passer by since 1st feb 2010

Wednesday, March 9, 2011

kalau sayang saya, doakan saya :)




"Believe that life is worth living and your belief will help create the fact."
- William James



assalamualaikum, hai semua :)



aku dekat kluang ni. aku cuti panjang sejak sabtu lepas. sabtu, ahad dengan isnin sudah selamat meronggeng di rumah mak mertua dekat kepong. tengah malam isnin selasa terus bergegas balik ke kluang pulak. kenapa tang-tang tengah malam pagi buta tu jugak nak berdesup ke kluang? sebab syg nak buat locum dekat kelinik jamaliah. di mana dokter jamaliah? ohh itu dokter jamaliah sedang melancong dengn dokter ali. so tanggungjawab menjaga kelinik diserahkan bulat-bulat kepada anak menantu. ecehh. itu yang syg dengan rela hati-nya mengambil cuti dan meng-take'over kelinik jamaliah buat sementara waktu ni.



kenapa bukan aku? ERRrr... sebab aku ada sedikit mal*s. hehehheh~ aku memang tak berapa "terer" bab-bab ber-locum ni. yelah, jadik dokter ganti dekat kelinik swasta. bukannya beza pun dengan tengok patient dekat kelinik hospital. tapi entah. aku lebih confident dengan management aku bila aku dekat hospital. is that make any sense?



ok takpe. abaikan. hahahha.



anyway, ingat tak rahsia yang aku mengada kejap nak bagitau, kejap tak nak bagitau yang boleh mendatangkan marah tu? hehhe. aku cuti panjang ni ada kena mengena dengan rahsia tu lah. dan untuk makluman kawan-kawan sekelian alam, SAYA TIDAK PREGNANT ye. kepada mereka yang meneka dan berharap aku pregnant tu, sila lah take note di situ. mana lah tau kut-kut ada yang dah kepingin pulak nak tengok adik kepada cik puan mem besar nur aina. walaupun aku ni montel dan bernafsu makan seperti orang yang tengah mengandung, tapi belum lagi ye. harap bersabar. hehehhe.



sebenarnya aku ambik MRCOG exam hari isnin yang lepas. kan aku memang dah plan nak sambung study untuk jadik specialist (insya ALLAH). so that's my first step lah. tapi exam-nya, MASYA ALLAH susahnya. aku pulak study macam nak tak nak je. ambik kau. terus menyesal. HAHA. tak pernah-pernah pergi exam se-casual dan se-sempoi ni. endah tak endah je. haihs.

*dah lah exam tu memang susah nak pass first time pun*



aku pun sebenarnya last minute je buat decision nak ambik exam tu this march. cepat sangat buat keputusan sampai belajar pun tak habis/cukup/lengkap. huhu. paper one dia senang. tapi paper two dia, aduh terus berpinar-pinar mata aku nak menjawab wehh. hehhhe. tapi takpe, boleh cuba lagi. keputusan belum keluar lagi, tapi dari gaya aku menjawab dengan hanya berpandukan logik tanpa ilmu yang cukup di dada tu, aku rasa macam sedikit tipisss nak lepas. but who knows? kut-kut nasib menyebelahi aku ek. saya tak menyimpan harapan yang tinggi untuk lulus (saya sedar tahap pembelajaran saya) but again, who knows? so kawan-kawan sekelian, sama-sama doakan untuk dokter faryn ok :)





aina pun doakan untuk mama ok :)



orait, nanti cerita lagik. esok aku kerja. syg dgn aina tinggal dekat kluang dulu. lusa malam baru aku balik kluang balik. wahh, dua malam tanpa sayang-sayang saya. larat ke?



huhu.



(ayah dengan ma mungkin sampai ke malaysia esok. tak sabar jugak nak jumpa dorang)




7 comments:

  1. i pray for u Dr faryn.. Good luck

    ReplyDelete
  2. Good luck untuk tunggu result exam. i doakan yang terbaik ok :) anyway, you are still a doctor.. ramai orang nak jadi doktor tapi tak dapat..

    ReplyDelete
  3. Aina dah pakai mekap ke?
    cantik :)

    ReplyDelete
  4. gud luck dear..hehe.
    =p besnye.nanti da jadi specialist,le bukak klinik sendiri..
    aku dtg free eh..

    ReplyDelete
  5. aku rasa aku dah komen kat sini.. tak pela, komen lagi :-) good luck ye.. hope ko lulus dengan jaya nya!!

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...