"A man of courage is also full of faith."
- Marcus Tullius Cicero
assalamualaikum, hai semua :)
kalau dah tengah oncall labour room tapi aku masih boleh berpoya-poya ber-belogging sudah tentu lah maknanya labour room aku tengah tenang sekarang. hehehhe. so far, so good. walaupun dalam pukul 11am tadi, aku dah buat satu csect untuk poor progress with suspicious CTG.
pagi tadi masa nak drop-kan cik puan mem besar tetapi kenit dekat sekolah *mama request cikgu buat kelas tambahan hari ni sebab ayah belum balik dari jasin* , tiba-tiba rasa macam sayu pulak. sebab bby aina macam sudah tahu yang mama terpaksa tinggal dia sekejap dekat sekolah. nanti mata bukan main buntang tengok mama. sampai paling-paling kepala usya mama sampai lah mama dah keluar dari pintu. huhu.
tapi apa nak buat? i have too. haihs.
(cit, tak hilang-hilang lagik penyakit merungut aku)
anyway, pagi tadi sampai-sampai je dekat labour room, aku rasa lega sebab tengok patient sikit je in labour. adalah tiga orang. tapi rupanya sorang-sorang ada masalah yang tersendiri kau. *terus kuciwa* kui, kui, kui.
patient pertama : 28 tahun, mengandung anak pertama, darah tinggi melambung, sudah start ubat elak sawan, dalam urine sudah ada protein (proteinuria), pintu rahim statik dekat 7cm, dan CTG sudah tidak cantik. hah, need i say more? headache terus aku. hehhe. patient ni kita estimate by scan , baby dalam 3.7-3.8kg, but she wanted to try vaginally. good for her, but unfortunately, terpaksa jugak ended up dengan csect atas sebab-sebab yang disebut di atas. baby keluar 3.6kg je :) ada pendarahan sikit sebab rahim mengecut lambat. intra-operatively terpaksa transfuse 1 pack darah. sekarang patient stabil. alhamdulillah.
patient kedua : chinese lady, umur tak berapa ingat pulak (cit), mengandung anak kedua, dulu pernah csect anak pertama. by scan, baby di dalam kandungan nampak sedikit tidak normal, paru-paru ada air, ada abnormalities pada usus (macam ada masalah genetik, tetapi tidak confirm). dan patient baru 34weeks+ dan sudah pecah air ketuban lebih dari 24jam. patient dan husband sudah sedia maklum dengan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku kepada baby. kami tidak boleh gerenti dengan baby's outcome. tetapi patient dan husband tetap mahukan kami buat yang terbaik untuk baby. alhamdulillah she delivered uneventfully. but sadly, the baby looks sydromic. most probably, down's syndrome according to paeds. she has good weight though. 2.5kg. aku harap baby tu okey. insya ALLAH.

*credit to google; Down's baby*
patient ketiga : chinese lady jugak, juga tak ingat umur-nya. mengandung kali pertama, tetapi dianugerahkan dengan twin pregnancy. cuma malangnya, first twin tidak cukup kuat untuk survive. sudah meninggal di dalam perut (IUD) semasa kandungan berusia 22weeks. second twin gagah meneruskan perjuangan sehingga term. first twin yang IUD tu keluar masa aku datang awal pagi tadi. memang sudah kemik-kemik, penyek-penyek dan obviously non-viable. second twin alhamdulillah very beautifully born. patient sangat-sangat pandai meneran, aku tabik spring dekat dia. walaupun asyik membebel cakap tak cukup nafas. :)

*credit to google; twin pregnancy*
itu lah tiga patient aku yang buat aku cemas and lega at the same time. lega sebab sudah selesai. hehehe.
hopefully akan terus tenang. tadi ada satu lagi patient baru datang. jalan dah 5cm. semoga dipermudahkan lah (untuk dia, dan juga aku). ameen.
hurm, tiba-tiba teringat dekat manusia besar dan manusia kecik dekat rumah tu. entah tengah buat apa.
nak call kejap lah.
(tadi ma, ayah dengan cik tika call dari aussie. ewaahhh, bukan main sakan berjalan. esok dorang balik. yey, tak sabar nak dapat souvenirs. hehe)
owhh..faryn sambut org bersalin ek.
ReplyDeletebes2.sure mcm2 patient da jumper kan.
btw,faryn kat hospital maner ek? kot2 le sambut kite nti
hehe...
hai ashra,
ReplyDeletesaye dekat hospital melaka. nak bersalin sini meh lah :)
lor..jauh nye melaka.hehe.
ReplyDeletetak nyempat nak bekejar kalu kat nak bersalin lari sana.mau bersalin kat hiway.keke