Jules Renard
assalamualaikum, hai semua :)
aku hilang lagi, dan muncul semula. letih lah kerja babe. memang tak dapat lah aku nak update everyday. macam-macam nak cerita but then, macam penat je. probably it was because of the weather, or maybe it has got something to do with me. tapi serius, memang aku letih semacam je sejak akhir-akhir ni. bayangkan lah, syg ajak tengok DVD pun, tak sampai suku movie aku dah terlelap. tak perasan langsung okey. tahu-tahu je tersedar tengok syg pun dan selamat lentok kat sebelah dan tv pulak dah gelap je. huhu.
anyway, my family in laws datang melawat semalam. actually dorg ada hal sikit dekat melaka, so dah alang-alang tu menyinggah lah ke rumah kami yang hina ni. dapat lah tengok rumah baru kami ni. so far, feedback nya best lah. mak syg kata rumah ni walau nampak biasa je dari luar, tapi dekat dalam cantik dan luas. hehehhe.
jangan tanya aku apa syg tengah buat dalam gambar yang last tu sebab aku sendiri pun tak tahu. hahahaha. entah apa-apa je lah yang budak tiga beradik ni duk bergosip tu. tapi tak lama pun dorg melepak kat rumah kami, sebab adik syg yang bongsu (faiz) sekolah esoknya. kena lah rush jugak balik ke kl.
hari ni, ada diabetic clinic. maknanya klinik untuk ibu-ibu yang menghidap kencing manis semasa mengandung. jom cerita sikit pasal diabetes in pregnancy :)
okey, diabetes in pregnancy ada dua kategori. satu, yang memang menghidap kencing manis semasa mengandung sahaja. kedua, patient yang memang dah ada kencing manis sebelum mengandung. selalu nya patient yang dalam kategori kedua tu, risiko nya lebih tinggi lah. dan ada kencing manis yang hanya dikawal dgn diet. dan ada jugak yang kena cucuk insulin.
ibu-ibu mengandung yang ber-risiko tinggi untuk dapat kencing manis semasa mengandung ialah, patient yang ada family history of diabetes (mak ke, ayah ke), patient yang pernah lahirkan bby yang 4kg+, atau pernah menghidap kencing manis semasa kandungan yang lepas-lepas, patient yang sudah berumur 35tahun ke atas, pertambahan berat badan yang mendadak, pernah ada history baby meninggal dalam perut, dan ada lah beberapa lagi yang aku tiba-tiba macam tak larat pulak nak mention semua. so patient-patient ni perlu buat ujian minum air gula (MGTT) untuk rule out kencing manis. kalau sesiapa yang ada ciri-ciri yang aku mention dekat atas ni, tapi tak pernah buat MGTT semasa mengandung, maknanya ada something wrong lah tu. pernah je aku jumpa patient yang tak diarahkan untuk buat MGTT padahal patient tu dikira high risk untuk dapat kencing manis sebab dia pernah ada kencing manis masa kandungan pertama, dan baby dia yang tu 4.2kg okey. pelik betul aku macam mana dokter dekat kelinik kesihatan tu boleh terlepas pandang.
sangat penting untuk diagnose kencing manis ni. sebab kencing manis yang tidak terkawal boleh menyebabkan baby meninggal dekat dalam perut (IUD). sedih kan kalau dah duk mengendong baby sampai dah nak dekat due date, tetiba baby di-sah-kan meninggal tanpa sempat dilahirkan. jadi please dont take it for granted. jangan lepas dah terhantuk baru nak tergadah. ewahh, itu dia bahasa istana aku sudah keluar. HAHA.
aku pernah jumpa satu patient kencing manis. muda lagi. umur baya aku. eh muda ke? haha. dia sedang mengandung anak pertama, baru 23weeks masa tu. di-refer daripada klinik kesihatan sebab kandungan gula yang tidak terkawal. memang tinggi GILA result dia okey. gerun aku tengok. aku advise dia untuk masuk wad sebab nak start-kan insulin. tapi dia taknak. she strongly refused to get admitted. aku pun ceramah lah segala bagai risiko kencing manis ni, especially pasal IUD tu. risiko baby boleh meninggal dalam perut. dia kata dia faham tapi still insisted tak nak masuk wad. so, dia sign untuk tanggung segala risiko.
ditakdirkan ALLAH, not soon after that, she came back. and this time, she claimed that she couldnt appreciate the fetal movement. korang rasa apa? BETUL, baby dia sudah meninggal dekat dalam perut. aduhaii, aku betul-betul tak tahu nak cakap apa. bayangkan perasaan aku, rasa bersalah yang sangat-sangat pun ada. maybe if i could convince her to get herself admitted, this kind of thing will not happen. buy who knows kan, ajal maut itu di tangan ALLAH.
sebab tu jangan main-main dengan kencing manis ni. penyakit ni jenis yang tak nampak, tapi boleh berikan effect yang besar sangat. mintak dijauhkan lah. ameen. ameen.
okey lah. nak tidur-tiduran. esok masuk maternity OT. hopefully esok kes semua simple-simple je.
wish me luck!
**sori lah entri sedikit hambar. mood lari entah ke mana.huhu.nanti cerita lagi ek**
Blogger Templates
aku ade experience wt MGTT test,tp bacaan nye rendah jela. mase tu sbb berat naik ngn mendadak within 1month.pening aku dgn rase manisss itu!
ReplyDeleteha..kes aku la ni..tapi aku control diet..maybe tak serius ke??hehe.. hope 2nd pregnancy aku tak de masalah ni.boleh jadi tak??
ReplyDeletewawa : memang tak sedap kan air gula tu. ko tau, aku pun kena buat MGTT sebab berat naik mendadak. dan aku buat masa bulan puasa okey. ko bygkan bukak puasa dengan air gula tu. HAHAHAHA.
ReplyDeletesue : nanti next pregnancy ko pun kena check mgtt okey. takut ada lagi. :)