passer by since 1st feb 2010

Sunday, February 20, 2011

bila izrael datang memanggil, bersedia kah kita?




"Act as if what you do makes a difference. It does."
- William James



assalamualaikum, hai semua :)



first of all, cik puan mem besar nur 'aina is back! terus havoc rumah dokter faryn. cik puan aktif nya bukan main. mulut pulak tak berhenti-henti "bercakap". dokter faryn buat-buat faham je la ek. nama pun dokter kan, we are born to be a good listener. ecehh. hehhehhe. tapi berbeza betul lah suasana rumah ni bila cik puan ada. mama dengan ayah asyik senyummm je tengok gelagat cik puan ni :)




*cik puan yang tersangatlah friendly. sampai dengan encik patung pun nak bersalam. hehhehe.*



tadi siap nenek dengan atuk kluang nak pinjam cik puan lagi untuk seminggu. ewahh. perebutan kuasa nampaknya di situ. tapi aku dengan penuh perasaan menolak. tak seronok lah cik puan takde. hambar je rumah. nak bercinta pun tak syiok. hehhe. kalau cik puan ada, best sikit. nak bermesraan pun kena sembunyi-sembunyi. sebab cik puan memang cekap bila bab-bab nak meng-kantoi-kan kitorang. itu yang mencabar tu. make it more interesting. HAHAHA.



okay, okay. stop. hehehhe :)



semalam aku oncall. oncall semalam not that bad, tapi aduhai... sungguh lah emosi. sebab patient-patient dekat wad gynae banyak yang sudah di-ambang-ambang. everyone is dying... especially makcik-makcik cancer patients aku. semalam petang, makcik R (bukan nama sebenar) tiba-tiba tenat. makcik R ni memang baik jugak dengan aku. yelah, dah duduk dalam wad tu sampai sebulan lebih kan. dah tentulah aku setiap hari pun akan menjenguk dia. aku ni pulak memang jenis yang suka ber-huhahuha dengan patient aku. tiap-tiap pagi, bila rounds mesti akan pegang tgn makcik R ni dan tanya khabar dia. bila dah jadi macam ni terkesan lah jugak dekat aku. tapi makcik R memang dah tenat sangat. on top of having a cancer, macam-macam masalah kesihatan dia ada. sebelum aku balik, makcik R masih dalam keadaan tenat lagi. aku taktau sampai bila dia boleh bertahan...



aku berat hati bila nak explain keadaan makcik R dekat family members dia. this is what makes this profession harder than ever. i hate telling bad news. haihhhs.. semua dah menangis. it was a very painful situation, and i almost cried myself. tapi aku kena lah cool kan. walaupun dalam hati, tak siapa yang tahu. aduh, susah nya. lebih susah bila kita nak terangkan keadaan seseorang patient yang tenat dan nak minta keluarga buat keputusan sama ada nak "active resuscitation" ke ataupun "non-active resuscitation"...



atau dalam ayat senangnya, bila nadi/jantung patient tu dah berhenti, family nak dokter buat CPR dan cuba sedaya upaya untuk kembali-kan degupan jantung patient atau tidak. tapi family kena betul-betul faham yang CPR tidak semestinya boleh kembalikan patient, dan even kalau CPR berjaya sekalipun, we can not predict how long the patient can survive, and what are the morbidities she/he might suffers next, due to the disease. risiko tulang rusuk patah, risiko pendarahan dekat paru-paru yang boleh disebabkan oleh vigorous CPR pun akan diterangkan. kalau family decide nak dokter buat CPR, this is what we called as "active resus".



OR family nak biarkan patient "pergi" dengan tenang. means, we just let her/him go in peace... ini yang kitorg kata "non-active resus". selalunya dokter tak akan proceed dengan CPR, dan kita akan tunggu...



it is a difficult call to make. either "active" or "non-active". nampak macam senang. kalau orang lain, (yang takde kena mengena sangat dengan patient), mesti akan cakap, jangan seksa patient, biarlah dia pergi dengan tenang, buat apa nak sakitkan dia lagi, whatever. tapi cuba bayangkan bila benda macam ni jadi dekat mak/ayah/anak/suami kita. tak ke kita akan macam serba salah. kita memang tak berniat nak sakit-kan lagi orang tu.. but still,



what if? what if?
what if kalau dengan CPR, they could bring her/him back?
why dont i give a shot? why i never try?
what is there to lose?



pernah ke kita terfikir? masya ALLAH. beratnya nak buat keputusan. sebab tu aku tak sanggup betul bila nak tanya keluarga patient apa keputusan dorang. sebab aku tahu betapa payahnya nak decide. betapa seksanya jiwa raga nak melepaskan yang tersayang. truth is, it doesnt really matter whether it is "active" or "non-active", sebab yang menentukan segalanya adalah ALLAH. kalau ajal sudah sampai, CPR lah macam mana pun, dia tetap akan pergi meninggalkan kita...



subhanallah.



berhadapan dengan situasi macam ni, selalu mengingatkan aku tentang kematian. bayangkan budak yang baru umur 18tahun tiba-tiba eksiden terus meninggal di tempat kejadian. bayangkan seorang makcik yang sihat walafiat tiba-tiba dapat tahu diri ada cancer meninggal sebab cancer sudah merebak ke otak, paru-paru sebagainya. bayangkan pulak seorang ibu yang sedang mengandung, tiba-tiba sawan sebab tekanan darah tinggi melampau, koma dan meninggal sepuluh minit selepas tu.



aku selalu terfikir,


sempat ke budak 18tahun tu mintak maaf dekat mak dia kalau-kalau dia pernah ter-tengking mak dia sebab tak bagi dia keluar malam?
sempat ke makcik yang ada cancer tu menunaikan haji?
sempat ke ibu yang mengandung tu salam dan cium tangan suami dia dan beri makan dekat anak-anak dia?



aduhai...kita tak pernah tahu bila ajal kita.
itu yang kadang-kadang buat kita terleka. kadang-kadang menakutkan bila kerja asyik berdepan dengan kematian ni, sebab kita jadi 'immune'. macam sudah endah tak endah. tapi sesungguhnya ALLAH itu kan maha pemurah dan pengampun. sama-sama kita berubah ok.



insya ALLAH.



(semoga makcik R dilimpahi rahmat dan diberkati-Nya selalu.ameen)



6 comments:

  1. nice entry. boleh jadi renungan. time kasih share pengalaman and opinion. ;)

    ReplyDelete
  2. doc..this entry rili touched.,since mak sy pon one of the cancer patient..
    rase x senang duduk,hati x tentu arah je..each time die kne bwt kimo...
    mintak2 lah,the cancer gone from her...
    doc,being a doc ialah tough job,especially yg kne berdepan dgn dis kind of disease..kne strong mentally kn...kalo x bole stress..kalo bdepan dgn situasi kematian kn??

    ReplyDelete
  3. entri ko as usual buat aku ter realize!

    gud job my friends..sama-samalah kita muhsabaha diri selalu kann :) bukan senang berada di tempat family derang.

    btw cik puan ekau muke dah macam ayah dia banyak pulak,ke sbb pakai macam boboi? :)

    kiss aina cket!

    ReplyDelete
  4. salam kak,
    sy suka baca blog akak,buat sy sedar macamana real life seorng doctor. sy slalu terpk, macam mana la klu suatu ari nnti sy lak kena berdepan ngn situasi cm ni. who's going to be my first dying pt, all that. takut nye..huhu..

    ReplyDelete
  5. tq menyedarkan.. tu la, selalu alpa dgn hidup ini.. semoga kita semua dirahmati Allah..

    ReplyDelete
  6. waaa perna rasa pengalaman ni. bila doc start tanya nk cont' or discont'..berat hati nak lepas atok pegi. tp satu badan da menggelembung, darah keluar membuak. sistem bdn da x brfungsi. sedey =|

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...