"Silence is one of the hardest arguments to refute."
- Josh Billings
assalamualaikum, hai semua :)
kena cerita cepat-cepat ok sebab dah tiba masa tidur.
aku kan bujang trang tang tang hari ni sebab cinta-cinta saya tertinggal di kluang. so tadi aku meronggeng-kan diri dengan geng-geng jelitawan dokter fadh n dokter jijah. terus ter-perasan diri macam zaman-zaman anak dara. yelah, berpoya-poya dengan geng perempuan. bukan senang tu. hehhehe.
mula-mula kitorang berkampung dekat butik Ariani. ehh, korang tau tak Ariani sekarang tengah sale?? kitorang memang pulun habis wehh dekat Ariani. tersenyum riang kakitangan Ariani bila nampak muka-muka regular customer Ariani ni datang. memang rambang mata. tak cukup-cukup tangan ni, kalau dah semuanya aku nak capai. adui. tapi memang berbaloi shopping dekat Ariani masa tengah sale ni. serius, berbaloi. so kawan-kawan sekelian sila jangan lepaskan peluang keemasan ni. dan kepada sesiapa yang nak meng-upgrade member card Ariani kepada Gold/Platinum tu, INILAH MASA nya wehh! hehehhe.
mahal, memang lah mahal. tapi kualiti bagus. siapa yang taknak kan? :)
malam pulak kitorang pergi layan movie pulak. sipu-sipu jugak aku call syg nak mintak izin tengok movie dengan member. bukan selalu aku dapat ber-aktiviti sesama kaum ni, tapi still mesti lah kena mintak restu dulu kan. itu pun syg dah bagi list movie apa yang aku takleh tengok sebab dia nak tengok dengan aku. hehheh. last-last, kitorg tengok "i am number 4". not bad lah. boleh lah layan. banyak actions. anyway, aku puas hati lah dengan penceritaan dan aksi-aksi dalam movie tu.
lepas movie tu, pergi makan. makan sedap. nasib baik pandai pilih kedai. sebab semua memang dah kebuluran. dah lah tiba-tiba kedai makan tu black out. nasib baik dah selesai makan. kalau tak memang lah boleh mendatangkan marah. hehehe.
kesimpulan-nya, aku enjoy. seronok jugak sekali sekala beronggeng dan bergosip dengan geng-geng seangkatan. tapi saya tetap rindu dekat sayang-sayang saya. entah apa lah dorang tengah buat tu. tak sabarnya nak balik esok!
cik puan mem besar yang dah obses dengan buai. siap nyanyi-nyanyi. lepas tu, tak nak turun dah. hehhehe.
okay, nite peeps!
(ma dengan ayah dah selamat sampai. alhamdulillah)
aku dah lama tak beronggeng dgn kawan2.. huhu.. tapi bila beronggeng mcm ni, hati tertinggal bersama2 dgn sayang sayang aku.. hehe
ReplyDeleteoho..best skali skale berpoya2 ngan kaum sejenis!!
ReplyDeletedah besar dah aina..dah anak dara dah..walaupun xpanah jumpa, tapi leh tgk aina membesar, dr baby lg...
ReplyDelete