passer by since 1st feb 2010

Saturday, February 5, 2011

bidadari dan bidadara syurga.




"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."
-Mutiara Kata




assalamualaikum, hai semua :)



tiba-tiba semangat hendak ber-belogging meluap-luap tanpa dapat dibendung lagi. dokter faryn ni kalau tengah bersemangat memang tidak terkawal la. over nya bukan main lagi. hehehe.



saya tengah buat aktiviti lain sebenarnya. tapi tetap nak curi-curi masa ber-belogging. masa itu emas, saya tahu. especially for me yang memang sudah ketandusan masa for like, everything, but still semangat belogging tetap ada :) lagipun ini kan salah satu cara untuk saya hilangkan stress, and belog-walking always make me happy ;)



saya ada terbaca satu belog ni. belog yang mana tu, biarlah rahsia. sebab orang itu pun tidak tahu saya baca belog dia. saya pun accidentally je ter-bump into this belog. bukan nya saya ni stalker ke apa okey :)sila take note di situ.



anyway, orang itu baru sahaja mengalami keguguran. miscarriage dalam bahasa omputih-nya. and she was devastated. and i am truly sorry for her. saya faham perasaan dia. not that i have experienced a miscarriage before, but i know because i see patients who miscarry on daily basis. dan saya tahu sebab bila kita impi-kan sesuatu, dan sesuatu itu hilang dari genggaman, it will be really-really hard to accept. saya rasa mesti ada yang pernah rasa perasaan tu kan?



alhamdulillah semasa mengandung-kan cik puan mem besar nur aina, saya tidak mengalami sebarang komplikasi. syukir-syukur yang teramat semuanya berjalan lancar. saya tak tipu, masa kandungan saya masih kecik, setelah buat UPT (urine pregnancy test) dan positif, saya masih sangsi nak war-war kan ke sekelian alam yang saya pregnant.



sebab saya takut. takut kandungan itu tak berkekalan. sebab saya tahu, every women have a chance of 20, even upto 30% to miscarry. susah kan jadik dokter? selalu paranoid tak tentu pasal. haihs.



kepada kawan-kawan sekelian alam yang pernah/baru mengalami keguguran, jangan risau/panik. if it was the first time, there is nothing wrong with you. sebab dalam seratus perempuan yang mengandung, 20 hingga ke 30 orang akan mengalami keguguran.



tetapi, kalau keguguran yang berulang. itu sudah lain cerita. kalau sudah sampai tiga kali berturut-turut mengalami keguguran, you are definitely need to do some medical check-ups. itu sudah tidak normal, there must be something wrong somewhere. but having said that, kadang-kadang kita memang tak jumpa sebab nya kenapa. hanya ALLAH yang tahu jawapannya. wallahualam.



whatever it is, kita hanya merancang kan? ALLAH yang menentukan segalanya. kalau kita menangis air mata darah sekali pun, kalau dah ALLAH dah kata tak jadi, tak jadi jugak. maka kita, hamba-Nya yang lemah, harus redha dengan ketentuan-Nya.



pernah ada seorang patient. umur dah 34tahun, berkahwin sudah hampir sepuluh tahun. pernah mengandung tiga kali. tapi ketiga-tiga kandungan gugur semasa usia kandungan baru 21weeks. ironi kan? semua ujian sudah dibuat. semua nya negative. kali ni dia pregnant lagi. kami diagnose dia dengan rahim tak kuat (cervical incompetence) dan kami ikat pintu pintu rahim dia (cervical cerclage) seawal kandungan dia 14weeks untuk membantu supaya kandungan dapat diteruskan sehingga term.



tapi malangnya, dia mengalami keguguran lagi. Subhanallah.



siapa lah kita nak melawan takdir-Nya kan...



ada satu lagi patient lain pulak. umur 25tahun. dia ni pesakit kencing manis kronik yang sampai mata dah rosak (diabetic retinopathy) dan fungsi buah pinggang pun dah terganggu (diabetic nephropathy). sudah ada anak seorang. diabetis patient ni memang masya ALLAH memang tak terkawal. dokter memang dah nasihatkan jangan pregnant dulu, sebab pregnancy state akan worsen masalah buah pinggang dia. tapi dia ter-mengandung jugak. pakar perubatan (physician) dan pakar O&G cadangkan termination (dibolehkan dalam islam untuk selamatkan nyawa ibu), tapi patient tak nak...



ok. takpe.



satu hari, patient tu dtg dekat klinik untuk check-up. saya yang attend dia. kandungan baru dalam 14weeks macam tu. selalu saya tak scan, sebab patient baru je di-scan minggu sebelum-nya. tapi entah kenapa, tiba-tiba terdetik hati nak scan patient tu.



tengok-tengok. jantung baby sudah tak berdenyut...



patient menangis. saya pun hampir-hampir nak menangis sama. dan saya takkan lupa ayat specialist saya kepada patient tu.



"awak jangan sedih. ni ALLAH dah pilih-kan jalan yang terbaik untuk awak. awak tak sampai hati nak gugur-kan dia, ALLAH dah tarik nyawa baby ni untuk awak. nanti dia jadi bidadari/bidadara syurga tunggu awak dekat sana..."



aduh, menusuk terus ke sanubari. saya doakan yang terbaik untuk semua patient-patient saya, ameen. kuat-kan lah hati-hati mereka dan kuat-kan lah hati saya juga untuk membantu mereka mengharunginya.



semoga kita semua akan terus menjadi orang-orang yang kuat dan sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH selalu.



dan, bersyukur la dengan segala yang kita ada.




orang kuat mama :)



insya ALLAH.



(cuti-cuti malaysia saya sudah hampir tamat.huhu)



5 comments:

  1. farynn..terharunye aku baca entry kau ni.klu la aku ni seorg dokter, aku rasa aku x sekuat kau ble terpaksa bgtau patient baby die da xde denyutan jantung lg.huhuhu..

    ReplyDelete
  2. terharu nye ngan entry ni ble baca pe yg specialist ko cakapkan tu...cam sedey plak...semoga patient tu tabah hadapi dugaan ni....nak nagis gak ni....hehe...emo kan???ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  3. zura,
    aku ni takdelah sekuat mana. luar je nampak kuat, dalam lembik. tapi insya ALLAH boleh diteruskan lagi.. :)

    ReplyDelete
  4. i love this post most! sangat2 memujuk hati yang bersedih. a reminder that ramai lg kat luar sana yang their condition is even worst.

    no wonder dokter bersemangat untuk berbelog. dpt ilham sgt best dari DIA. =)

    ReplyDelete
  5. afni rasa tau blog mana yg di maksud kan.sedih gak bila baca kisah die yg kerap gugur.

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...