"Every man regards his own life as the New Year's Eve of time."
- Jean Paul
assalamualaikum, hai semua :)
tak sampai beberapa minit lagi, berakhir lah sudah tahun 2011. macam sekejap je kan rasa? rasa macam baru semalam je kita ber-huhahuha excited nak celebrate new year 2011, tup-tup dah sampai ke penghujung nya pun.
sedar tak sedar, dah beranjak lagi umur kita setahun. bulan july next year, genaplah tiga puluh tahun umur dokter faryn. alamak, tua nya aku. wahhhh, sudah tidak boleh geng dengan mereka-mereka yang dua puluh-an. isk, isk. tapi takpe, tua di dalam, di hati muda belia. ecehhh. ;P
sebenarnya dokter faryn tengah oncall ni. JONAHHH GILA ok. jonah tu, nama samaran untuk oncall yang dasyat gila. dokter faryn ni selalu nya takde lah dikategorikan sebagai dokter yang jonahh bila oncall. tapi entahnya kenapa dengan kali ni, masya ALLAH patient aku masuk tak berhenti-henti dari tadi, dapat referral pun tak sudah-sudah. ini baru lah dapat nak rest kejap. itu pun sebenarnya ada lagi dua menunggu. aku suruh Houseman (dokter kecik) aku tengok dulu sebab aku serius dah tak larat. dah pancit beb. almaklum lah, dah senja-senja ni. huhu.
padahal aku oncall gynae je, bukan in-charge labour room pun. tapi busyyyy jugak. heran jugak aku kenapa lah banyak benar patient yang keguguran datang hari ni. mau dekat-dekat dua puluh lebih dah aku tengok. takkan nak bersaing dengan jumlah patient deliver baby new year kut? HAHAHA. kurengs je aku :D
lepas tu aku risau jugak, memalam new year ni lah bebudak remaja akan berpeleseran dan membuat aktiviti terlarang. kang banyak lah pulak yang TERRRsegala-galanya. haihs, mintak dijauhkan lah ek. adik-adik sekelian, sila behave ok.
anyway, selamat menyambut tahun baru 2012 wahai kawan-kawan sekelian alamku. bersyukur lah dengan segala nikmat yang ada, dan semoga berbahagia selalu di samping yang tersayang.
and thanks for all the memories we shared in 2011.
it made me who i am today :)
muahs*muahs*
No comments:
Post a Comment
Thanks for reading. come again!