passer by since 1st feb 2010

Tuesday, May 17, 2011

1 year and 5months. seriously?





"Others have seen what is and asked why. I have seen what could be and asked why not."
- Pablo Picasso



assalamualaikum, hai semua :)



dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, semoga dipermudahkan aktiviti mem-belogging pada hari ini. hehhehhe. hello kawan-kawan sekelian alam, remember me? ;) sori lah, dokter faryn busy bukan main sejak dua tiga menjak ni. tengok, ayat pun dah ala-ala skema nak mamp*s. tu lah padahnya kerja keras yang sangat melampau. sampai tak terkejar masa nak membelog-kan diri. huhu.


ok. sebenarnya kerja takda lah sesibuk mana. tapi sejak boss dah bertukar "kaler" ni, bertambah-tambah sengsara dunia pekerjaan-ku ini. dan stress-nya masya ALLAH, tidak dapat digambarkan dengan perkataan. ecehh. drama swasta pulak dokter faryn ni ek. ehhh, bukan ke pada satu ketika zaman dahulu kala aku pernah berjanji tak nak merungut, merengek, merintih lagi. iskh.


astaghfirullah. ku tarrriiikkkkk balik semua ayat di atas yer. sila delete dari pembacaan anda-anda semua ok.


lama nya lah kan tak ber-belogging. dan dah lamanya lah kan tak share dengan korang kisah suka duka kehidupan dan semestinya pasal cik puan mem besar nur aina hana yang semakin cerdik dan cantik. ehh, cik puan sekarang sudah perasan cantikk tau. pantang bila kita suruh dia tengok cermin. mesti dia cakap,


"anntikkkk...anntikkk..."


lepas tu siap nak pergi tengok cermin yang dekat guest room yang boleh nampak full body length tu. sambil tu, cik puan akan buat mimik muka yang sangatlah meng-angau-kan mama dengan ayah. ewahh, ewahhh. hehheh. anak mama yang sorang ni sudah besar tauu.


cik puan sekarang tengah dalam stage nak mengajuk orang cakap. well, banyak jugak perkataan yang cik puan dah boleh ajuk. dalam version pelat dia lah tapi.


cik puan dah boleh sebut,


mama,
ayah,
nenek,
atuk,
beg,






bye-bye,
cshucu (susu),
nak,
nanakkk (tak nak),
mokk (nyamuk),
jom,
owoh (ALLAH),
jam,
bam (tidur),
bol (ball),
anntikk (cantik),
abiss (habis),
dah,
ci (kucing),






atuh (jatuh),






otor (kotor),


err... tu je kut. setakat ni, tu je lah yang aku boleh recall. takpe, kalau ada lagi, nanti aku update eh. lepas tu, cik puan sekarang dah boleh ikut simple instruction. seronok bila tengok dia boleh follow orders. terasa macam ada bibik pembantu cilik dekat rumah. task yang paling cik puan suka is,


tolong mama masukkan baju dalam bakul, dengan tolong tutup kan pintu bilik. hehehhe. cepat pulak rasanya cik puan ni membesar. jangan lah cepat sangat syg, nanti mama tak terkejar. huhu.


haa, cik puan pun dah boleh identify anggota badan dia. dah boleh tunjuk rambut, mata, hidung, telinga, gigi, mulut, tangan, kaki, dan perut dengan perfect. seronok tau bila dia berjaya tunjuk dengan tepat. terus terasa macam tengok anak dapat lima A dalam UPSR. ala-ala macam tu lah perasaan nya. HAHAH.


meh layan cik puan dancing-dancing.





siap letak kejap belon tu semata-mata nak buat chicken dance. hehhe. so cute anak mama :)


punya lah lama tak ber-belogging, sampai rambut cik puan dah boleh buat tocang dua tau. nanti lah upload gambar dia berambut tocang yang proper-proper sikit ok. gambar yang ada ni semuanya gegar bukan main. huhu.


till then, ciao.
muahs*


(cik puan sekarang nak masuk setahun lima bulan. how fast the time flies. :D)







10 comments:

  1. dah bersar cik puan sorang ni yer...
    siap dancing2 tuh..chumel jek.. :)

    ReplyDelete
  2. mmg cpt sgt masa berlalu..dulu mase ko mula berblogging aina kecik molek lagi..skang dh besar n dh pndai macam2 pon..hehehehee

    ReplyDelete
  3. halahaaaaaaaai pandai dah aina bercakap.qies type berat molut cket tapi kaki tgn laju gilee pulak,ehehe.

    ReplyDelete
  4. hehe.masa blaja,mmg tinggi harapan kan bila da keje nanti.samalah aku..

    tapi ko lagi berjaya dari aku la..wpun stress2..hehe

    keep up good work k?

    wahh..aina pun da makin besar..dan bijak.
    tp smpi skang blum jumpa2 aina la..waaaa..jauhnya melaka....

    ReplyDelete
  5. Akhirnya dokter muncul semula setelah lama bertapa ye. Lama tol ko ilang ye faryn. Aku pun dah nak due dah ni. Aina pun dah makin bijak skang ye. Mesti becok je mulut dia berckp kan. Dan semakin comel dah dia.geraammm

    ReplyDelete
  6. em itula kan cepat je rs..aqil pun dah masuk setahun 5bulan..

    ReplyDelete
  7. kejap je dah membesar kan budak2 ni.. tgu aina ckp mama nak adik.. hehe

    ReplyDelete
  8. si cantik manis nie membesar dgn jayanya,,alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. dr pi mana, bila nak update blog..rindulahh

    ReplyDelete
  10. sis..lamanya tak update.. rindu ng cik puan dan mama Dr nya punya celoteh

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...