Faith has to do with things that are not seen and hope with things that are not at hand.
assalamualaikum, hai semua :)
cepat-cepat curi masa nak gossip sementara cik puan muda azalea tengah beradu. muka bukan main lalok-lalok lagi masa menyusu tadi. suci gile kan muka baby ni kalau tido kan. tapi bila tengah meng-ek,ek,ek tu bawak bersabar je lah. dan ber-istighfar. hehheeee :)
okey, atas permintaan ramai (ecehh!) mari kita sambung cerita. ;)
ni nak bagitau cerita duka lara saat-saat awal menjadi ibu pantang.
kan, aku bersalin dekat hospital melaka yang tercinta kan. kalau ikutkan memang aku nak balik petang on the same day aku beranak tu je. yelah, nama pun hospital tempat kerja sendiri kan. so kalau setakat nak tunggu result darah aku and darah anak, and nak tunggu baby dah berak kencing, and monitor diri sendiri dah kencing tu apalah sangat kan. dekat rumah pun boleh. calling-calling aje dong. umah pun sekangkang kera jek dari hospital. ewahh, berlagak dokter faryn macam hospital mak bapak sendiri pulak ek. hahahahha. tapi tup-tup, pakar aku tak kasi aku balik pulak. suruh tunggu cukup 24jam, sebab aku pernah ada history PPH masa lepas bersalin cik puan curly fries dulu. yelah, aku kan vacuum assisted delivery masa tu.
*PPH : Post partum hemorrhage; pendarahan dari rahim yang berlebihan lepas bersalin.
boleh flashback balik cerita mem-beranakkan cik puan curly fries dekat SINI. :')
so dipendekkan cerita,
aku balik rumah after day 1 of delivery. almaklum lah kan, kata pun bersalin normal. so aku memang rasa sihat, kuat dan bertenaga lah. dan kitorang berangkat balik ke kluang pada malam yang sama jugak.
okey, first of all nak bagitau lepas adik aku, masa adik aku, cik Tika nak kawen, parents aku memang dah sediakan 3 bilik dekat atas. khas untuk anak-anak yang dah kahwin katanya. bukan apa, untuk privacy. so bilik aku (kalau kitorg balik) OF COURSE lah dekat atas kan. sebab dah kahwin. nampak tak kesinambungan nya tu. dan walaupun aku ni si ibu pantang, aku gatal jugak nak duduk dekat bilik aku tu. bilik-ku, syurga-ku lah sangat kan. tak terfikir lah pulak nak duduk dekat guest room dekat bawah tu je. nampak tu, kesengalan yang pertama.
aku kan kononnya sangat kuat dan sihat walaupun baru bersalin ni, duk melenjan lah turun naik, turun naik tangga tu. bila nak melepak, and nak makan kena lah turun kan. tak terfikir pulak aku nak jadik tuan puteri intan payung untuk breakfast, lunch and dinner on bed. nampak tu, kesengalan yang kedua.
dan yang paling tahap sengal tak ingat ialah;
AKU DUKUNG CIK PUAN CURLY FRIES PADA HARI KETIGA LEPAS BERSALIN!
boleh tak?! masa aku dukung tu aku takde lah terfikir pape. yang aku tau, niat di hati ku yang sungguh suci dan murni ni ialah nak memujuk hati cik puan curly fries yang tengah berduka lara. almaklumlah, si kakak tengah sensitif. kejap-kejap majuk, kejap-kejap cakap mama tak sayang. kejap-kejap nak berebut bantal dengan adik. mana lah mama nya tak sensitif sama. salah ke? huuuuuuuu :'(
memang salah! sebab malam tu jugak aku mula rasa sakit-sakit dekat lower abdomen. dan esoknya terus sakit tu radiating to bilateral upper thighs. dan lusa-nya terus TAK BOLEH NAK BERJALAN sebab sakit yang teramat sangat bila nak bergerak.
subhanALLAH. masa ni dah menyesal sangat-sangat. macam kena tarik nikmat nak bergerak bebas. sakitnya YA ALLAH. menangis-nangis aku masa terpaksa jugak berjalan sebab nak check up and buat scan dekat klinik ma. gila kau. satu, nangis sebab sakit. dua, nangis sebab menyesal yang teramat sangat. hari yang sama jugak, kitorang migrate ke bilik bawah.
dekat tiga minggu lebih aku tak boleh berjalan without support and pain. tak boleh mengiring. nasib baik ada bibik. bibik memang tolong aku HARI-HARI. nak pergi toilet kena papah, nak naik katil, kena ada orang tolong angkatkan kaki, nak makan kena ada orang tolong bawakkan. hari-hari makan painkillers.
serius, aku rasa macam orang kena stroke. kau bayangkan at one point, aku sampai kena duduk atas kerusi yang ada roda pastu bibik tolong tolak. helpless sangat! depressed! for few days aku nangis je bila nak tidur malam. by second week, bila sakit macam takde perubahan, aku dah start fikir bukan-bukan. kalau forever aku macam ni macam mana. kalau tetiba aku lumpuh macam mana. nauzubillah. ya ALLAH seriau.
mengikut kajian aku, sakit aku tu nama dia PELVIC GIRDLE PAIN. nak tau lebih, klik dekat link tu okey. itu lah consequences yang aku kena tanggung disebabkan tindakan bijak aku. huhu. memang tak pasal-pasal syg pun dah terer pasal PGP ni. dan ubatnya, memang adequate rest and analgesia. dan sabar. sabar dan sabar.
alhamdulillah, lepas tiga minggu exactly masa aku tulis last entry, aku dah boleh berjalan sendiri. still sakit sikit-sikit tapi yang penting boleh jalan sendiri. and by now, alhamdulillah, dah sembuh. insya ALLAH. aku memang extra careful this time sebab tak nak pisang berbuah dua kali. aku akan lebih menjaga diri dan berhati-hati. syukur nye Ya ALLAH. betapa nikmatnya dapat berjalan. masya ALLAH.
kesimpulannya, sayangkan anak tangan-tangan kan. ehh tetiba? hahahha. takpe lah, korang faham kan. hehe.
anyways, thanks kepada yang mendoakan walaupun taktau hujung pangkal. aku segan sebenarnya nak cerita sebab salah sendiri kan. tanggung sendiri lah. hehh *peace* memang sangat-sangat jadi pengajaran untuk aku. lepas ni memang aku nak jadi tuan puteri je masa berpantang.. ehhhh ? hehehhe :D
nanti aku cerita kisah bersalin cik puan muda azalea pulak.
tactic kakak aina nak bagi adik azalea benti menangis. ehehehhehhe. |
stay tuned! :P
*If you're looking for Premium Beautiful corset & interested to learn about the business opportunity with Premium Beautiful, Do contact me and book your appointments today! 012-7002164*
Ish takut pulak bila baca eh. Tulah kdg lps brnk kita rasa mcm sihat je, pdhal dlm tu blm baik betul lagi. Huhu.
ReplyDeletetula. aku mmg nyesal gila. tobat tak buat lagi heheh
Deletemmm... ramai 'adik-adik moden' yg macam ni skrg... bila suruh duduk diam semasa dlm pantang, jangan turun naik tangga sesuka hati, selalu je membantah - rasa macam dah sihat... bila dah sakit baru tahu kenapa...
ReplyDeletetinggal lagi mcm Dr. Faryn beruntung sbb berada dlm kelompok medik... jd faham apa punca jadi sakit... sekaligus menjelaskan tujuan kena 'duduk diam' semasa dlm pantang - kata dlm pantang, mmg kena lah pantang segalanya...
alamak kan dah kena marah ngn akak senior. hehehe. itulah kak, bila dah jadi, nak nyesal pun tak guna. tapi memang jadi pengajaran utk masa yg mendatang :)
Deleteterimakasih Dr! atas perkongsian yg amat bermakna nih, sgt best!! penuh dgn pengajaran yg berharga.
ReplyDeletesincerely me. hehehe
pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri terutamanya :D
Deletehehe..tu la kan.thanks sharing.peringatan tuk kita semua gaks.belajar dari pengalaman orang kan..
ReplyDeletemudahan da sembuh sepenuhnya ya faryn!
=)