Being entirely honest with oneself is a good exercise
- Sigmund Freud
assalamualaikum, hai semua :)
sebenarnya dalam pukul 915pm tadi aku baru je balik daripada jasin. yelah, dah tiba-tiba syg yang tengah oncall tu mengidam pulak nak makan briyani kambing. tersengguk-sengguk lah dokter faryn ni ha meredah lautan bara berdesup ke jasin buat delivery briyani kambing untuk syg. dah berkaca-kaca mata syg tengok wife datang dengan briyani. kui,kui. bangga tak korang ada member yang isteri mithali macam aku ni? hehehehhe. tapi of course lah, aku beli je dari kedai. errr, nampak nya belum cukup mithali lah pulak sampai nak masak briyani kambing tadi. HAHA. *peace*
dipendekkan cerita, cik puan curly fries lah yang teman mama. dah dia pulak tersengguk-sengguk menahan mata sampai tertidur sambil duduk dalam kereta masa on the way nak balik. cute sangat tau cik puan bila dia menahan mata konon tak nak tidur. haahahahha.
dah lama tak gosip pasal Obs & Gynae kan?
sebenarnya aku teringatkan biras aku yang sorang lagi yang still tengah menghitung hari nak deliver. now she's at 37weeks. hari tu adalah kitorang ber-gosip pasal bila nak induce (kasi gesa bersalin).
yang boleh terjebak dalam topik tu ialah bila dia kata dokter dia kata nak induce dia at 38weeks. sebab dia bagitau dekat dokter tu yang dia dah tak larat. so start dari situ lah ceramah gosip-gosipan bermula.
one thing that i notice is, kalau dekat government hospital, induction of labour (proses gesa bersalin, IOL) is mainly the doctor's decision. patient cuma perlu beri consent whether want to proceed with it or not after being informed all the risks, the pros and the cons. and selalunya, kita induce memang sebab kena induce. means, nak mengelakkan risiko fetal mortality/morbidity (kematian bayi) ataupun nak mengelakkan komplikasi pada ibu kalau baby still in utero.
contoh macam ibu yang ada kencing manis, hypertension, pecah air ketuban lebih dari 12jam, ibu yang pernah mengalami kematian anak di dalam kandungan yang sudah matang (intrauterine Demise at term), tu semua memang kita akan advise untuk induce. cuma timing bila nak di-inducekan tu yang akan di-decide oleh dokter selepas buat semua pemeriksaan dengan scan baby. dan dekat government, kita macam flexible sikit. kita akan balance-kan the benefits and the risks. and at times, in certain cases, we do give options to patient. contoh macam seorang ibu yang pernah ada anak meninggal dalam kandungan masa 38wks mengandung, tapi pangkal rahim still tak memberangsangkan (unfavorable cervix), kita bagi dia pilihan, nak induce ke sebab takut kes lama berulang, atau you want to wait sebab risk of failed induction which may lead to cser is there because of your unfavorable cervix. of course yang nak tunggu tu, kita akan admit dia ke wad untuk fetal monitoring sampai lah dia deliver dengan selamatnya.
ha, dapat?
lain pulak dengan private, aku perasan dokter private dia akan suruh patient yang decide. okay, awak tak larat, kita induce je lah. tapi of course lah kan, sebab kita bayar dia. hehehehe. so the decision is ours. tak larat, induce. tak confident nak bersalin normal, cser. tak nak rasa sakit bersalin, ok jom kita operate sekarang jugak. but having said all these, bukan semua private macam tu ye kawan-kawan. memang ada private yang sangat pro-cser. tapi ada jugak yang pro-normal delivery. tapi aku faham lah, private ni kalau boleh dorang tak nak deal dengan komplikasi yang mengarut-ngarut. sebab tu dorang tak berani tunggu. dengan kos semua lagi.
baby berak dalam perut sikit (light meconeum stained liquor) terus cser.
nampak so called "tali pusat keliling leher baby" yang incidental finding bila scan, terus cser.
patient belum sakit bersalin yang bukaan pangkal rahimnya tak memberangsangkan, terus cser.
patient request cser, wooo lagi lah berdesup kut cser. tak menyempat.
hehehehhe.
walhal, tak semestinya baby dah berak kita terus cser. ada yang masih ada harapan untuk try normal kalau jantung baby masih ok. masih boleh tunggu lepas assessment.
yang cser pasal tali pusat jerut/keliling leher bagai tu, memang sampai sekarang aku confuse. BERLAMBAK je baby yang aku deliver normal ada tali pusat keliling leher.
dan orang belum sakit bersalin of course lah pangkal rahim tak "masak" lagi. gi kacau-kacau buat apa. huhuh.
sebab tu pada aku, kita sebagai patient, ibu-ibu yang nak bersalin ni, kena bijak. kena buat research. kena rajin google. kena rajin bertanya. kena ulangkaji ye kawan-kawan. tak salah kita nak bersalin dekat private. jangan kata dokter faryn kondem private pulak. kalau dokter faryn kaya raya, semua baby pun aku nak deliver dekat prince court medical centre babe. :D tapi bila kita bersedia, baru lah kita tidak terpedaya. sebab kita ada knowledge.
haa, semangat tak? semangat tak? hehhehhe.
sebab, induction process tu bukan boleh buat suka-suka sayangs. it is not without risk. mesti ada sebab kenapa kita nak induce. kadang-kadang jantung baby boleh distress, tu yang tak pasal-pasal kena emergency cser. so kalau baby ok, takde masalah, ibu pun ok takde masalah, jangan tergesa-gesa. tunggu, tunggguuu, dan tunggggguuuuuuu dan banyakkan bersabar. kan boleh kumpul bertimbun pahala jugak sepanjang baby still dalam perut kita :)
yang paling penting, MESTI ada sebab, dan MESTI tahu kenapa kita nak di-induce ok.
jangan cakap dokter faryn tak pesan pulak :P
*If you're looking for Premium Beautiful corset & interested to learn about the business opportunity with Premium Beautiful, Do contact me and book your appointments today! 012-7002164*
aku dua2 anak pon kena induce sbb darah tinggi..yg first kat gomen 2nd kat private..rase yg ketiga pon mmg harapan tinggi induce gak kot sbb dokter kata kompem darah tinggi aku berulang..betul ke dokter faryn..=p
ReplyDeletenway, aritukan cousin aku ada survey2 pasal prosedur clevage..alkisahnye last year die ade preknen kembar, tp both meninggal sbb 'keluar' awal gara2 rahim cousin aku tak kuat..mmg baby tu tup2 nk kuar jek..yg 2nd baby dah tahan n observe kat wad pon still tk dpt selamatkan.. then afetr baby meninggal dokter ada pesan mintak die peknen semula after 2 years..tp dah rezeki gamaknye, lom setahun dah peknen balik..so tu die tgh risaulah tu takut jadi benda yg sama kat baby baru ni..kot2 ko free bebila stori mori plak pasal prosedur clevage tu yek..(ehh..betul ke ejaan aku ni..aku main taram jek..=p)
lily,
ReplyDeleteaku rasa yang ko maksudkan tu is "cervical cerclage" kut. hehehhe.
in sya ALLAH ada masa aku stori-mori ;)
Hahaha..kantoi main taram tulis..malu ngan puan dokter..:-P
Deletethanks dear.. good info..
ReplyDeletereally miss ur O&G story..byk i dpt blaja..
artikel nya sangat bagus banget nie gan ,,,,,
ReplyDeletesalam doc.. tq sbb tulis article ni. sy mmg tgh google reason kena induce sbb kalau boleh elak mmg nak bsalin normal. sy byk baca pengalaman org bsalin kene induce kat hosp swasta. katanya doc check ada contraction, tp bukaan belum ada, terus nk induce.. sy kalau kena macam tu memang tak puas hati..itu yg dok menggoogle ni. thnks doc for the info!
ReplyDelete