"Judge a man by his questions rather than his answers."
- Voltaire
assalamualaikum, hai semua :)
first entri untuk 2012. sebenarnya beriya nak buat entri masa 1hb hari tu, tapi memang hampehh lah sebab nama pun cuti kan. memanng dokter faryn melepek lah bersama mereka yang tersayang :) dah lah post-call kan. tapi masa oncall kan dah menyempatkan diri buat entri terakhir untuk 2011. ok lah tu kan? hehe.
anyway, cuti yang dua hari tu, takde lah kami ber-aktiviti sakan. actually, parents syg ada buat makan-makan dekat kepong sempena birthday anak-beranak bulan disember dan januari, dan konon-nya nak celebrate birthday cik puan aina sekali. tapi malangnya kami tak balik kepong pulak. alasan syg, sebab next week akan balik ke sana lagi sebab ada wedding cousin syg. aku sebagai isteri yang mithali ni of course lah hanya mematuhi perintah. ecehh. hehehhe.
so masa yang ada, kami spend sepuas-puas hati bersama cik puan curly fries kesayangan ramai ;)
dah lama teringin nak bawak cik puan tengok movie. so kami layan alvin and the chipmunks. cik puan excited bukan main. tapi dia excited bukan sebab movie tu, tapi sebab dapat lari-lari dekat shopping mall. siap menari-nari bila dengar lagu yang kuat-kuat dekat mall tu. almaklumlah, dokter faryn dengan dokter apize mana lah selalu-selalu sangat dapat bawak cik puan berhuha-huha dekat mall. balik-balik singgah jusco kejap beli pampers/susu/brg dapur. manalah tak sangap budak tu, asyik kena duduk dekat trolley. ni sekali sekala dapat berlama-lamaan dekat mall tanpa arah tujuan ni, galak lah cik puan melepaskan bakat terpendam dia. huhu.
dapat pulak berlari seratus meter dekat mall tu, seronok lah cik puan melompat sana sini. hehhehhe.
kelakar bila kitorang nak masuk dalam cinema tu, kan gelap. cik puan yang elok-elok laju je nak masuk dekat pintu tu, tiba-tiba kelam kabut lari keluar balik sebab gelap. siap bagitau, "takuttttttt...gelap laaaa...." terkekek-kekek aku dengan syg gelakkan cik puan. tadi beriya pantas je nak masuk siap taknak pegang tangan, tup-tup keluar sebab takut. kuikuikuikui. *sedap je kenakan anak sendiri* HAHAHHA
nak ikutkan, movie alvin and the chipmunks tu biasa-biasa je. tapi seronok tengok cik puan happy tengok cerita tu. dahlah cik puan duk nyanyi-nyanyi lagu ABC bila nampak huruf A dekat baju si alvin. tak cukup dengan tu, siap dancing-dancing lagi bila geng chipmunks tu menyanyi. bukan main lagi anak mama. hehehhhe.
lepas tu, baru lah aku perasan yang cik puan suka sangat dengan caramel popcorn GSC tu. bersungguh-sungguh dia habiskan satu popcorn yang kecik tu. kira besar lah kan untuk seorang budak curly hair yang baru berumur dua tahun. hehehehhe. sampai syg siap cakap, "laa...belum mula movie dah nak habis dah.. patutnya kita beli yang besar". sebab selalunya kalau aku dgn syg je, nak menghabiskan satu popcorn pun payah. tiba-tiba sekarang ni berebut-rebut tak cukup pulak sebab sudah ada si peminat popcorn kecik ni. hehhhehhe.
cik puan warm-up dancing. sikit je tapi. enjoi :) ok bai!
Amboi Aina sampai terkeluar-keluar lemak diketiak tau. Hehe....somel la curly fries Aina. Pandai dia nengok wayang yeh. Azra belum cuba lagi, papa dia kurang yakin.
ReplyDeletep.s. Azra pun ada baju kuning ni. Hihi...nak tiru KLS kekdahnyer..hehe...