passer by since 1st feb 2010

Wednesday, February 11, 2015

AINA : artistik :)



Art washes away from the soul the dusts from everyday life
-Picasso


assalamualaikum, hai semua :)


hari tu kitorang duk melepak sekejap dekat rumah baru (yang masih compang camping) sebab ada orang nak datang pasang cermin-cermin and accessories dekat toilet. cik puan aina dengan cik puan azalea ikut sekali. rumah still lopong-lopong lagi, luas kawasan so seronok lah dorang nak berlari-lari sakan kan. 


cik puan aina ni memang jenis kalau boleh semua barang favourite nak di kendong sekali ke mana-mana dia pergi. so kali ni, dia bawak sekali pencil box mickey mouse dengan kertas2 conteng dia. elok je pulak dendiam buat hal sendiri.









rupa-rupanya dalam dok dendiam tu, dia tengah berkarya rupanya. padan lah kejap-kejap suruh aku duduk diam diam jangan bergerak lepas tu suruh senyum. naik lenguh aku. aku nak ber-selfie pun susah. hahahha.






ok fineee. bukan main besar lagi perutttt mama eh. ciss. tapi bila aku tanya (sambil buat muka monyok sedih) kenapa lukis perut mama besarrrrr sangat, cik puan aina cakap, tu dia bukan lukis perut, tu lukis baju mama jadi macam baju princess. sebab mama kan princess. ecewahhhh pandai ambik hati mama eh. hehehhe. lukis bukan main, siap baju ada love-love, dengan tudung ada bintik-bintik sebijik macam baju and tudung aku pakai hari tu. hahaha. perfectionist lah konon :)






cik puan azalea seperti biasa buat hal sendiri. kejap-kejap datang kacau kakak. kena marah dengan kakak, lari menyelamatkan diri. lepas tu kacau lagi, dan kena marah lagi. adik ni memang tak boleh tengok kakak fokus sikit. nanti dia pun nak mengendeng sama hehe.





syg tengah sibuk main hp sampai ngantuk, tak sedar ada seorang lembaga cute tengah skodeng dia, dok perati je dia dari kejauhaaaann.






and tadaaaa! mak aihhh montel nya ayahhh. *gulp* tapi first ayat syg bila cik puan aina tunjuk gambar tu.

"kenapa hidung ayah macam hidung pig jeee??"

HAHAHHA. baru aku perasan. trademark cik puan cik aina kut hidung semua style gitu. tau lah lubang hidung mama dengan ayah tetappp menjadi pojaan hati. hahahha. aduii.











self-us timeee! of course lah kan. hehhe. muka mama dull sungguh tanpa mekap. isk isk. nasib baik pencahayaan bagus, so segala kawah-kawah dapat disembunyikan. kuikuikui.





last drawing dari cik puan aina hari tu. dia cakap dia tengah lukis diri dia. kan ada rambut kerintings tu. obviouslyyyy. hehhe. 
ok mama dah tak sedih sangat sebab memang cik aina lukis baju dia pun kembang semangkuk sebab macam princess. ok mama percaya sekarang. HAHA.



autopublished entry :)


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


!!!STICKY MODE!!!

assalamualaikum, hai semua :)


ni sticky mode ye kawan-kawan sekelian alam. untuk baca entri sebenar, please scroll UP and DOWN :) just for the time being. until i don't know when. sebabnya aku memang tengah dalam proses nak clear up my wardrobe dekat rumah melaka. sebab banyakkk sangat baju bajan yang cantik-cantiks and still in a very good condition yang aku nak pakai of course lah dah tak muat sebab dah gendut. ok sebenarnya lebih kepada muat tapi ala-ala sexy mexy sikit gitu. kuikuikui. so i have to let it go. 


korang boleh follow and check it out dekat my shop instagram :







or, you can just click HERE :



kalau korang percaya dengan taste dokterfaryn, you will never doubt the authenticity and the quality, especially the ones that stated as "preloved excellent/good condition" :)

so please, please go and have a look because you can get a nice baju at as low as RM 5!
kindly spread and share the news ok. siapa tahu, kut-kut dokterfaryn nak kasi present dekat korang yang paling banyak referrals. hehehhe. 


more and more stuffs will be updated later on my shop instagram, so stay tuned okey.
thanks guys. muahsss sikit hehehhe




sticky mode entry!

6 comments:

  1. aku pun terkejut. sebab beriya dia lukis nak tiru details. haha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Thanks sudi singgah blog saya.
    Done follow u :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) suka baca experience geng-geng seangkatan. boleh tukar-tukar cerita gitu kan :)

      Delete
  4. Such a great happy family.
    Best kalau ada husband yang memahami & bertanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. tapi semua ni pinjaman dari ALLAH je. bila-bila dia boleh tarik balik. la tahzan ok. nikmat tu ALLAH beri dalam pelbagai bentuk :)

      Delete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...