"The grand essentials of happiness are: something to do, something to love, and something to hope for."
- Allan K. Chalmers
assalamualaikum, hai semua :)
aku just nak buat quick updates sementara bby aina tgh nyenyak tidur ni. kejap-kejap lagi mesti mata dia terbuntang balik nak nyusu ni. tapi nampak macam dah lentok habis ni. macam letih benar lah pergi sekolah. masa aku ambik balik sekolah tadi bukan main lagi dia ber-huha-huha. mentang-mentang lah ada ayid. ewah-ewah anak mama. hehehe.

okey, first thing first. aku nak menjawab soalan-soalan korang-korang dulu yang ada bersangkut-paut dengan entri yang sebelum ni.
*ehh alamak, bby aina bersilat pulak*
**brb**
okey, im back :) mengigau pulak mem besar ni. muka berkeriut-keriut sambil tangan berkuak lentang. entah mimpi apa lah tu. hehehe.
okey, okey, sambung cerita.

aku rasa mungkin aku perlu terang-kan dengan lebih jelas tentang apa yang aku ceritakan dalam entri yang lepas pasal after dua kali c-sect, the next delivery should be c-sect jugak and it is advisable untuk ikat.
siapa-siapa yang macam sedikit blur tu, sila klik sini.
okey, senang macam ni. frankly speaking, aku taktau dekat hospital lain management diorang macam mana. tapi aku percaya rata-rata hospital, protokol dia lebih kurang sama je. sebab kami sama-sama under KKM. tapi dalam kes yang c-sect dan ikat after 2 c-sect ni aku tak berapa pasti. means, aku tak boleh nak kata semua hospital apply the same management.
okey, senang macam ni. frankly speaking, aku taktau dekat hospital lain management diorang macam mana. tapi aku percaya rata-rata hospital, protokol dia lebih kurang sama je. sebab kami sama-sama under KKM. tapi dalam kes yang c-sect dan ikat after 2 c-sect ni aku tak berapa pasti. means, aku tak boleh nak kata semua hospital apply the same management.

memang aku pernah jumpa patient yang argue pasal ikat after dah 3 kali c-sect tu. ada yang cakap, "ada kawan saya c-sect sampai empat kali pun okey je.". ada jugak yang cakap, "kakak ipar saya lepas 2 kali c-sect, okey je dia bersalin normal lepas tu." ini contoh jawapan-jawapan yang aku sendiri pernah jumpa. kisah benar yer, bukan aku saje reka-reka :P
bukan aku nak kata tipu lah. mana ada yang macam tu. tak, tak. bukan macam tu. BETUL, BETUL, memang ada kes yang macam tu. and i would say they were so damn lucky. dekat sini, kena faham satu perkara. tugas dokter ialah untuk menerangkan segala risiko-risiko dan berusaha untuk mengelakkan risiko-risiko tersebut. sebab tu, dalam kes-kes operation ni, consent daripada patient tu penting. even consent from husband pun penting sekarang. padahal yang nak menanggung-nya si isteri. dokter cuma list out all the risks, dan semestinya menjadi hak patient itu sendiri untuk decide apa yang dia nak. be it the good or the bad decision. either way, it's always in the patient's hand.
dan, dan ada sebab kenapa kita advise patient untuk ikat after 3rd c-sect. ini juga kamu-kamu-kamu kena faham.
satu; sebab risiko operation kali kedua, ketiga (ke-empat ke) akan berlipat kali ganda lebih tinggi daripada operation yang pertama. contoh risiko; macam pendarahan, kecederaan pada organ dalaman macam pundi kencing, usus besar, usus kecik, risiko ubat bius, risiko kena buang rahim kalau pendarahan tak berhenti. risiko penyakit berjangkit kalau kena tambah darah. risiko mengalami sakit-sakit dalam perut tanpa sebab 10 ke 20tahun akan datang. semua risiko tu akan jadi dua, tiga, empat kali ganda. so kalau operation kali ke-empat, ke-lima? oh, please do the maths. dan jangan tak percaya kalau aku cakap ada patient yang terpaksa guna beg pakai buang seumur hidup untuk buang air besar sebab mengalami kecederaan usus semasa operation. nauzubillah.
kedua; sebab operation kali kedua, ketiga dan seterusnya (kalau ada lah) tu dah tak se-simple macam operation kali pertama. sebab dah banyak adhesions (lekat-lekat dalam perut) and believe me, i KNOW. aku boleh gerenti kalau korang-korang dapat tengok apa yang aku tengok masa aku operate, mesti korang tak kan terfikir nak mintak untuk c-sect pun, dan akan bersyukur gila kalau dapat deliver secara normal (dalam doa aku hari-hari masa pregnant tak pernah lekang mention taknak operation). bukan apa, kadang-kadang dari luar nampak cantik je jahitan semua (old c-sect scar tu), tapi kat dalam, masya ALLAH macam hutan belukar. sampai dah tak boleh nak differentiate mana pundi kencing, mana rahim, mana usus. silap-silap masa nak potong rahim utk keluarkan baby boleh TER-cedera kan usus ke? pundi kencing ke? nauzubillah lagi.

ketiga; sebab bila dah operate dua tiga kali, dinding rahim akan jadi semakin nipis. aku bagi perumpamaan yang senang lah okey. korang cuba bayangkan macam belon. kalau dah di-tiup kembang dua tiga kali, mesti lah belon tu dah berubah bentuk jadi nipis sikit kan bila dah kempis balik. dah tak balik kepada bentuk anjal yang macam asal tu. macam tu lah jugak dengan rahim. so risiko rahim pecah tu tinggi kalau dah berkali-kali operate. itu yang seboleh-boleh nak avoid bersalin normal lepas dua kali operate dan ke atas, sebab takut rahim dah tak cukup kuat untuk tampung pembesaran baby. rahim pecah boleh menyebabkan kematian si ibu dan baby yer. dalam bahasa medical-nya, the prognosis is very-very poor. nauzubillah lagi dan lagi.
kalau yang kata sampai boleh operate tiga empat kali tu, kemungkinan besar mereka bernasib baik sebab lekat-lekat tak banyak. memang ada kes macam ni, bukan tak ada. means, dah dua tiga kali c-sect pun tapi dekat dalam nampak 'suci' gila. tapi ada jugak kes yang baru sekali c-sect tapi dekat dalam dah serabut sangat-sangat. sama jugak dengan kes yang bersalin normal selepas beberapa kali operate. mungkin dinding rahim mereka kebal kut. subhanallah. ini nasib masing-masing. kita memang tak boleh nak jangka. but as a doctor, we were trained to anticipate the worst outcome. mungkin sebab itu jugak, ramai dokter yang suka paranoid tak tentu pasal (macam aku) hehe.

tapi macam yang aku cakap, the decision is always yours. anyways, kita orang islam kan percaya kepada qada' dan qadar. kalau ALLAH dah kata nak jadik macam tu, macam tu lah jadinya. kalau macam ni, macam ni lah. kita hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan segalanya. kita cuma boleh ikhtiar dan usaha.
skrg biar aku pulak tanya, aku menjawab soalan tak?
aik, kenapa ada yang ternganga tu. hehehhe :)
okey, next is pasal soalan puan yatt. sikit lebih kurang yang berbunyi macam ni;
"teknik planning family mana plg bgsss?"
(memang macam ni pun soalan-nya, sebab aku copy-paste je.haha kantoi)
ini memang soalan cepu emas.
dan err mungkin aku terpaksa cerita dalam next entri sebab bby aina @ mem besar sudah meng-ek,ek,ek. sebelum beliau meng-ek,ek,ek dengan volume terhebat lebih baik lah aku stop kat sini dulu. lagipun, panjang cerita ni babe. kang berpinar mata korang kang. dan dokter faryn oncall lah esok. jadi sangat harus-lah untuk tidur awal malam ni.
HEHE.
sori yer puan yatt kalau kau dah suspen je. aku janji next entri aku cerita panjang-panjang okey :)
dan kepada kamu-kamu-kamu yang lain tu, doakan oncall saya tenang setenang-tenangnya esok ye.
ciao!
**NOTIS:gambar-gambar kat atas ni sekadar hiasan saje ek.tu semua pics yang aku snap masa tengah melanguk kat maternity OT tadi sebab kes habis awal dan takde emergency c-sect :))**
Blogger Templates
oo...macam tu..yelah, doc advise tu pun ada sebab nya..hah, kaum laki??apa lagi, korang la plak ikat..haha!!
ReplyDeletehmmm.. baru la terang, jelas n nyata bila dokter faryn dah terangkan.. hehe..
ReplyDeletemember opis aku suh aku tanyekan kat ko la ni.. dia 1st preggy c-sect n anak dia baru 6 bulan dia dah preggy lg.. adekah bahaya? perlu di c-sect juga utk 2nd baby or boleh bersalin normal?
ahaha! amik kesempatan... but good info la pd ibu2 n bakal ibu yg nak beranak nnti...
sue : itu lah kena bagi jelas baru nampak impak-nya. hehehe
ReplyDeletesyima : nanti aku jawab soalan ko ye :)
ooooOOOOOOOOOOOOOoooooooooo....
ReplyDeletemelopong mulut kite ni ok baca info awak ni.
thanks dear for the info.
kite c-sect september aritu. first baby.
kite link awak k.
:)
hi puterikurekure :)
ReplyDeletesila lah nak link pun.
sebenarnya ada banyak nak cerita. tapi ni tengah oncall. huhu.
mmm... bagus nye info, kena foward kat kakak ipar ni, psl dia brangan2 nak pregnant kembar padahal dah 2 kali c-sect... ngeri la pulak...
ReplyDeletesuke belog u dr faryn..info!!!terbaek!!
ReplyDeletegud info..luv to read your blog :)
ReplyDelete