"Don't walk in front of me, I may not follow; Don't walk behind me, I may not lead; Walk beside me, and just be my friend."
assalamualaikum, hai semua :)
mula-mula sekali, nak peluk korang semua sbb aku sangat-sangat HAPPY. bby aina is back!!
hari ni aku bangun awal. pukul 5am lagi mata aku dah terbuntang. ikut-kan aku bukan saje-saje bersemangat waja nak bangun awal yer. yelah, tengah cuti-cuti malaysia ni, tak syiok lah bangun awal kan. nanti dah tak rasa macam cuti lah pulak kan. ehehhe.
tapi sebetul-betul-nya aku bukan bangun awal pun. aku tak tidur langsung yer semalam. okey tipu. aku tidur lah jugak. tapi ada lah dalam 15min, tak pun paling lama dapat lelap dalam setengah jam macam tu. sebab sekejap-sekejap terbangun melayan kerenah mem besar yang dah semakin membesar, iaitu bby aina.
**bby aina dah ada dengan aku since friday :)**
entah kenapa bby aina macam meragam semacam malam tadi. dia macam tidur tapi tak nyenyak sebab kejap-kejap menangis. mata tutup tapi menangis. macam mengigau macam tu. dah lah nangis jenis yang sedu sedan tu. sayu je aku. last-last memang aku duk peluk dia sampai ke pagi. sebab letak je, episod tu berulang balik (ni bahasa istana ye kawan-kawan). tapi aku kagum betul lah dgn cik husna. dalam pada bby aina menangis-nangis volume terhebat tu, dia rilek tidur je. macam tenang habis lah. geram pulak aku tengok.
HAHAHAHA.
pagi tadi syg sampai dari jasin dalam pukul 9am camtu. bby aina dah berjaya ditidur-kan masa tu. boleh pulak syg gomol-gomol dia. dah ter-buntang balik mata bby aina. phewhhh! here we go again. huhu. takpe lah, bagi can kat syg :)
lepas breakfast, aku, syg dengan bby aina flat sampai dekat pukul 4pm. ambik kau. aku dengan bby aina; sebab tak dapat tidur semalam. syg; sebab letih oncall semalam. cik husna pun flat jugak. tapi dia sebab apa aku pun tak pasti. hahaha.
okey, mula-mula aku nak cerita perasaan aku tengok bby aina lepas terpisah selama lima hari. ewah. wei, lama lah tu okey. hehe. bby aina sampai dengan ma, ayah and cik husna semalam (jumaat). aku macam terkejut gila tgk bby aina, sebab aku rasa dia macam dah lain gila dan besar gila. wahh, banyak-nya pekataan GILA aku. haha. padahal baru lima hari tak jumpa. aku jadi excited gila bercampur rasa macam sedih gila sebab miss pembesaran dia yang selama lima hari tu. okey, tambah lagi perkataan gila aku. tapi serius, rasa macam menyesal gila. haihh. boleh ke camtu? okey, STOP sebelum aku jadi GILA. huhu
semalam, aktiviti aku dgn cik husna (dan juga dokter ali) lebih kepada berlegar-legar tanpa arah tujuan di dalam mahkota parade sebab menunggu dokter jamaliah yang ada appointment di tempat rahsia. bby aina seperti biasa, kalau bab-bab jalan dia maintain tidur. hehehe.
tengok gambar je lah. ohh btw, syg takde dalam gambar yer sebab semalam kan dia oncall.
selalu aku letak caption kan. kali ni, biar lah gambar-gambar tu sendiri je yang menceritakan segala-galanya ye. ataupun, nak lagi best, korang letak lah caption ikut budi bicara sendiri untuk bagi lebih dramatik. EWAH! **ayat mak budak dah kena penyakit M** hehehe.
takde lah bukan apa, jadi malas sebab aku nak cepat-cepat abiskan update blog. nak gi siasat apa dah jadi dengan cik mem besar (dan ayah-nya) kat atas ni. hehhe.
**owh, aku bukan cuba-cuba ber-ke-te-ram-pi-lan ayu dengan berbaju kurung ye. aku sebenarnye sedang cuba-cuba menyembunyikan lemak-lemak ku di sebalik baju kurung itu. berjaya tak? HAHAHA**
dokter ali dengan dokter jamaliah bergerak ke teluk intan, perak malam tadi sbb nak attend wedding cousin aku hari ni (sabtu). aku memang obviously tak dpt nak pergi lah sebab syg post-call hari ni. so teman dia. cik husna pun tak ikut sebab teman aku sebab semalam syg takde sebab dia oncall. okey, aku pun dah penin dengan apa yang aku tulis. isi penting yang aku nak sampai-kan ialah, aku dengan cik husna tak ikut. hah, kan senang. HAHA.
so, aku, syg dan cik husna bangun kul 4pm hari ni (cam yang aku dah bgtau awal-awal tadi beserta dgn sebab-nya skali) dan bangun-bangun je, terus bersemangat waja nak berpoya-poya. terutama sekali cik husna, yang memang materialistik dan tak sabar-sabar nak shopping. hehe.
tapi kalau dah bangun pun pukul 4pm, kena lah menjamu selera dulu kan. kalau tak, mau-nya mendatangkan marah tu. ada yang tak jadi shopping kang. ehehhe.
kitorg pergi jusco baru yang besar gila tu. saje lah nak bawak cik husna jalan-jalan kan. sampai sana, mak aihhhh, RAMAI gila nye lah umat.
gambar bertiga dulu :) plan asal-nya nak makan kat pizza hut. tapi full pulak. disebabkan BIG BOSS sudah kelaparan, kitorg malas nak tunggu, sebat je lah PAPA JOHN's.
dialog syg sebelum gambar di-snap; "ala, belum boleh makan lagi eh". kitorg tak kasi makan dulu sampai semua yang di-order dah terhidang. sebab nak ambik gambar punya pasal. HAHA *kejam*kejam*
cik husna, si gigi besi :P
mem besar tgh tidur mem-besar-kan diri :)
syg yang 'lost' dalam crowd.
my favourite pic. sebab : aku nampak kurus. hahaha. dan cik husna, pehal kaki kau nampak cacat semacam? hahahahha.
dua orang budak botak kesayangan gua :)
lama jugak kitorg kat jusco tu. sempat lah aku sebat 4 helai baju utk bby aina. dalam pada terngiang-ngiang suara ma JGN BELI BAJU BABY BYK-BYK tu, aku beli jugak sebab tengah sale. nyesal nanti tak beli. ALASAN. hehe.
takpe, yang penting semua happy :)
okey, sleep tight-tight. dont let the big bugs bite!
Blogger Templates
alahaiiiiiiiiiii besar dh aina..Haha.
ReplyDeletesyomel gile ngan headband tuu..bulu mata lentikkk lagii tuuu.hihihi.
berjalan je aina eyh?
whoa ade jusco baru bukak kat melaka eyh? harus terjahhh niii nanti..
btw jadik ke aina ko anta umah babysitter tu?
a'ah lah yatt. besar gila jusco! ada org kata yang terbesar kat asia tenggara. ewah. hahaha
ReplyDeletetapi aku blum round habis pun. jom lah dtg! boleh visit kitorg and boleh jalan sama-sama :)
(kalau aku tak oncall lah)
bby aina esok start hantar kat bbysitter tu. doakan semua okey eh. aku sedikit susah hati gak ni. dah lah bby aina macam tgh "dtg bulan" ni. asyik nak kena peluk. huhu
oh tggu papa qies alik nanti aku terjah melaka yaa.umah sis in law aku ade kat paya rumput tuuu :)
ReplyDeletenanti ko msglah no hp ko kat inbox,kot aku trn sana aku koling2 ko laaa.
oh aina dah nak g skool esok yeee? jgn lupa bawak bagasi dia sekali.. susu & pampes tu siap2 ko kasi sebag teros so ko takyah hari2 nak anta.kalo baju & botol tuu hari2 la anta..sbb nak cuci & steril botol tu kan.btw aina tido buai ke takkk?
aku doakan aina oklaaa.
ko pon doa manyak2 haaa..sekali sekala kol pengash tu tye camana aina.
yelaa..bby aina dh semakin montel..suka sgt gmbar dier sorang2 slm stroller tuh..=D
ReplyDeleteyatt : okeh sett! :)
ReplyDeletelily : tu lah, bby aina dah semakin membesar dan berat!! lenguh dah tgn nak dukung.ehehhe :))