passer by since 1st feb 2010

Wednesday, June 2, 2010

tak pandai meneran? mari aku tolong.

"Forgiveness is a gift you give yourself."
- Suzanne Somers



assalamualaikum, hai semua :)



hello, hello, remember me?
rasa macam sudah lama tak ber-belogging. padahal baru satu hari kut? hehehe. tapi macam dah ralat gila kan? :)



aku ber-belogging dengan macho-nya dari kamar bersalin. take a break kejap lah. baru lepas selesai makan karipap tiga ketul yang konon-kononnya beli untuk breakfast pagi tadi. sampai dah keras kejut baru dapat makan ni hah. sungguh sadis. sudah tidak yummy lagik okeh. huhu.



aku in charge labour this week. itu yang aku macam sedikit stressful dan tidak dapat berpoya-poya macam masa in charge klinik. hehhe. ini pun aku baru lepas buat forceps assisted delivery. FIRST TIME buat ni tau. best, best. *bagus jugak patient tadi tu tak pandai meneran, aku yang dapat peluang belajar buat forcep.ehehks* but of course, supervised by my specialist lah tadi. aku masih belum cukup handal pengalaman suka-suka hati nak meng-forceps-kan sendiri-sendiri. tapi takpe, practice makes perfect kan? there's always a first time for everything :)



aku sangat sayang dengan specialist aku yang ini. sebab dia sangat baik, tak kedekut ilmu, rapat dengan MOs, dan dia juga sangat adorable. okehh, sebelum korang nak label aku curang what-so-ever, DIA ADALAH SEORANG WANITA yer. harap maklum. sekian, terima kasih. hehehhehe :P



dan setelah meng-forceps-kan patient tadi, aku rasa forceps macam lebih senang daripada vacuum. sebab vacuum kadang-kadang macam sampai sesak-sesak nafas jugak nak meng-deliver-kan baby tu. lagi-lagi kalau patient yang tak pandai meneran. adeh, boleh tercabut jantung gua sebab akan berdebar-debar gila-gila punya. tapi forceps tadi nampak macam begitu simple, smooth dan mudah. err, tapi mungkin sebab ada specialist tengah standby dekat sebelah kut. itu yang ada sense of security sikit. kui, kui, kui.






whatever it is, dua-dua pun ada risiko untuk tidak berjaya (failed vacuum/failed forceps). dan kalau tak berjaya, definitely have to proceed with emergency LSCS. dan masa tu, akan kelam kelibut lah berlari-lari nak buat csect sebab kepala baby sudah tersengkang di sana. haihs.



but on the other hand, assisted delivery memang sangat-sangat berguna untuk mereka-mereka yang tidak pandai meneran. sebab kadang-kadang baby memang sudah macam mahu tersembul keluar di you-know-what, tapi alahai Subhanallah payah ye lah nak keluar. masa-masa ni lah, jantung baby akan mula drop beat by beat. and you have to act fast, takut-takut baby keluar biru dan tidak bernafas. masuk nursery dan sebagainya.



assisted delivery is also needed in cases when you want to shorten the second stage of labour. maksud nya kau nak pendekkan jangkamasa antara pintu rahim dah membuka sepenuhnya dan bila baby nak keluar. contoh dalam kes-kes patient yang ada heart disease, kau taknak dia termengah-mengah meneran tak sudah, tak nak dia punya jantung jadi lemah sebab stress pelbagai. ada jugak kes-kes lain yang kau kena 'tolong' supaya baby dapat keluar lebih cepat.



ehh, tak pasal-pasal aku telah ter-berceramah pasal vacuum/forceps assisted delivery pulak. ni semua sebab excited dapat buat forceps tadi. *sipu-sipu*



hehehhehhe.



okey lah, nak pergi siasat apa dah jadik dengan labour room aku.



cheers! :)


Blogger Templates

23 comments:

  1. macam manalah agaknya sakitnya nak bersalin ek?

    jenguk2lah blog saya k;)
    http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. oh ngerinyaaa.aku tingat yang aku pon teran macam nak mati tapi end up with c-sect aritu.semput hokayyy :D

    nantila 2nd baby aku nak blaja kelas antenatal ngan ko bole?

    ReplyDelete
  3. salam..nk tanye sket nie..btl ke org kata kalo baby vacuum nie dia mcm mslh sket..

    ReplyDelete
  4. faryn, share la cara2 meneran. supaya takyah di assist by forceps or vacuum ni. sgt berminat ni. :)

    ReplyDelete
  5. mmg respect la u faryn..bertuah u involve dlm hal2 mcmnih..besar pahala tu..

    mmm, i anak 1st dulu pun x pandai teran..bby pulak besar 3.9kg..i ada asma yg kronik pulak tu..hampir2 nak d forcepskan...teran2 x nak kuar..sib baik en suami sdkt sebelah dok bg kata2 semangat..
    "teran lg sikit je yg, anak kita dah nak keluar dah tu, dh nmpk rambut lah"..
    menangis2 la gak nak meneran, sakitnya xpyh ckp lah....ramai gak nurse2 yg masuk memberi semangat..hehehe..malu jek.....

    ReplyDelete
  6. owh.. mcm tu rupanya..

    sy belom ada pengalaman tu.. tapi kate doc mase sy nak bersalin dulu kat sy mcm ni: " pandai awat teran.. sekali je dah keluar" hoho.. Alhamdulillah.. Tuhan memudahkan urusan sy waktu tu.. tapi yg ke-2 pulak, 5 kali push baru nak kuar.. huhu..

    ReplyDelete
  7. bestnyer dgr citer seorang dokter..

    ReplyDelete
  8. adoi la faryn...makin gerun plak bila baca entry ni..dok kat labour room bersama2 dengan org yg nak bersalin dah mmg psiko..dari yg tak berapa nak sakit ni pun jadi terasa nak meneran

    ReplyDelete
  9. forcep tu pakai alat apa? kalau vacuum tu macam pam jamban, clear la. forcep? hehe

    ReplyDelete
  10. doktor,selalu opt utk forceps @ vacuum..dlm keadaan mana?maksudnya adakah dlm keadaan yg sama..(means si ibu xpdi meneran)
    boleh guna 2-2 kaedah itu?
    menarik entry nih..

    ReplyDelete
  11. Lahirkan Azra guna vacum. Sebabnya macam susah nak keluar. Teran sampai lebih 3 kali contraction pon tak lepas-lepas. Last-last minta bantuan doktor.

    ReplyDelete
  12. kita dulu beranak vacuum ok. sebab tu kepala kita ala2 lonjong sket. side effect ye kawan. huhuhuhu~

    tapi skang ni vacuum tak mcm dulu2. dulu2 siap pakai gas bagai. skang ni pakai macam pam tu je kan faryn?

    ReplyDelete
  13. slm knl...

    i polo u... ;p

    alamak baca nih wat takot la... sbb ai nih bakal perlukan assisted delivery... heart problem of coz... lagi 3 minggu lak tuh.. hu3...

    mudah2an semuanyer selamat.... amin

    kalo sudi.. jengok2 la kami yer... ;p

    ReplyDelete
  14. wooo, dahsyat yer.takut forceps mcm tu...

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah saya bersalin normal....

    ReplyDelete
  16. alamak ngeri jugak ekkk
    tapi dua-dua tak pernah rasa sebabnya dua-dua anak bersalin csert

    ReplyDelete
  17. ishh dua2 option tu mcm ngeri gaks..alhamdulillah kalau dpt bersalin normal kan..rezeki masing2

    ReplyDelete
  18. ngengenge..
    takooot seh,bler u ckp dedua risiko gitu...
    aduyai, makn ni nak pegnen lg.. :P, sdg berusaha ke arah itu tp takot la dear, hrp2 i pandai meneran kl normal deliver ekk, amin!!!!!

    ReplyDelete
  19. hi salam

    ari tu sikit lagi nk kena vacuum bagai tu la..tp kuat kan semngat jugak..risau kat bb,dh nk dkt setngah jam meneran hehe

    ReplyDelete
  20. doc, kalo vakum org kata nnt kepala baby mcm lonjong sket kat ats tu. betul ek?
    kalo forcep ape jadi pulak ek?

    ReplyDelete
  21. hai purplish.pink,
    salam kenal :)

    memang selalu bby vacuum ade lonjong sebab kite vacuum kepala baby untuk assist dia keluar kan. but usually lonjong tu temporary je. it will disappear with time. mungkin ambil dalam 2-3weeks jugak. dan selalunya, bby yang vacuum akan kena admit nursery untuk observation sebab ada risiko untuk dapat sakit kuning.


    kalau forceps, bby selalu takkan ada lonjong. tapi mungkin akan ada forceps mark dekat area muka. tapi forceps mark ni jugak akan hilang dalam 2-3weeks.


    macam mana pun, selalunya takde long term complication la. :)

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...