passer by since 1st feb 2010

Monday, March 16, 2015

Kuantan : Pantai Teluk Cempedak/Kula Cakes




The best moments are the unplanned one that just happen, but make your day perfect.
-unknown.


assalamualaikum, hai semua :)


sebenarnya lepas jalan jauh ke Maran sempena majlis tunang Nizar & Hannan tu, kitorang takde plan nak berhuha huha. sekali tu tiba-tiba syg kata ajim (adik dia) kebetulan tengah ada dekat kuantan, kat rumah mak mertua dia. apa lagi, kitorang pun babai babai terus zasss ke kuantan. hehhe.


cerita memang dah super basi lah. banyak gile kut cerita yang belum cerita. tak paham aku macam mana orang boleh update belog on daily basis. respect gile. haha. aku pulak jenis yang suka nak menulis, tapi masa tu kengkadang tak mengizinkan. hahaha. so another lengthy entry from me! yey for me. oops sorry for you. heee :)



DAY 1 : D'EMBASSY & PANTAI TELUK CEMPEDAK


sebab takde plan nak jalan jalan kuantan, so takde lah nak ber-agoda bagai in advance untuk book tempat nak stay kan. so memang of course lah semua tempat best-best pun dah fully booked sebab lond weekend (raya cina) huhu. tapi memang bagus jugak, sebab kitorang ditakdirkan menetap dekat D'Embassy Serviced Residence Suites.





pada aku, not bad. sebab masuk-masuk je bilik, aku dah suka tengok interior dia yang luas. actually memang sangat sesuai kalau nak stay beramai-ramai. macam aku, sebab bawak bibik sekali, so memang cari tempat nak stay yang ada bilik-bilik lah kan. so yang ni memang just nice. nasib kitorang baik, sebab ni memang last room. itu pun sebab ada orang cancel, tak jadik check in. huhu. bilik yang kitorang dapat ni ada tiga bilik.





master bedroom, dengan attached bathroom.




satu bilik dengan queen bed. lagi satu ade dua single beds.




plus, kitchen siap dengan fridge.


rugi pulak rasa stay sehari je. tak sempat nak bermanja-manja buat macam rumah sendiri. hahaha. tulah, sape suruh tak plan properly. harga, tak silap aku RM300++ takde breakfast. memang berbaloi kalau tanya aku. sebab memang boleh sumbat ramai gile kut orang. ko nak angkut satu kerabat pun boleh. hehhe.
petang yang sama sampai kuantan, ajim bawak kitorang jalan-jalan ke teluk cempedak. lama dah rasa tak pegi pantai.





otw ke pantai teluk cempedak. mama dengan ayah berdua-duaan sebab cik puans naik kereta ayah jim. bagi can kut. hehehe. nampak tak eyeliner aku dah mencairrr di situ. comot macam panda dah. haha.











aku tak tau kenapa, tapi aku selalu under the impression yang pantai TC ni kotor. tapi subhanallah cantik nyaaaaaa. macam tak percaya. boleh tak. lepas tu macam fun gila pantai ni. macam-macam aktiviti hado. cik puans dua orang tu memang dah tak menyempat, dah terlompat-lompat excited mata melilau nak main tu nak pegi situ sini. padan lah siti (wife ajim, biras aku) beriya promote pantai ni. kuikuikui.





terbaik lah pantai TC. say cheeseeeee :)







the girls had so much fun ;)






ni first time bawak cik puan azalea pergi pantai. sodia memang agak jakun sikit la. lepas tu asyik masukkan air laut dalam mulut pastu cakap pedas. hahah. nasib baik anak-anak mama semua jenis hantu air. bab-bab yang melibatkan mandi manda memang no hal. air jenis apa pun layan. hehhe. 




cik puan aina memang dah pro. so dia seperti biasa memang akan buat macam rumah sendiri. hehhe.





beberasss rules! siti and yours truly hihi.





ni ambik mood ala-ala romantica d' amour. kalau korang ingat ni idea aku, korang silap ye. ni idea syg. aku pun taktau dari mana dia boleh terfikir nak ajak selfie gaya ni. hebat betul penangan pantai TC ni. angau kejap hahahhahha~




weeeee!! ala aku takde dalam gambar cis. hehe. cantik kan pantai dia.





 memang tak rugi singgah sini. nanti kalau pergi kuantan, wajib singgah pastu aku pun nak join mandi manda sekali. hihi.



 DAY 2 : MEE CALONG, POOL PARTY & KULA CAKES


hari kedua, bangun pagi dah laparrr. selalunye kan ada complimentary breakfast kan. ni boleh takde pulak. so dah mencanak aku dengan syg keluar mengusha tempat nak beli breakfast. dah lah pusing sikit punya lama. syg ni kalau perut dah lapar memang mood dia weng sikit. memang dah potpet potpet cakap orang kuantan ni bangun lambat, kedai takde la. bandar mati lah. well... hahha.


nak jadi cerita, kitorang terjumpa satu kedai breakfast ni. itu pun memang TERRjumpa sebab salah masuk jalan. hahahha. syg yang memang dah bila-bila masa boleh bertukar menjadi 'hulk' takde fikir-fikir dah. jom makan je la sini.




Mee Calong Beserah. ingat kedai boring-boring je. sekali tu, kedai legend. team "jalan-jalan cari makan pun" dah pernah tinggal trademark kat sini.




close up mee calong. ni first time kitorang rasa mee calong.  tengok syg tu, muka terus bersinar-sinar dapat makan. hahahaha. untuk aku yang memang pencinta mee sejati ni, memang aku rasa sedap gila lah. especially sambal hitam dia tu. eh hitam ke? entah. hilang ingatan pulak. hahaha.





puas hati lah makan kedai ni. teh tarik superb. nasi lemak bungkus and cekodok pisang memang the bomb. ecehh hehehe. sape-sape jalan kuantan tu, pergi lah menyinggah makan sini ok. aku dengar orang yang duduk kuantan pun tak pernah sampai lagi sini ek. :P


lepas breakfast, aku bawak cik puans terjah pool dulu. Ok takde lah pool party ape pun. mandi dekat pool kat D'Embassy tu je. kuikui. cik puans ni biasalah. kalau tidur hotel, memang dorang tanya bab pool ni dulu. lepas tu yang cik puan azalea pun dah pandai, "yeyyyy mandiii kolaammmmmm!" hahaha.






besar pool area dia. memang puas hati.





semua happy :)







ratu kuak lentang, cik puan aina memang lagi sakan la. ratu tidur, cik puan azalea pulak, mama suruh rehat kejap bila dah penat. boleh pulak dia pergi parking kepala dekat tepi pool try try nak take a nape. sabar je lah aku. hahahha.



lepas mandi terus berkemas-kemas untuk check out. next stop sebelum gerak balik, singgah ke Kula Cakes. memang impian aku nak merasa cake kat sini. dah gaya macam orang tengah mengidam. hehe.





first thing yang buat aku impress, dia punya deco. basikal tua dekat dinding. memang prop terbaik untuk bergambar. hahaha. smart gile kut.




yang penting, bergambar dulu. makan kemudian. haha.





design dalam cafe dia. memang kecurrrrrrr gilos wa cakap lu bila tengok kek-kek yang bersusun. 






the famous Mango Cheese cake. sedap nak mamp*s. cair di mulutkuuuuuu. yang 1 slice tu peanut butter something. tu sebab tamak tengok rupa kek tu cantik sangat takut nyesal tak order. dah lah jauh nak datang balik. hahaha.




mama fokus nak selfie, cik puan azalea fokus nak makan. hihi.




syg yang tak berapa into cake pun cakap best.







habis licin dimakan kitorangggg :)





tq syg sebab merealisasikan impian i nak makan mango cheese cake kat sini. ecececcecce. hahahah. sejak akhir-akhir ni, syg makin tak kesah pulak nak ber-selfie. kuikui. bagus-bagus. baru lah ada geng kan. 


cuti-cuti kuantan yang tak dirancang ni memang best. thanks to ajim & siti sebab melayan kitorang. tak sempat nak round satu kuantan. takpe-takpe. we will be back. hehe.


till we meet again kuantan!


written @ 1021hrs.


2 comments:

  1. Wah syoknya. Aku xprnh jln2 kuantan lg. Hehe. Azalea mmg best la blh plak nk try nap kt situ ye. Hehehe. Comel sgt blh geng dgn auntie suka tido kekeke

    ReplyDelete
  2. oiii..kula cakes aku pon tk pernh smpai..tak tau kat mane..hahahah..tp selalu makan mango cheese cake tu kat lilawadi..mmg the bestlah kan..hihihi..nway, syoknye tgk korang bercuti kat kuantan..aku dulu sblm pindah cni pon bukan main jatuh cinta ngn pntai kat kuantan..skali bile dh jadik org cni, gi pntai pon elh bilang ngan jari..hukhuk

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...