passer by since 1st feb 2010

Monday, December 26, 2011

dokter emosi semasa oncall... boleh eh?

"Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it."
- Ella Wheeler Wilcox



assalamualaikum, hai semua :)


haaaallluuuuuu kawan-kawan sekelian alam. punye lah bersemangat nak ber-belogging ni, sampai tengah oncall pun boleh mencilok masa nak menaip. kata dah janji nak update kan? sekarang jugak aku update. HAHAHA. *puas hati*


aku oncall labour room hari ni. baru je tadi menyaksikan kelahiran seorang bayi perempuan yang sangat comel daripada perut seorang ibu yang ber-penyakit jantung. fuhhh, aku standby ingat nak kena vacuum ke apa, untuk assist second stage of labour dia, tapi mak aihhhhh sikit punya mantap akak tu meneran, tak sempat den nak nolong wehh. hehehhhe. caya lah kak! lepas ni boleh beranak lagi ;)


tadi aku ada terbaca luahan perasaan member aku, dekat SINI. punye lah lama tak merewang dekat belog kawan-kawan sekelian alam, sampai dah beranak pinak dah pun dorang :) anyway, aku macam tersentuh lah pulak hati suci murni aku ni bila baca pasal luahan hati dia cerita pasal dia marah anak dia.


buatkan aku terfikir.


aku pun kadang-kadang bila dah penat sangat, kengkadang cik puan jadik tempat aku meluahkan kegeraman. kadang-kadang apa lah sangat salah yang dia buat pun. nama pun budak kecik belum mumma'iz kan. buat sepah dan berhuha-huha tu dah macam memang aktiviti harian dia. tapi mama bila balik kerja letih, mama marah bila rumah sepah, bila cik puan nyanyi-nyanyi happy, tarik-tarik mama ajak main.


haihs.


buat aku terfikir lagi, ni kalau dah ber-adik nanti macam mana lah pulak nasib cik puan nanti :( kesian bila tengok dia kena marah, nanti muka herot berot tahan nangis (cik puan macho), kadang-kadang cik puan melawan balik, tu yang mama lagi bertukar menjadi hulk versi perempuan huduh. kadang-kadang mama ter-tangankan jugak. dahhhh menangis cik puan. terus sebut nama ayah, carik ayah. tapi bila mama pujuk, tanya sayang mama tak, mesti cik puan jawab, SAYAAAAAAAAANGGGGGGGG SAAANGATTTTT! iskh.


lepas tu, hulur tangan cakap sorry dekat mama.


hati mana tak menangis.


sebab tu, aku ingat aku nak manjakan cik puan puas-puas sebelum aku cabut IUCD yang bertakhta di dalam rahim-ku ini. biarlah dia dah besar sikit, dah betul-betul faham yang mama kerja sibuk, letih dan bukan saja-saja nak marah dia tak tentu pasal (walaupun kngkdg tu ada jugak). biar dia tahu, yang mama sayang dia lebih dari nyawa mama sendiri.



sorry ye sayang...





jantung hati mama, cik puan curly fries :)



(doakan oncall saya aman ye)



5 comments:

  1. betul, aku agreed bab nak manjakan anak puas2 before kasi adikk tu..biar lbh quality dari quantity :)

    heheh si curly fries ni bilala nak jupe.syomel ya ampun ambottt dia.

    ReplyDelete
  2. betul tu..manjakan cik puan habis2 dulu :)

    ReplyDelete
  3. Samalah bab lepaskan geram kat anak no. 1 sekali tu menyesal. Huhu...

    ReplyDelete
  4. Hihi.. Tu la perasaan seorg ibu. Mgkin bila dia dh bsr skit, slow skit nkl dia. Tapi tu la, kjp je baik nya, nnti kena lagi.hihi

    ReplyDelete
  5. salam kak. blog akak ni kene virus malware. cuba akk try bkk guna google chrome tgk dia keluar apa.

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...