tu..hehe

    ReplyDelete
  3. huuu..paling ngeri bile memikirkan isu2 bleeding after bersalin nih..tu sebab utama ibu leh meninggal kan..hope 2nd delivery aku nanti smoothlah..dh seram sejuk gak ni klu memikirkan saat2 nak bertarung nyawa tuh..

    nway, muka aina dh besar nih nmpak dh lain sket..maybe sbb rmbut die dh pjg kot..dulu nmpak rmbut die cam lurus..now mcm dh ikal sket ek..=D

    ReplyDelete
  4. uihh..seram lak aku.hehe.aku da 26 minggu ni.doa je harap2 tak PP,c-sect,bleeding bagai.
    doakan aku ye..

    cian en.hubby.takpe.nti le masakkan spesel2 tuk die bg ilang rajuk tu =p

    ReplyDelete
  5. aina makin kurus ke skrg doc? ap pown still cute dgn rambut yg dah byk~! peluk cium ntok aina =o)

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...