passer by since 1st feb 2010

Monday, January 16, 2012

letih lah bila kena buat operation tanpa sebab. takut tau.

"Take the first step in faith. You don't have to see the whole staircase, just take the first step."
- Martin Luther King, Jr



assalamualaikum, hai semua :)



kosong nya terasa rumah ni. cik puan curly fries sedang bergumbira di kluang. syg pulak tengah berjimba main badminton dengan geng-geng Jasin dia. bila aku tanya, nak aku follow ke. syg kata ikut aku. tapi lepas tu tanya balik, betul ke nak ikut. dua jam main katanya. plus, yang pergi semua nya lelaki. betul nak ikut?


err, terus jadi tak nak.


yelah, kang aku melanguk je dekat situ, boring pulak. cehh, dulu masa bercinta tak pernah boring pulak ek. pergi mana-mana mesti nak ikut. kalau boleh sampai ke toilet pun nak follow. ha, itu memang sah minah over lah kan. TERlampau lak dokter faryn. HAHAHA. tapi lumrah lah kan tu kan untuk semua merpati sejoli kan? :)


okey, okey. anyway, aku in-charge Maternity OT tadi. means, buat segala csect and delivered some babies. datang-datang je masuk dewan bedah, took a long look at the white board which displayed all the patients' names and diagnosis, aku dah super frust. apa ni beb, SEMUANYA MATERNAL REQUEST!


maternal request means, patient yang request nak csect. sorang tu sebab dah lama sangat tak beranak normal. the rest were semua yang ada previous csect scar, and DO NOT WANT TO TRY NORMAL VAGINAL DELIVERY.


how frustating is that?


bukan aku ni si dokter faryn si pemalas nak buat csect untuk dorang, tapi aku ni memang frust bila patient yang mintak-mintak nak csect tanpa sebab yang kukuh. kalau korang kat tempat aku, mesti korang faham. contoh, macam 2nd case tadi, disebabkan luka operation dia yang lama, operation yang tadi memang aku lemah semangat nak buat. MELEKAT-LEKAT TERUKKKKKK GILAAAA! ya ALLAH, aku memang dah sampai ber-istighfar panjang masa aku buat csect untuk patient yang mengada mintak csect ni. serius aku tak tipu. teruk gila! tapi nasib dia baik, entah macam mana somehow aku boleh leraikan melekat-lekat tu. so tak payah huru-hara nak panggil specialist tolong. lega jugak aku. tapi memang sorry lah to that patient, aku memang ada lah jugak ter-ala-ala sound dia secara berhemah. errr, tapi sekarang dah menyesal. tapi after operation aku ada lah slow talk dengan patient tu. dia faham aku stress buat csect dia. and she totally understood why. and she even thanked me. so kira 0-0 lah ek. hehehehheh :D



tapi mana nya tak stress. dah lah kau yang mintak-mintak nak csect then bila dah jadi apa-apa complication, aku yang struggle. stress tau. dan scary. sangat scary. buatnya aku ter-injured pundi kencing dia? usus besar dia? tak ke mampuihhh gua. Nauzubillah ya ALLAH.



sebab tu lah wahai kawan-kawan sekelian, dengarlah nasihat dokter faryn. jangan lah ingat csect tu sebagai jalan yang mudah untuk bersalin. apatah lagi untuk yang dah pernah bersalin normal. jangan mintak-mintak wehhh nak csect. jangan mintak tanpa sebab. and that includes, requesting for csect just because you can not tolerate the labour pain. Masya ALLAH, bukan ke sakit bersalin tu penghapus dosa? pada aku, sangat-sangat lah tak relevan kalau mintak csect sebab sakit. tak rugi cuba untuk normal delivery, tak rugi berkorban, berjuang untuk yang tersayang sehingga ke titisan terakhir. berjuang untuk melahirkan baby kita sehingga keluar hujung jari kaki comel dia. bukan ke moment tu lebih indah? korang tak rasa ke?



i will never ever forget that feeling. ever. SubhanALLAH.



semangat lah wahai kawan-kawan, semua ibu-ibu sekelian alam. kena fikir boleh, baru ALLAH bantu. ni kalau belum apa-apa, dah asyik meraung-raung nak operation, memang lah tak boleh. baby pun takut nak keluar bila dah ibu dia sendiri tak nak dia keluar. kalau mindset kita dah aim untuk normal, insya ALLAH dipermudahkan. percaya lah. unless kalau dah darurat tu, jangan lah beriya benar pulak nak normal. semua depends on the situation ok. aku ada jugak jumpa patient yang pelik-pelik ni. yang kita advise csect taknak csect. yang takde sebab nak csect, sampai ber-gaduh-gaduh lah nak cepat operate. haihs. mengucap panjang aku.



aku selalu rasa sebak bila nak csectkan patient yang semangat gila nak normal. entah, tapi aku memang macam tu. emosi semacam. rasa macam beraattt je. ralat semacam. feels like im not doing enough. yelah, bila operation ni, kau macam taktau nasib kau. entah selamat ke entah tidak keluar dari dewan bedah tu. especially for those who had it done under general anesthesia. maknanya, bius penuh. sebelum mula operation, kau ditidurkan, habis operation, dibangunkan balik. tau-tau je dah siap operation. itu kalau kau bangun. kalau tak? isk.



but having said that, ajal maut di tangan tuhan kan. tapi aku still takut. still berdebar. everytime nak buat csect memang tak henti-henti baca ayat Kursy mintak dipermudahkan untuk aku. untuk patient. tengah type cerita ni pun aku dah berdebar. fuhhh. konpius aku macam mana patient boleh dengan selamba nya mintak csect. emmmm.



uiks, panjang pulak dokter faryn membebel. entah macam mana boleh terbuat sesi meluahkan perasaan pulak ni. HAHAHHA. terima kasih kerana layan-kan ekk. kepada sesiapa yang sudi nak layan bebelan dokter faryn pasal csect ni, boleh rujuk balik kat page INI dan jugak INI. ber-das-das dokter faryn membebel. HAHA.



sebenarnya aku bukak belog nak share ni,





tadaa! all ready, and cuma tunggu nak post. maybe lusa/tulat sebab esok aku oncall. sila bersabar ye kawan-kawan. ehh, kawan-kawan yang terlibat sahaja ye. yang listed di SINI. kang ada pulak yang ingat semua kawan-kawan sekelian dapat "kisses" from dokter faryn. err bankcrupt lah saya :P



okey, nak berbaring-baringan menikmati saat-saat sebelum oncall esok. entah apa lah cik puan curly fries tengah buat eh. rindu nyaaa :(










my cik puan curly fries yang sudah pandai berlakon. whoa rindu! nak pergi beli curly fries lah jap.





11 comments:

  1. wuuuuuuu akulah yang berjuang hingga titisan darah terakhir tu :)

    siap cakap kat gynae aku, aku tanak c-sect aku takut.gynae pulak kata, tak bole dah lama sgt awak try nak normal, nanti baby lemas.sobss.terus pasrah kena bius penuh! nasib baik pjg umo.

    entry ko sgt menginsapkan ok! betul2 sapa rasa bole normal, tryla.mmg nikmat sakit beranak tu.siyes aku tak bole lupa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ALLAH. ko bayangkan lah perasaan aku untuk yang mintak-mintak tu. huhu. banyak orang kat luar sana yang berdoa mintak normal pun kdg-kdg takde rezeki normal. ni, yang boleh normal mintak csect pulak. haihs.

      Delete
  2. erm.. my big brother pun selalu bebel sebab org mintak nk csect.. Sekarang macam boleh faham the reason dia selalu nasihatkan kami try for normal delivery~

    ReplyDelete
  3. Dr,
    sy pernah dioffer utk csect tp disbbkn baca pglmn org,sy sgt tkt.mmg x pnh mimpi utk csect,takut.mujur boleh normal wpun battle masa ank sulung adalah 17jam.subhanallah :'(:'(

    ReplyDelete
  4. linda dulu doc advisekan csect, sbb kuatir baby terlalu besar takut risiko bahu patah ke apa ntah..tp ntah knp, mcm yakin yg dirinih mampu meneran dgn baik...dan alhamdulillah, walaupun azab gak xtau nak ckp, tp diriku berjaya...thanks Allah.. keluarlan Ilham Zafran yg seberat 4.35kg..huhuhu

    ReplyDelete
  5. yelor ingat senang ke kena c-sect.macam org lumpuh tak bole bangun, org lain dah main ngan bby aku tgk qies hari ke 2 tu sbb tak bole bangun.sadis.kalau bole normal baik g normal, sakit tu biasala kan.sakit nikmat namanya sbb dapat baby :)

    ReplyDelete
  6. salam Dr faryn..

    Saya first baby kena c-sect, sbb pp type 3, kena warded 3 weeks...hopefully, next baby boleh normal..sekrg, anak dah 2 thn 2 bln, jd, tgh berusaha utk dapatkan adik dia pulak..

    ReplyDelete
  7. finally.....rindu nak dgr doc faryn membebel pasal patient kat labour room....best!!hehehehe.....

    ReplyDelete
  8. lebih baik bersalin normal kot..sb takut kena belah2 ni n susah nak jaga pantang nanti. Thanks doc atas nasihat itu :)

    ReplyDelete
  9. Assalam..
    Salam perkenalan Dr.. seronok jumpa blog Dr ni..x sangka pulak kawan saya Faizal tu ur causin... anak saya baru sorang, dah 5 tahun..sy czer..coz induce 3 kali..bukaan stuck 6cm jerk..so Dr decide czer..pasrah jer la saya..sblm sy baca blog Dr ni sy selalu set dlm mind sy for next baby nak czer coz takut nak deliver normal..but now...saya berazam untuk bersalin normal..InsyaAllah 2013 plan nak mengandung semula...nanti Dr tny Faizal n Maziah..kenal Sakiinah x..hehehe... thanks la ceramah panjang ttg czer ni..ngeri lak dgr....
    so...berazam untuk normal

    ReplyDelete
  10. baru taw ada blog Dr. Faryn y super ohsem best..y boleh explain the whole thing about gynea..sy dl berharap dari awal mengandung smpai nk bersalin dpt bersalin normal..spjg pregnant byk jln n turun naik tga..tp bukan rezeki sy utk bersalin normal..i've a PP III while pregnant..hnya Allah je y taw bla xdpt bersalin normal..sebulan kene stay kt hspital sb takut bleeding (spjg pregnant alhamdulillah xpernah bleeding but doc advice since dekat dgn due)..spjg sebln kt hospital hari2, setiap ms berdoa pada Allah spy uri tue duduk kt tmpt asal..sian my baby ms tue..bergaduh ngn uri berebut jalan..haish..hahaha..due sy 15.6.2014..tarikh app ot 3.6.2014..tp da start contraction pd mlm time mgrib 26.5.2014..delivered baby 27.5.2014..bla ari nk csect sgt la frust sb tidak ditakdirkan utk bersalin normal..tp bla da start kene tukar bj ot plus da kene baring kt tilam beroda tuh igt balik..pasti ada hikmahnya..alhamdulillah sepjg berpantang urusan dipermudahkan..baby x byk meragam..org ramai tnya, "biasa lps operate sakit??..ko xsakit ke??"..alhamudillah bkn nk riak atau ape..tp sy x rasa semua tue + da buat preparation dari segi mental..skg baby da 1 thn 1/2..bercadang nk tmbh baby lg..mudah2n ada rezeki sy dan diberi rezeki bersalin normal pula..

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...