passer by since 1st feb 2010

Monday, July 18, 2011

wahai lelaki-lelaki sekelian alam!






"The greatest healing therapy is friendship and love."
- Hubert H. Humphrey


assalamualaikum, hai semua :)

wo, wo. dokter faryn tengah berkobar-kobar nak meng-update ni. sila bagi laluan. hehehhe. bukan apa, tiba-tiba teringat kisah masa aku oncall the other day. rasa kelakar sampai sekarang pun rasa nak tergelak bila teringat. hehehhe.


hari tu aku oncall labour room, seperti biasa labour room aku memang aku full house lah. tapi itu bukan kesah nya. nak dijadikan cerita, ada lah satu patient ni in labour. dia mengandung anak pertama. kebetulan aku ada dekat situ, so aku review lah patient ni. bila aku VE dia, tengok-tengok dia dah dalam 7cm macam tu. so aku pun cakap lah dengan patient.


"adik, awak ni jalan dah bukak dalam 7cm dah ni. tak lama je lagi kay. insya ALLAH akan bersalin kejap-kejap lagi ni. nak kita panggilkan suami teman awak tak?"


aku memang selalu offer dekat patient, kut-kut nak suami teman masa nak bersalin tu. kebanyakkan nya memang akan nak lah kitorg panggilkan suami teman. adik ni pulak sambil menggeliat-geliat menahan kesakitan tu, dia jawab;


"saya taktau la dokter suami saya ni nak teman ke tak..."


aku pun tanpa syak wasangka terus je lah cakap dekat adik ni...ingat kan suami dia takde kat luar ke, atau pun tak dpt di-contact ke...


"takpe, nanti saye suruh staff nurse panggilkan husband awak ok. biar dia teman, bantu awak kasi semangat kat awak nak bersalin nanti ok."


dipendekkan cerita, sang suami pun datang. kebetulan lagi, aku ada dekat dalam bilik bersalin adik ni. muka macho, tapi tiba-tiba aku tengok suami muka dah pucat lesi. siap telan-telan air liur lagi macam nak termuntah. aku tanye la kat suami dia,


"encik? encik ok ke??"

"dokter... saya tak boleh lah dokter... saye tak boleh teman dia..."


wife dia belum nak meneran lagi... masih berbaring secara normal dekat atas katil bilik bersalin tu. tapi muka sang suami nye ni, masya ALLAH! dah macam orang nak pengsan. aku masa tu, taktau nak tergelak ke, nak kesian ke, nak apa.. yang lagi tak tahan tu, sebab suami dia dah siap macam tak sabar-sabar nak melarikan diri dari labour room. hhehhehe.


wife dia cakap takpelah tak perlu teman... then suami dia cakap,


"ayaangg, sori la ayanggg. ayangg kan tahu anje ni lemah semangat... anje mana boleh tengok darah-darah ni.... anje kan lemah semangattt... sori eh ayanggg"


masa ni aku memang terpakse meng-excuse kan diri aku, dan terus gelak gila-gila dekat luar. hahahahhahahhahha. of course lah, dokter faryn masih ber-etika tinggi untuk tidak gelak di depan patient kan? hehehe. tapi serius, KELAKAR GILA WEHHH!!!


bawak mengucap aku lepas tu. hehhe.


aduuuuhhaii.


tapi alhamdulillah, patient ni sangat lah pandai meneran. memang SUPERB!!! even tanpa kehadiran sang suami menemani di sisi, dia memang terer gila meneran. memang respect habis lah. baby lahir takde masalah. sempat jugak aku jumpa laki dia lepas tu, muka dah berubah macho habis. almaklumlah, the "scary" part was over. HAHAHAHHA.
(sori lah encik, saye serius tak tahan. kelakar gila!)


so moral of the story is, agak-agaknya penting kah kehadiran suami di sisi anda sewaktu saat nak melahirkan?


entah. maybe yes, maybe no.


tapi pada aku, suami tu penting. sbb sakit bersalin tu, masya ALLAH sakit lah yang teramat sangat. masa tu lah kita akan rasa fragile se-fragile-fragile nya. dan masa tu lah kita memerlukan orang yang paling dekat dengan kita untuk bagi kita kekuatan untuk mengharungi saat yang paling "scary" tu...


and the most important thing is, kalau apa-apa jadik dekat aku, aku nak syg berada sebelah aku.. yelah who knows kan?


tapi truthfully speaking, jarang sebenarnya jumpa suami yang takut nak meneman ni. selalu nya dorang redah-kan aje. semata-mata untuk isteri tersayang. teman dulu, muntah kemudian. haha. itu yang aku macam kelakar sikit dengan mamat tu. anyway, isteri dan baby selamat. tu yang lebih penting kan? :)


ok lah, sebagai penutup, meh layan gambar-gambar masa majlis merisik my sis,dokter atiqah dan kekasih gelap-nya dokter najib.



kui,kui.









puas?

:)


last but not least,



family photo :)

Ohh btw, syg saye tiada dalam gambar sebab beliau terpaksa oncall pada hari yang berkenaan. sadis tak. huhu.

ORAIT, ciao!


(doakan kisah chenta adik saye dipermudahkan dan diberkati ALLAH selalu ya. insya ALLAH)


9 comments:

  1. hahahh!

    mmg lawak kisah mamat tu..tapi tulaa aku maca kau mesti nak hubby temankan..aku takott! aritu masa qies sesaat dia tak berganjak, seb baik kena operate dia taleh masuk je.kalau takk mmmmmmmmmmg aku nak dia tgk!

    waah adik ko dah nak tunang yeee?
    tahniah kat diaa.bebetul family dokter ni.

    ReplyDelete
  2. haha ok kelaka laa mamat tu dr faryn ;D

    lame tak nampak cik puan 'aina tuh. selamat bekerje ye sis!

    ReplyDelete
  3. penting tuh husbnd ada wktu bersalin..klu aku, bukan stakat wktu bersalin jek tp wkt contraction tu pon die patut teman spy dpt sama2 kongsi rasa sakit tuh...sbb tu yg 2nd aku terpaksa choose bersalin swasta sbb nk die ada dpd awalan hingga akhiran..ngada2 tak.hehehe

    apepon, mmg kelakar la husben patient tuh..klu aku jadik bini die silap2 merajuk dh sbb laki tk mau teman wkt meneran..=p

    ReplyDelete
  4. haha.. kelakar tul mamat tu. tapi tak pela, nak paksa pun tak blh kan. isterinya pun redha kan. alhmdlh hasben aku kuat smgt, temankan aku time tu.. menitis air mata tgk pjuangan isterinya.. :-) anyway, tahniah utk atiqah.. berseri2 muka bakal pengantin..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, en suami lnda setia meneman masa suma anak2 lahir..walaupun time lnda meneran tu, air mata dia pun keluar bertalu2 ..(mungkin rasa sedih, tgk lnda meneran kot).hehehe..

    tiutnyerr aina..rambut kerinting..suka...iloike...

    ReplyDelete
  6. keke.klakar la.
    btul gak,dlm penakut lelaki,biasanya akan teman gak.
    cam husband kepada kakak kawan aku,tak silapla..die mmg penakut.2-3 kali bini die push,die da pengsan kat situ.haha.at least la kan,teman gak.

    tapi its ok lah..si isteri tu sgt kuat orangnya kan.aku tidaklah....aku mesti mau arq temankan kalu takder aral..hehe

    ReplyDelete
  7. hope my hubby xmcm ni la kan nnt ek...nasibla bini dia okey je dn memahami hsuband dia...

    ReplyDelete
  8. wahhh..tiqah dah nak kawin. congrat to her! nnti kirim salam kt die ye faryn. :)

    ReplyDelete
  9. tahniah dkt Dr Atikah n Dr Najib..-:) hope semuanya akan dipermudahkan n diberkati...amin....
    Alhamdulillah...<3

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...