"The truth is more important than the facts."
- Frank Lloyd Wright
assalamualaikum, hai semua :)
nak update secara ekspress sementara cik puan mem besar nur 'aina hana tengah lena diulit intan. dokter faryn ni memang terer kalau bab-bab mengambil kesempatan dan mecuri masa ni, in a good way lah of course. life as a doctor ni mana lah ada masa yang boleh di-huhahuha kan sangat. dont get me wrong ok :)
untuk makluman kawan-kawan sekelian alam, head of department of O&G department hospital melaka dah bertukar ye. so kehidupan kami di O&G sudah tidak lagi se-havoc dan se-happening dulu. maksud aku, dah tak boleh nak bersukaria secara berleluasa sangat. sebab big boss lain sudah mari. alah, actually, bukan orang lain pun. ex-consultant dekat sini jugak. masa aku houseman, dia ada. bila aku dah jadik MO, dia dah naik pangkat and transfer ke hospital lain. and now, he is back.
oh dia ini sungguh terkenal dengan ke-obsess-an dia dan ke-fussy-an dia. again, in a good way but then sometimes it is a bit suffocating for us. errr, boleh eh dokter faryn ni mengumpat boss dekat sini? ada pulak yang kena ni. so lebih baik lah aku diam. hehehhe. but deep down inside, aku sayang dekat boss aku ni ;)
aku post call ni sebenarnya. dan disebabkan ada boss baru, kitorang oncall dengan penuh ketakutan wehh semalam. tak pernah-pernah semua MO yang oncall bertafakur lepak dekat labour room membanting tulang memberanakkan orang. selalu nya, yang oncall gynae dengan CDS akan nampak batang hidung dekat labour room bila MO yang in-charge terpaksa buat csect. yelah, sebab boss ni strict sikit. dan DIA TAHU SEGALA SEMUA BENDA YANG BERLAKU. so, in case kalau ada apa-apa jadik, lebih baik lah engkau pergi mengaku dulu dekat dia, sebelum dia datang carik and "belasah" kau. ha, seram kan? dah lah dia ni memang suka buat spot check, tiba-tiba muka dia muncul. kadang-kadang belum nampak muka, dah dengan suara dia yang super-lantang tu dari kejauhan. mana lah dokter faryn ni tak kecut nak oncall. itu yang kitorang semua jadik extra rajin/paranoid nak memberanak-kan almost semua orang sebab taknak ada masalah kalau staff/Houseman beranakkan. bijak tak? hehehhe. bijak, memang bijak, tapi memang letih nak mamp*s lah.
wehh, letih tau sebenarnya aktiviti memberanak-kan orang ni. memang memerlukan pakej yang lengkap. kena pandai bagi arahan nak suruh patient teran, kena ada ilmu bila nak berceramah agama bila patient dah putus asa, kena ada suara yang nyaring dan meyakinkan bila nak encourage patient. kena mantap dari segi fizikal jugak, supaya bila kena tendang dengan patient takde lah sampai kena masuk ICU sebab cedera parah. cehh, sungguh sarkastik dokter faryn ni ek. hehhe. dan yang paling paling penting, kena banyak bersabar. dugaan sungguh proses bersalin ni, bukan setakat kepada yang nak bersalin, tukang nak bersalinkan tu pun tau. so memang akan end up with mental and physical exhaustion. tak percaya? boleh cuba sendiri :) takpun cuba jerit-jerit secara bersemangat selama 15 minit non stop. aku rasa tak sampai lima minit pun dah ada yang pancit. hehhe.
:P
itu yang dulu masa aku pregnant, bila nak buat vacuum assisted delivery, dengan aku-aku sekali dapat contraction pain. mana tak nya, sebab kena encourage patient semua tu. tapi tetap bertabah sebab nak deliverkan baby orang lain. nak buat macam mana. takkan lah nak cakap dengan patient, "ok puan tunggu sekejap eh, buat lah apa yang patut. saye nak rehat jap. saye tengah sakit contraction". sungguh lah tidak logik kan. tapi kengkadang risau gak masa tu. silap-silap bukan baby patient yang keluar, baby dokter yang nak menyambutnya pulak yang keluar. hehehehe.
anyway, kepada kawan-kawan sekelian alam yang nak saye deliverkan baby tu. jangan lah malu-malu. kalau saye berada di persekitaran, insya ALLAH saye cuba sebaik-nya. tapi saye ni bukan lah pakar ke consultant ke, kerja dalam bidang sakit puan pun baru nak mencecah 3tahun. so i know my limitations. yang saye boleh janji, i will do what i have to do. dan insya ALLAH no problem ok. :)
syg i oncall hari ni. so aku dengan cik puan berduaan je. ohh, aku ingat nak pindahkan cik puan ke nursery. nursery ni within hospital compound. staff dia pun majoriti ex-hospital staff. rasanya dah tiba masa untuk cik puan ke nursery. umur pun dah setahun lebih. macam dah mula-mula nak mengajuk belajar bercakap, dan dah pandai nak berkawan. aku ingat, kalau aku pindahkan dia ke nursery, mesti lagi seronok life cik puan. lagi pun kawan-kawan aku pun ramai yang hantar anak ke nursery yang sama. nursery ni pun ada ajar nyanyi-nyanyi senaman semua. it'll be good for cik puan. ma dengan ayah pun setuju bila aku mengutarakan pendapat aku ni (wahh, ayat sungguh skema).
korang rasa?
aku ingat nak mula pindah kan cik puan starting this April. tapi masalahnya sekarang, aku macam pening kepala nak fikir apa lah pulak alasan nak bagi dekat babysitter yang sekarang ni. yelah, risau jugak aku takut dia kecik hati ke kan. kang dia buat konklusi sendiri pulak. haihs. pening.
nanti lah aku fikirkan apa alasan nak bagi. aku ada lagi lebih kurang dua belas hari lagi untuk memerah otak untuk keluarkan satu alasan yang bernas. cehh, macam nak pergi jawab exam je lah pulak. hahaha. kawan-kawan sekelian alam, tolong lah jugak ek.
ini cik puan yang tengah fikir masalah dunia. hehhe.
orait, see ya!
(btw, nama baby member aku yang aku deliverkan tu ; Nur Safiya Husna. sweet kan ;))
hehe..
ReplyDeletesy tak pernah jemu baca celoteh dr faryn ni.. sempoi gitu.. bestlah senang citer.. cuma kekadang sy leave comment.. kekadang sy baca jekk.. tetiba jd silent readers.. :D
apa la yg cik puan mem besor tu dok pk tu kan? hehe..
ala, ko cakap je ko nk hntr nursery kat tmpt kerja, lagi dekat dgn tmpt kerja ko, sng nak tgk :-)
ReplyDeleteohooo mau amat klo dokter faryn yg sambot time aku banak nnti,,..apekan daye....kalo la ko dokter kat hsa jb..kan ke baguss...
ReplyDelete=)
terhibur hati ni baca celoteh doktor..rasa nak preggie sekarang pastu suh doktor faryn tolong beranakkan.. :P
ReplyDeletep/s rambut aina tu curly eh doktor faryn?
yezza..terupdate lagi.. suka. hehehe cik puan comel pun ada. sweet
ReplyDeleteOwh..mse masuk wad nk bersalin aritu ada gak tgok2 kot ternampak akak..tp xnampak lak.maybe akak ct kot time tu ;)
ReplyDeletehehe.faham bebenor pekerjaan ko sbb aku adalah patient yang takut nak beranak dan kena seluk tapi tak sngka bleh plak aku normal dgn jayanya.keke.
ReplyDeletea'ah..btul la ckp ko..part ceramah agama tu best sket.hehe..sure rasa nak tazkirah pjg2 kalu patient tak nak bagi kerjasama terjerit2 sakit.hehe
bagus gak faryn anto aina..le die bersosial n enjoy dgn aktiviti ramai2.ko bagi je alasan kat BS tu,nak bagi aina start blaja ramai2.nanti tak takut gi tadika.ok tak idea aku?hehe
dr faryn...ini out of topic...nak tanya SIDS mmg takder apa symptom ker?adik saya baru sahaja kehilangan baby berusia 2bln 3 hari,dikatakan tersedak susu di nursery.tapi poluis klasifikasi bg kematian mengejut kerana kami tak sampai hati utk buat post mortem..beberapa jam sebelum kejadian,beliau hanya minum susu botol 1/2 aunz..berita sedih ini ada dikeluarkan dlm kosmo dan mingguan malaysia ahad 20.3.2011 lalu...kalo dr faryn ada masa,bolehlah berikan sedikit penjelasan utk redakan perasaan gelisah ni...
ReplyDeletehi dr faryn..selamat menyambut baby..dah rasa tarik baby besar by csec?seksa gak tu..hhihi.
ReplyDeletebtw..bos lelaki bukan ke selalunya sporting?we always opt for male boss kalau pengarah bg chance utk pilih.
previous entry.....kelakarlah tapi mmg menguji kesabaran tahap maksima bila dapat kes mcm ni...akak pernah kena tp taklah seganas pt faryn tu.
assalamualaikum doktor..
ReplyDeletesaya junior doktor..medical student je :P
wlaupun entri ni panjang, sol baca sampai abes..besh bace
lgpun mmg suka O&G..tambah2 nak jadi cheerleader kat labor room tue..
teran kak...teran...
menguji keimanan gak bile ade patient tetiba give up, sabar je la..