passer by since 1st feb 2010

Sunday, October 5, 2014

Nur 'Aina Hana & Nur Azalea Hana. penyejuk hati mama.


Love is the ultimate expression of the will to live.
- Tom Welfe


assalamualaikum, hai semua :)



kerinduannnnnn. hehehhe. tiba-tiba semangat nak ber-belogging muncul kembali. sebenarnya, sebenarnya aku rasa guilty. sebab setelah agak berkurun, dalam hati macam terlintas,

"kesian azalea. mama takde pun story-story bersungguh pasal azalea. takde pun blog pasal azalea."

bayangkan akan datang tiba-tiba bila aku dah agak dewasa (taknak ngaku diri tua), kut kut nak bagi anak-anak usha belog mama dorang, tengok-tengok berjela-jela pasal aina je. aina, aina, aina. ciput je pasal azalea. apatah lagi anak-anak yang lepas-lepas tu. tak ke rasa keterpinggiran nanti. huhu.

oh man. rasa bersalah ok. memang lah sekarang ni walaupun cik puan azalea masih mentah, tapi bila once in a while (which was mmg once in a blue moon for the past one year, pergh) mama bukak belog tunjuk gambar-gambar kakak aina masa baby, kakak aina je excited. azalea excited jugak. tapi excited tunjuk gambar kakak.

gambar aina; "kakakkkkk". azalea cakap.
gambar aina lagik : "kakakkkkk". azalea tunjuk.
gambar azalea : "kakakkkkkk". azalea excited.

eh? too much of gambar kakak aina sampai azalea pun dah confuse mana kakak mana dia. selalunya memang kakak la, sebab banyaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkk gile kut gambar kakak. huhu *

azalea. azalea. nur azalea hana.

she's a big girl now tau.

dah setahun 7bulan.







pergh. cepatnya. rasa macam baru semalam duk meneran. alamak, terus teringat belum habis cerita pasal nak deliverkan azalea. kuikuikui. azalea, perangai dia memang ada lain sikit dengan kakak. tapi kakak aina tu idola dia. ehh macam-macam lah perangai dia. combination aina dengan azalea memang the bomb. hehehhe.

rambut? hehehhhehhe. lahir-lahir je semua kepochi nak tau pesen ape pulak la rambut azalea ni. yes. she got the lucky curls too, but a different kind of curls. bak kata bibik, rambut azalea macam artis. hahahaha lawak la bibik ni ;)





azalea memang lain dari kakak. eh, macam dah bagitau tadi ek. bape kali daa? hahahha. muka pun lain kan. jenis lain dari kakak aina. aku rasa yang lain tu especially tang mata dengan hidung. mata azalea jenis buntang buntang gitu. and deep set? errrr, kut. pastu hidung azalea mancung sikit. sikit la. dan semestinya bukan macam hidung aku. asal bukan pattern hidung aku, aku label kan mancung sudah. hahahahha. 








expression sebijik macam syg. hehe. sebab tu aina suka cakap,

"muka kita macam mama. muka azalea macam ayah. sebab tu kita geng dengan mama"

eh? ye ye jek. hahhahha. 

tapi memang ramai cakap azalea ikut ayah dia. kecik molek kiut miut pun macam ayah. hopefully, beriman, sporty, energetic, hardworking, romantik, full of surprises macam ayah dia jugak. ecehhh hehe. high expectation ni. haha.

dan of course, 
azalea pun cheeeeeeeeeeky macam kakak. kata idola kan. tapi azalea jenis cheeky bergerak bebas. nak capture moment ke-cheeky-an dia tu, aduii stress ok. sbb bila dia tengah buat aksi comel, mama baru nak snap, dia dah lari sana sini. mamarazi frust tertonggeng. haha. 





aina and azalea, selaaaaaaaaaaaaaluuuuuuuuuuu gaduh. tapi lepas tu hug. gaduh, hug. gaduh. hug. azalea memang carik kakak aina dulu, kalau dia jatuh ke. terlanggar dinding ke, bucu ke, gatal nak suruh garu ke, or bila nak group hug nyanyi lagu barney "i love u, u love me, we are happy family". kalau mintak susu, pun panggil kakak tanya nak susu tak (in her own way la). kakak aina pulak protective habis dekat adik. bonzer ok. kakak aina garang tau (macam mama) kuikui.







kalau tengok betul-betul, aina is always camera-ready. azalea? well. she just being herself. :)

tapi yang pasti, they look alike when they're sleeping. ke semua budak-budak pun eh? 




tidur lah style mana pun, mama tetap rasa dorang paling comel. the best view. the most calming view. retail therapy. penyejuk hati. call it whatever you want :)


nanti aku cerita banyak banyak lagi pasal cik puan cik puan kesayangan ni. nanti gossip panjang ok. banyak gile kut benda jadik. banyak gile benda nak share. some are worth to tell, some are better be forgotten. eh banyak lah. nanti nanti ok. mari beradu bersama sama kesayangans.

anyway, i'm really glad to be back. 





mesti lah kena tempek muka diri sendiri kan. dengan kakak nur 'aina hana. love u aina sayang. u are forever our first :) 


**gambar semua memang cilok-cilok dari instagram. sorry lah sape sape yang rasa pisang berbuah dua kali tu. hahahahahha. aku rasa instagram ni lah dalang yang menyebabkan kemalasan nak ber-belogging. cis! hehehhe**


ok dah. salam aidil adha. nite all. muahs. :)



21 comments:

  1. Hahaha kesian anak no 2 kan...
    Dina kata kat babysitter, ibu cium abang je, tak cium Na.. errk yg pg2 dia ngamuk sbb kena cium tu apa? Hadoiii kecik ati ok..

    Meh join giveaway
    www.thehealthinspector.wordpress.com/saya-mahu-sihat-giveaway,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.tau takpe. anak first excited dia lain macam kut. padahal sama je. cuma di-exaggeratekan masa anak first . hahahah.

      Delete
  2. Haha. Welcome back. Selamat hari raya qurban dr :-) keep the momentum ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam raya qurban jugak su!
      errrr, momentum tu dia on off kengkadang. haha.

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. besar dah azalea..sama comel n cantik cam kakak aina..hihi..nway, welcome back to blogging world k..^_^

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. rindunyeeeeeeee, lama xmsuk blog ni, lama sgt menyepi, bsr dah azalea haaa,
    comel2 je semua, maknya pon maintain swit switt gtu lg, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn. Anak2 semua dah Besar. Mama Nye pun membesar jugak. Hahahaha.

      Delete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. Yeayyyyy...
    Doc kembali. Ha mmg aina muka sama mcm doc la. And azalea lain kan.hehe lepas ni kena selalu ada cerita pasal azalea la yer ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeyyyy jugakkkkk.. Hehehhe. Tula hopefully more updates from me soon!

      Delete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...