"Everything is clearer when you're in love."
- John Lennon
assalamualaikum, hai semua.
baru je lepas merelakan keberangkatan cik puan mem besar nur 'aina hana ke kluang. cik puan terpaksa aku courier-kan ke kluang, sebab esok aku oncall dan syg pulak ada tournament bola dekat KL. dan nursery pulak tak dapat nak tolong jaga esok sebab masing-masing ada hal.
mula-mula ingatkan takde lah masalah kan, sebab syg tak oncall. tapi tadi ni, tiba-tiba syg bagitau dia nak main pulak untuk futsal tournament tu. tapi aku memang faham lah, sebab every year memang syg main untuk futsal ni, kalau tak main kali ni mesti dia akan rasa ralat sikit. lagipun aku memang sedia maklum dari sebelum kahwin lagi, syg kalau bola dengan cik puan, memang bola menang dulu. lepas tu, mula lah keluar pepatah, "sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangan-kan". hehehhhe. pandai je aku ehhh. ada yang kena lesing ni. tak pasal je. hehehhehe. jangan marah syg ;P
anyway, syg mula-mula terfikir nak angkut sekali cik puan ke KL. tapi cam sedikit was-was lah sebab cik puan macam tak biasa sangat dengan nenek kepong. bukan lah tak pernah jaga tapi nenek kluang lagi kamceng dengan cik puan. lepas tu, aku macam rasa tak seronok lah nak menyusahkan mak mertua aku. dah lah nanti syg of course lah seharian beraksi sakan dekat padang futsal, kang nanti cik puan yakk-yakk, siapalah pulak yang menjadi mangsa nanti. itu belum kalau cik puan buat pe'el super manja dia nak berdukung je, tak ke patah pinggang nenek kepong. dah lah tengah takde bibik. huhu.
so aku dengan pantas-nya call ma. syg pun ada suggest suruh tanya ma. as expected, memang nenek kluang hyper sakan lah sebab dapat jaga cik puan. hehehhe. excited bukan main. tang-tang aku call, tang-tang tu jugak ayah ngan ma bergerak ke melaka. ehhhh, bukan main. bab-bab jaga cucu ni dorang memang laju je. laju benar sampai tak sempat aku nak bermanja-manja mengadu domba buat saat-saat akhir sebelum courierkan cik puan :(
tup-tup je dah sampai depan pagar rumah.
ma risau jugak takut cik puan melalak taknak ikut dorang balik. tapi aku awal-awal lagi masa mandikan cik puan, aku dah bagitau dia.
"nanti aina ikut atuk dengan nenek balik kluang eh."
(cik puan muka blurr lagi)
"nanti boleh jumpa gucci...jumpe ucu...."
(Gucci tu nama kucing kitorang dekat kluang, ucu tu Cik Husna, adik aku)
dengar nama Gucci dengan Ucu, terus muka semangat, terus tepuk tangan. suka terus.
"nanti aina jangan nangis ehh. mama tinggal tau. mama kerja..."
"alaa..mamaaa ikuttttt laahhh!!"
"mama oncall la. nanti mama ambik aina eh. sayang mama tak?"
"ok." (muka monyok)
"sayang mama tak?"
"sayaaaaaaang mamaa..." (sambil peluk)
waaa... sekarang dah rindu dekat cik puan :( dah lah aku tengah sorang-sorang. syg oncall hari ni. lagi lah terasa kehilangan. kalau tak, mesti ada si kecik tengah teman mama layan movie kat HBO ke, tengah sebok nak kacau mama ber-belogging ke. dah agak lama jugak aku tak buat aktiviti meng-courier cik puan ni since nursery ada staff yang boleh tolong jagakan cik puan bila kitorang oncall serentak. cik puan pun dah kamceng dengan staf nursery tu.
hurmmm, tak sangka pulak perasaan sebak dia tetap menusuk-nusuk dalam hati, sama macam zaman-zaman dulu aku duk meng-courier cik puan tu.
Ya ALLAH, tak bestnya perasaan ni. isk.
parah lah mama kalau nak tunggu seminggu lagi baru nak ambik cik puan. haihs.
waaaaaaa i feel u beb,kalau aku mmg sede sgt bab2 berpisah ngan qies ni, ngan papanya sedey gak tapi ok lagi.
ReplyDeletetakpela nenek kluang kompem jaga baek punya.suka tgk mak kau, very soft spoken.kazen aku selalu check up pregnant ngan dr jamaliah tu :)
Siannya.. Aina pun dh pndai ckp, dh pndai sedih n knl org.
ReplyDeleteish bag baru ke T_T
ReplyDeleteYat n su,
ReplyDeleteTulaaaa. Bile dh pndai ckp ni, lagi parah perasaan nak berjauhan. Huhu
Takpela, bagi dia berdikari sikit hehe
Husna,
ReplyDeleteJangan jeles! :) kata anniversary kan. Hehehe