"God didn't promise days without pain, laughter without sorrow, sun without rain, but He did promise strength for the day, comfort for the tears, and light for the way."
-Unknown
assalamualaikum, hai semua :)
aku memang tak sabar-sabar nak menaip ni. tengah berkobar-kobar semangat jiwa dan raga, sebab nak meluahkan perasaan geram yang terlampau sangat. aduh, aduh. GERAMMMMMNYAAAAAAAAA!!!! *tarik nafas, tarik nafas!*
ok, jangan panik kawan-kawan sekelian alam. sebelum kamu kamu memikir yang bukan-bukan, sila harap maklum yang kegeraman ini adalah tidak berasas dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah mati, apatah lagi dengan perempuan-perempuan yang aku bersalinkan semalam semasa oncall. (manalah tau kut-kut ada yang terfikir sampai ke situ. hehe)
err, sebenarnya aku geram GILA dengan si Ku Salmi, mami-nya si Zikir dalam cerita Tentang Dhia tu. boleh eh camtu? huhu. tapi serius lah minah liza abdullah tu memang powwerrr gila berlakon watak yang sangat menyakitkan hati tu. memang terkesan gila lah! kau bayangkan lah aku ni sampai lepas habis tengok episod tadi tu, siap terkenang-kenang muka dengan terngiang-ngiang suara irritating si mami zikir tu. huishhhhh, SANGAT GERAM KANNNN! sampai tak sabar-sabar nak meluahkan perasaan dalam belog. kalau dah si Dhia yang sangat selenga/blurr penyabarrr tu pun boleh naik angin, inikan pulak si dokter faryn yang asyik mengurut-urut dada tengok penuh perasaan. rasa macam nak ganyang-ganyang lah mami zikir tu. hehehhehhhe. wahh, emosi nya aku ni. huhu.
elehhhh korang pun sama kan?? tak payah lah nak berpura-pura. HAHAHHA.
aku ni kalau korang nak tau, pada satu ketika dahulu, takdenye lah aku nak melayan cerita-cerita drama swasta melayu dan yang seangkatan dengannya ni. pendek kata, kalau cerita-cerita yang ber-episod ni memang takdenyelah aku nak spend masa untuk layan dengan penuh perasaan (macam sekarang ni). tak ada masa tu dah satu hal. plus, dulu aku taktau pun wehh kewujudan CATCH-UP TV tu. haru tak aku? dulu memang aku clueless lah kalau dorang-dorang ni dok ber-gosip pasal cerita-cerita melayu hangat dan best dekat TV. aku awal-awal lagi dah sekian wassalam.
but now, thanks to my beloved specialist, yang pada suatu hari, semasa beliau oncall dengan aku, telah mengajak aku meng-join dia menengok episod cerita SOFFIYA dekat CATCH-UP TV, aku macam; alamak, terus melekat beb aku! terus tak miss langsung tengok cerita tu sampai ke sudah. yang paling syiok, bila oncall/takda masa/ter-miss tengok dekat TV, boleh tengok dekat internet. kuang, kuang, kuang. best gila! lepas tu, terus terasa ada aktiviti nak dibuat semasa bosan. lebih seronok, dengan berbekal-kan iPhone, masa oncall pun boleh curi-curi layan. best, best. HAHAHAH. ehh, bukan ke aku sepatutnya mengulang-kaji pelajaran? HAHAHHA. *poyo gila*
lepas dah habis SOFFIYA, layan kan lah pulak TENTANG DHIA. awal-awal dulu aku rasa cerita dia macam sedikit hambar. tapi lama-lama, makin menarik. especially part mami si zikir yang super-duper jahat maut si hati busuk tu. memang boleh kawen lah dengan si dokter kurang hasamm gila s*ks bapak-nya si soffiya tu. sorang boleh menang pelakon terjahat wanita, sorang lagi pelakon terjahat lelaki. wahhh. sah, emosi dokter faryn ni. pelik ek, macam mana cerita TV pun boleh buat kita sakit hati teruk sampai macam ni. HAHAHA. memang hebat betul pengarah dia ;)
dipendekkan cerita, dengan cik puan mem besar curly fries pun ikut sama layan cerita TENTANG DHIA. siap dah pandai nyanyi lagu trademark "Dhiiiiiiiaaaa, yang aku cinta" tu. HAHAHA. tapi bila part mami si zikir tu jerit-jerit menyakitkan hati, cepat-cepat mama bagitau cik puan, ni orang jahat, kita tak boleh jerit-jerit marah macam tu and bla,bla,bla. yelah, risau jugak buat nya dia pun sama nak menjerit-jerit camtu. bebudak ni, especially around this age kan tengah sakan nak mengajuk kita orang-orang dewasa ni.
ok lah, lega sikit dapat meluahkan perasaan. macam sakit hati apa je ek. mesti ada yang suspen. hehhe.
tak sabar nak tunggu apa pulak yang jadi dalam episod esok. harap-harap takde yang menyakitkan hati sangat. boleh dapat darah tinggi aku nanti.
HAHA.
cheers! :)
hahaha..sama aaaa kita dr faryn.. Sama2 emo bila nengok this drama.
ReplyDeleteHaha! Samalah. Memang geram giler kat Ku Salmi tu.
ReplyDeleteahahahahha selamat berjangkit citer bersiri..mmg berhantuu ok.kalau layan asik nak tgk je.cam aku nila since dah WAHM ni asik ngadap tv jez.macam2 citer best skrg ni okay!
ReplyDeleteargh emosi aku layan citer ni..mami zikir tu mmg nak kena penggal macam bapak sofiya.ahahah
ramai yang layan cerita ni ek, nasib tak terjebak, kalau tak mesti naik angin juga tengok mak si zikir tu;)
ReplyDelete#sesekali aku tengk gak#hiks